Kita Juga Ada Kekurangan

Assalammualaikum..hu hu selamat petang semua , dah nak petang aku baru sempat update n3 baru dan pergi membuat lawatan tapak ke blog kawan-kawan..ada keje sikit yang perlu aku selesaikan....kalau tak selesai minggu ni nak mula bercuti kasihan kawan-kawan pula yang kena menyelesaikan keje kita pulak...sebut pasal kerja , aku teringat satu konflik yang tengah melanda seorang kawan aku ni , konfliknya adalah hal biasa aje kecil hati dan tak sabar dengan kawan sekerja aka kawan serumah...aku melihat situasi ini berlaku didepan mata. Siapa yang bersalah bukanlah isu utama yang ingin aku utarakan disini , cuma apa yang ingin aku perkatakan didalam sesebuah persahabatan memerlukan tolak ansur dan saling menerima kelemahan diri , tak kurang penting juga hormat-menghormati.
Kalau kita nak orang menghormati kita belajarlah menghormati orang lain terlebih dahulu , belajar menghormati pendapat orang lain bukan menganggap semua pendapat kita betul belaka , dan tolak ansur juga perlu kerana pada aku kalau takda tolak ansur macamana nak hidup bermasyarakat. Orang bermacam ragam , rambut sama hitam ( tak jugak ada jugak yang warna-warni )..hati tetap lain-lain. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita meninggi diri dan terlalu fanatik dengan kelebihan diri..ingatlah tiada siapa pun diciptakan sempurna..semua ada kekurangan. Belajar menerima kekurangan orang lain dan kita akan belajar menerima diri kita seadanya...hai kawan suluhlah hatimu , bukalah matamu dan rendahkanlah keegoaanmu itu...kerana kau takan kemana berbekalkan ego dan prinsip peribadi yang penuh dengan elemen mementingkan diri.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in