Fiesta Muslimah BH 2014

Assalammualaikum. .
Selamat petang semua..sekarang ni tengah berlangsung Fiesta Muslimah BH 2014, tengah tengok Budiey.com on air kat kat fiesta ni..sharing tentang macamana nak jadi blogger yang kayo..hi hi tapi makcik tak kayo2 jugak sebab makcik blogger suam2 kuku..tak kisah lah tu kan sebab makcik ni bukan full time blogger...ok so nak story apa yang ada kat fiesta muslimah ni semuanya ok , seronok dan terhibur..mana tak nya ada Demo Tudung dari Yat Hamzah , Siti Nurhaliza , Hafiz hamidun dan Alyah..memang power suara diorang ni..at last makcik terjebak jugak beli shawl by Yat Hamzah..walaupun makcik tak pakai shawl tapi disebabkan jadi model demo makcik borong 2 tu, Yat Hamzah demo cara yg paling mudah aku rasa. Sebab tu aku beli..hmm walaupun gaji hari selasa..makcik terjebak nak..kui kui..takdalah memang aku rasa nak beli pun..so memang berbaloi datang Zebra Square ni join fiesta muslimah ni..berbaloi perjalanan dari perak ke kl..hu hu Alhamdulillah..so gerak dulu ye..layan gambor2 je ye...nak tengok Norman Hakim dengan Memey pulak share story penghijrahan seleberiti. .tajuk yang menarik kan..

Nasi Goreng Bonda

Alhamdulillah. ..ada masa jugak aku nk updated blog sekarang ni, kalau tak alamat nya 1 bulan 1 cerita..menu ni sarapan pagi tadi..duk sensorang kt rumah sebab Mr Habibi keje plak..jadinya bila tinggal sensorang ni breakfast buat yg sempoi2 je..menu nasi goreng ni memang selalu aku makan masa kecik2 dulu, maklumlah adik beradik 8 orang, mak pulak sibuk keje kat kantin , So inilah menu paling cepat dan pantas untuk mak sediakan buat sarapan kami tiap kali cuti..ringkas nya hanya perlu goreng ikan bilis , hiris bawang merah dan bawang putih untuk extra kick tambah cili kering yg dipotong serong..mak kata untuk tambah wangi cili kering tu , panas kan minyak dan goreng semua bahan yg dihiris tadi , pecahkan telur dan kacau..perasakan dengan garam , masukkan nasi dan ikan bilis yg telah digoreng awal tadi..kacau rata dalam 5 minit..siap untuk disantap..senangkan..selamat mencuba!!!!

Roti John Sempoi


Assalammulaikum..
Juadah makan malam minggu lepas ni..senang sgt nak buatnya kalau bahan2 yg penting dah buat dulu..iaitu inti daging..yg lain2 tu sayur2 je..memang kegemaran Mr Habibi saya ni..jom kita tengok resepi inti dagingnya

Resepi inti daging :
500 gram daging kisar Brand Ramly
2 Ulas Bawang putih - Cincang*
4 Ulas bawang kecik-Cincang*
1/2 teh serbuk kunyit*
2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu teh serbuk lada hitam*
Garam secukup rasa
Serbuk cukup rasa MAGGI
1 Cawan air

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau..kemudian masukkan air dan terus masukkan daging kisar tadi..perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa 
2. Kacau hingga sebati dan masak dengan api sederhana hingga kering..sejukkan sebentar dan siap untuk digunakan..jika berlebih boleh simpan dalam peti ais dan digunakan semula..tahan dalam 2 minggu
3. Dan cara penyediaan yg lebih senang faham boleh tengok gambar yang saya sertakan dibawah

"SELAMAT MENCUBA"
















DADAR BERKUAH



Assalammualaikum..selamat petang semua..aku tak balik lagi ni..tengah tunggu pak supir aka incik suami datang jemput..almaklumlah rajin takmo drive sendiri..hu hu
Hmm arini nak perkenalkan satu menu yang sesuai dijadikan juadah minum petang ketika kedinginan seperti sekarang ni..perak memang hujan semedang bila petang ari..alhamdulillah,takdalah gersang dan tak cukup bekalan air..
Menu ni aku jumpa masa aku pergi beraya rumah bakal besan mak..mula-mula rasa macam roti jala tapi bila dah lama-lama ada rasa lempeng cicah kari..tapi macam mee kari plak ada sayur , cili potong dan daun bawang..hmmm so aku pun trylah korek resepi dari bakal besan mak aku ni..( terima kasih makcik sbb sudi bagi resepi ni ) dan ada juga yang aku olah..tang kuah kari tu aku olah jadi version aku..mintak maaf makcik saya derhaka sikit resepi ni..sebab saya suka bab tambah menambah bahan ni..hu hu
ok jom tengok resepinya :

Bahan-bahan untuk dadar : ( untuk 5 orang makan )
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
air ( agak-agak ..bab ni fail nak bg tau sbb aku main belasah janji jadi )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam 
( semua ni aku masuk dalam food prosessor dan blend hingga sebati..kalau terlalu pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit hingga dapat tektur macam nak buat kuih dadar tu )

Cara-caranya :
1. panaskan kuali leper atau guna pan yang tak melekat tu..letak minyak sikit dan dadar bancuhan tadi..biar ia betul2 masak..pastu angkat dan terus gulung..kemudian potong serong..dan ulangi proses ni sampai habis..

Bahan-bahan untuk kuah kari :
1/2 ekor ayam ( potong kecil-kecil )
1 peket rempah tumis empat sekawan
5 biji bawang kecil**
3 ulas bawang putih **
1/2 inchi halia muda**
10 tangkai cili kering**
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar jus asam jawa
5 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji kentang ( potong kiub )
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan serbuk cukup rasa Maggi
( kisar semua bahan yang bertanda ** sehingga lumat )

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan dan daun kari , masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serbuk lada hitam dan goreng hingga garing
2. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan sekali..kacau hingga sebati , masukkan ayam dengan kentang dan gaul hingga sebati dengan rempah tadi..
3. Masukkan 2 cawan air dan biar ia menggelagak..kemudian masukkan santan dan jus asam jawa.perasakan dengan garam dan biar ia menggelegak..

Cara nak makan Dadar Berkuah ni..senang je , macam makan mee kari..eksesorinya pun serupa macam eksesori mee kari..nak tahu sedap ke tak kena cuba..boleh outer resepi ni ikut kesesuian tekak kita..no hal..ok selamat mencuba ye..


Daging Goreng Asam


Assalammualaikum
Selamat tengahari..dah siap masak dah tu kan..cuaca sejuk macam ni perut memang cepat lapar..dan yang pastinya kalau cuaca macam ni sejuk dan mendung makan nasi panas dengan lauk yang membuka selera..hu hu memang makan lebih sepingganlah..hari ini aku nak kongsi satu respi yang paling mudah dan bahan-bahannya memang ada je didapur kita tu..menu ni kalau makan lepas masak dengan nasi panas..tentu tak perasan tambah nasi lebih sekali..meh kita tengok

Daging Goreng Asam

Bahan-bahan :
1/2 kg daging lembu dihiris agak sederhana ( aku suka guna daging batang pinang )
3 Labu bawang besar***
3 ulas bawang putih***
1/2 inchi halia muda***
5 tangkai cili kering / cili padi / cili hijau ***
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air 
garam
kunyit serbuk
serbuk cukup rasa MAGGI
5 sudu besar minyak masak untuk menggoreng ( ikut kuantiti bahan )
semua bahan yang bertanda *** hendaklah diracik sederhana

Cara memasak :

1. Bersihkan daging tadi dan lumur dengan kunyit serbuk  dan garam sedikit ,biarkan sekejap
2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak..bila minyak dah cukup panas , tumis semua bahan yang telah kita racik sederhana tadi , biarkan layu sebentar..kemudian terus masukkan daging dan gaul rata
3. Masukkan air asam jawa dan air biasa,perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..dan kacau hingga sebati..biarkan hingga airnya agak kering , kalau kita suka banyak kuah biarkan sebentar ia menggelegak , selepas tu boleh lah tutup api..

Rendang Maman from Gemencheh With Love


Assalammualaikum..
Ini entri tertunda sebenarnya..dah lama nak kongsi cerita tentang rendang maman dan gemencheh..
Rendang maman adalah salah satu hidangan yang wajib pada setiap tahun ketika menyambut hari raya..tak kiralah raya puasa mahupun raya haji..juadah ini tidak pernah ketinggalan.
 Pokok maman ni memang sinonim dengan keluarga aku , salah satu sebabnya dah tentulah yang kami ni orang gemencheh , dan sebab utama yang paling logik adalah kerana mak aku adalah salah seorang yang mengusahakan rendang maman ini secara komersial iaitu dengan mengambil tempahan memasak rendang maman..


Dimulakan dengan proses menyiang ( bahasa org negeri sembilan ) sehinggalah ke proses merendang , semuanya dilakukan secara manual..banyak petua nak masak rendang maman ni supaya tak pahit..tapi pada aku rendang maman mak aku memang tiada tandingnya..ini diambil kira siapa pelanggan mak aku dan berapa kilo maman yang mak aku dah sediakan..



Gambar diatas menunjukkan maman yang telah siap disiang..dan gambar dibawah adalah proses ketika menyiang dijalankan


Gambar-gambar dibawah adalah proses untuk memasak rendang maman..kat sini kami merendang tak pakai periuk,kami pakai kawah..senang nak kacau dan takdalah tumpah2..



inilah saiz kualinya..kalau banyak kami pakai kawah


Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah mana,senang dicari dan disediakan seperti Cili padi , kunyit hidup dan santan..memang inilah bahan utamanya selain daun maman..perasanya adalah garam dan asam keping..maman ni boleh digandingkkan dengan apa sahaja,ia versatile..boleh dimasak bersama ayam , daging , ikan bilis , rusa , kijang ,landak dan pelanduk..rasanya tak payah nak tipulah..memang terbaik..pedas , lemak , pahit yg tidak keterlaluan ..bak kata orang secukup rasa..


Masakkan cili padi yang telah dikisar bersama kunyit hidup dan masak ketika..tujuannya supaya cili tadi masak dan kita tak sakit perut..lpas dah agak kering baru masukkan santan kelapa..biar sekejap baru masukkan ayam atau ape2 yang kita nak masukkan..eloknya pakai ayam kampung atau ayam pencen supaya tak mudah hancur ayamnya..lepas dah masukkan ayam barulah kita rasakan dengan garam dan masukkan maman tadi..lepas dah masuk jgn kacau2 lagi..biar ia layu dan campakkan asam keping dalam 1 atau 2 keping..ikut saiz masakan kita..biar ia kering dan naik minyak..dan maman nampak dah kecut..maknanya dah ok dah rendang tu..

Maaf sangat2 sebab tak sempat nak ambik gambar produk rendang yang dah siap..TAPI JANGAN RISAU JIKA ANDA BERDEKATAN DENGAN PEKAN GEMENCHEH..INGIN MERASA KEENAKAN RENDANG MAMAN BONDA SAYA..BOLEH PM SAYA DI FB ATAU DI WASSUP..TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG..

INI RENDANG MAMAN YANG KAMI BUAT DALAM SKALA KECIL..GAMBAR DIATAS ADALAH TEMPAHAN SKALA BESAR..





SEKIAN LAMANYA

Assalammualaikum..

Sekian lamanya laman blog ini tidak ku jenguk..terasa kerinduan yang memanggil melambai untuk aku kembali di pena maya ini..agaknya mungkin disebabkan aku tidak lagi aktif memasak sehinggakan blog ini seperti hilang sinar..maaf kiranya jika tiada tinta baru yang bisa aku lestarikan.
Ternyata kehadiran Muka Buku , Instagram dan twitter membuatkan aku lupa pada karya ku yang satu ini, karya yang mengenalkan aku dengan kawan2 maya yang lain..terasa terkilan dijawa menerobos kerana terlalu lupa pada kehadiran blog picisan ku ini..
Sehinggakan ia terbiar sepi sendirian..maaf sekali lagi kerana aku telah terlalu lama mengabaikan mu..in sya allah ..moga selepas ini Allah beri aku kekuatan untuk terus berkarya lagi diruangan mu ini..kuatkan aku untuk meneruskan sesuatu yang telah lama terhenti..walaupun bukan dengan entri masakan..sekurang-kurangnya aku ingin blog ini bersinar kembali...

coretan sayang

qasehsufi

Roti Sarang Lebah yang gebu





Assaalammualaikum
Memang tak dinafikan roti sarang lebah ni memang gebu dan lembut..rugi tak cuba..kawan2 aku semua kata sedap..sampai bos pun repeat order..so kalau nak test boleh klik kat sini Noorsha Adam
klik kat album mesti jumpa resepinya..dan saya sharekan jugak kat sini ye :

RESEPI BASIC SWEET BUN
By : Noorsha Adam
Bahan2
500 gm tepung
100 gm gula halus
60 gm butter @ margerin
250 ml susu segar
1 biji telur
11 gm yis
1 st garam
Cara2
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer @ bread maker kecuali garam
2. Jika menggunakan bread maker, tekan setting dough. Selepas 10 minit menguli blhla masukkn garam.
3. Jika menggunakan heavy duty mixer putar perlahan hingga bercampur semua bahan kemudian lajukan speed.... Bila doh kelihatan licin, masukkan garam.putar selama 20 minit hingga elastik.
4. Jika menguli guna tgn, selepas 1/2 jam ulian, sapu luaran doh dgn butter @ margerin nipis2 kemudian masukkn dlm plastik bersih.. Uli dr luar plastik selama 10-15 minit. Anda akan dapat doh yg elastik.
5. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
6. Blh btukkan ikut suka.
7. Bakar pd suhu 150c selama 20 min brrgantung pd besar doh yg dibentuk..
8. Ini resepi basic n blh buat mcm2 roti dgn doh ni..sy pernah buat piza, meicanbun, roti sarang lebAh, roti sosej , loaf bread dgn resepi ini..
Note : doh mmg lembik sket...jgn tambah tepung k..lpas proofing insyaallah mudah dibntuk... jgn lupe sapu tgn ngan minyak sket masa mmbntuk tu...
**************
RESEPI SUPER CREAMY DULCE DE LECHE
Inspirasi : masterchef Aussie
Olahan : Noorsha Adam
Bahan2
1 tin ( +- 400gm) susu pekat
200 gm susu cair @ whipping cream
30gm butter
Cara2
1. Masukkan susu pekat dlm periuk non stick... Dengan api sederhana kacau laju2 selama 10 minit.. AWAS! Jgn tinggal sesaat pun sbb susu mudah hangus... . Setelah susu bertukar kekuningan masukkan susu cair@ whipping cream n butter.. Kacau lg sampai caramelized. Tutup api n blh curah atas roti sarang lebah nak buat air pun blh. Simple n cepat cume lenguh skrt sbb kna kacau je

Projek Parti Cocktail


Assalammualaikum..dah lama dah parti nya berlangsung..tp biasalah sibuk nak updated jadi tengah ada masa ni upload segala gambar yg dah lama bertapa dalam folder ni..projek cupcake yg cumil untuk majlis perasmian inkubator pelajar institut aku ni..resepi yang ringkas dan biasa2 saje..coklat cupcake dan sandwich club..








Old Town White Coffe




Assalammualaikum
Lama tak updated blog suam2 kuku ni..kdg2 rasa tema meniaga guna blog ni macam tak bape ok je..sebabnya org lebih suke onnline guna FB je..but kita tak boleh putus asa kan..tak salah mencuba..
Oh ya ini saat berjimba2 dengan Mr Habibi minggu lepas..ini menu wajib kalau ke OTWC..lagi satu karipapnya..korang mesti cuba..rugi tak cuba..


 Steam chicken Rice with mushroom for me

Untuk Mr Habibi Plak..dia suka nasi ayam with chicken rendang..yg karipap 2 ketui tu aku punyalah..sape lagi..huwahahaha





ESP SHAKLEE DAN KHASIATNYA

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.



Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


BERMINAT BOLEH PM SAYA ATAUPUN KOMEN DI INBOX...
FACEBOOK : Kerull Nazeem
WASSUP   : 017-4487478

Mee Goreng Pedas



Assalammualaikum
Menu bila ntah ni..rasanya menu minggu lepas..anak tekak dah nak makan mee pulak , so apa lagi menggorenglah..resipi KLIK KAT SINI








Ayam Sambal Hijau Selasih



Assalammualaikum
Dh lama tak masak beriya2..jenguk dlm freezer ada stok ayam dan ada sebekas selasih beli kat tesco aritu..sebelum  daun selasih tu layu eloklah kalu dimasak bersama ayam..so jadilah ayam sambal hijau selasih..resepi ibunda ku..asal takda daun selasih ni..aku yg tambah ,alhamdulillah ok..mr habibi siap meratah

Bawang merah besar 3 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 1/ 2 inci
Cabai burung dlm 10 ulas..ikut pedas yg hang nk
( blender sumenya..sederhana halus )
1 sudu teh lada hitam tumbuk / serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam
2 keping asam gelugur
Serbuk perasa sikit..kalau tak mo lih tukar dengan gula 1 sudu teh
1. Goreng ayam macam biasa sampai agak garing..angkat
2. Tumiskan semua bahan yg di blender tu +lada hitam +kunyit serbuk. . Tumiskan sampai garing..pastu bila nmpk mcm dah pekat..perasakan dengan garam dan serbuk perasa or gula..than asam keping dan masukkan ayam..gaul sebati..klau ada daun selasih lih masukkan sblum angkat..kalau takda takpa angkat terus..dah siapg..so ini resepinya

Zinc Complex Shaklee




Assalammualaikum

Banyak lagi fungsi zinc untuk tubuh badan kita antaranya :
  1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya meransang regenasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
  2. Membentuk kolagen - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  3. Memperbaiki diabetes : Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.
  4. Bintik Putih di Kuku : Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau daya penglihatan.
  5. Mempertingkatkan Sistem Imun : Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  6. Mempercepatkan Pemulihan Luka : Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergy dan bintik di kulit. 
  7. Memperbaiki masalah prostat : Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benignprostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%
  8. kemampuan seks lelaki   : pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  9. Ovulasi Wanita : Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus, mengembalikan daya ketahanan. Tu sebab dalam set bersalin ada Zinc complex.. untuk cepat baik luka luar dan dalam, juga utk kecutkan rahim. 
  10. Memperbaiki radang kulit : Kajian menunjukkan pengambilan zinc yang cukup, dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat.
Untuk maklumat lanjut tentang produk bolehlah PM saya di FB dengan mengklik ikon di bahagian hubungi saya..untuk dihubungi dengan kadar segera Wassup 0174487478..khidmat nasihat akan diberikan secara percuma..



     
    Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in