BEN ASHAARI : Segmen Syok Sendiri


Salam petang hari...ntah valid ke tak lagik aku punya penyertaan segmen terbaru BA ni...tapi aku belasah jelah...janji niat nak menyertai disusulkan dengan usaha..usaha apa? Usaha buat n3..hu hu so sapa nak ikut serta sila klik gambar BA yang macho tu..pergh otot lu mantap BA ( erk..jgn salah faham korang..aku nak cakap kiranya memang sesuailah masuk majalah rapi ni...sebab ada gaya model yang sihat bro.. ikhlas ni, tahniah bro....buat banyak-banyak lagi segmen yang gempak-gempak ni...i like...) kalau kurang faham boleh tengok kat bawah ni...sila tengok hu hu

  • Sila buat satu entri ... Kali ni bukan letak header tapi gambar yang ada dalam entri ini ( link ) dan linkkan ke entri ini .. ( Sudahhhhhhhh )
  • Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha..

wah gambar posing ( bolehlah tu )
  • Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..
Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Kerull 
    Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
    Ringkas / memang nama aku..eja je lain bunyi lebih kurang
      Kenapa anda berblogging ?
      Suka menaip / berkarya ( ikut suka suki aku )
        Siapakah pemberi semangat anda ?
        Semua disisi 
          Sudah berapa lamakah anda berblog ?
          Hampir 4 tahun 
            Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
            Ramai...yang otai-otai terutamanya
              Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
              Dapat ramai kenalan...dapat hadiah..hu hu
                Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
                Minum air pucuk pegaga ( hik hik takdalah..aku ok je tak suka pahit-pahit ni )

                Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
                Setakat ni belum ada..esok-esok belum tahu..
                  Selain berblog , apakah minat anda ?
                  Memasak , makan dan cuti-cuti malaysia
                    Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
                    Kalau ada masa jengahlah blog ni kejap..kalau sibuk takdalah jawabnya...
                      Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
                      Mestilah nak blog ni dikenali..macam otai-otai punya blog ( nama pun cita-cita )
                      kalau tercapai alhamdulillah
                        Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
                        Hangat dan penuh kontroversi juga disertai hasad dengki ( hmmm harap2 aku tak kena band atas penyataan panas aku ni..hu hu ) 
                          Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
                          Kreatif , inovatif dan jangan pesimis...kenalah positif...dan jangan malas macam aku...hu hu
                            Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan ..
                            Semua Majalah Masakan dan Percutian

                            Sup Ikan Haruan


                            Assalammualaikum...hmm bukan selalu aku masak ikan haruan ni...sebab tak bapa sesuai nak makan hari-hari ikan ni..tetapi untuk orang yang baru lepas menjalani pembedahan menu ni amat sesuai untuk menyembuhkan luka dan mempercepatkan luka tu bertaut / bercantum..ini menu khas untuk hubby yang bru lepas operate apendiksnya..sekarang ni dia hampir pulih dan dah pergi keje pun..tapi tetap kena berpantang dan mematuhi waktu makan yang ditetapkan..

                            Sup Ikan Haruan

                            1 ekor ikan haruan - kerat 4 bahagian
                            ( dibersihkan dengan garam kasar dan jus limau nipis untuk hilangkan lendir dan bau hanyir )

                            Bahan Penumis

                            Bahan A
                            1 btg kulit kayu manis
                            3 ulas bunga cengkih
                            2 biji buah pelaga
                            1 biji bunga lawang

                            Bahan B ( tumbuk lumat )
                            3 ulas bawang putih
                            3 ulas bawang merah kecil
                            1 inci halia muda
                            5 ulas lada hitam
                            1 peket Perencah Sup Adabi
                            Garam

                            Eksesori Tambahan
                            Daun saleri - racik
                            Lobak Merah - racik
                            Daun Sup/bawang - racik
                            Bawang Goreng

                            Cara-cara :

                            1. Panaskan satu sudu besar minyak masak , tumiskan bahan A....hingga naik bau...kemudian masukkan bahan B..dan tumis sehingga agak garing
                            2. Masukkan saleri , lobak merah dan goreng hingga layu..masukkan air sedikit...kemudian masukkan ikan haruan...gaul rata dan biarkan sebentar...
                            3. Kemudian masukkan air ikut nak banyak mana kuahnya.( aku letak sekadar menenggelamkan ikan tu je )
                            perasakan dengan garam dan letakkan 1 keping asam gelugur dan biar menggelegak...
                            4. Kemudian padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..tabur daun bawang dan bawang goreng..sedap makan dengan bubur nasi dan nasi panas...





                            Rehat seketika

                            Assalammualaikum semua...maaf jika n3 di blog aku ni makin berkurangan. Bukan niat untuk berdiam diri , cuma keadaan sekarang tidak mengizinkan aku aktif..ada urusan yang perlu aku uruskan dengan baik...kekangan masa mambuatkan aku agak ketandusan masa menjenguk ruangan ini..tapi insyaallah..bila sampai masanya..selesai segalanya aku akan kembali...terima kasih pada rakan-rakan yang sudi menjenguk...jika ada kelapangan insyaallah aku akan singgah sebentar ke blog kalian semua...doakan aku berjaya mengharungi dugaan ini..aminnnn...

                            Lunch @ Johnny's Restaurant dan Segmen Tajaan BEN ASHAARI

                            Assalammualaikum...sebelum tu tq For BA atas segmen " Mereka Kata"..kerana segmen ini aku dapat tambah kenalan blogger..he he terharu bila ada yang sudi ziarah teratak buruk ku ini...thanks again Bro....becoz of u hutang trafik ku berbayar...hu hu..
                            Oklah...tengahari semalam aku ada urusan di Ipoh..jadi dah alang-alang dan along-along tu aku singgahlah Lunch kat Johnny's Restaurant..makan thai steamboat dan side dish yang aku suka noodles lah..so layan dulu..sebab masih terngiang-ngiang deep souce yang kucicah ngan fish head semalam..nak lagik , nak lagik....hik hik

                            he he tak sempat amik gambar sebenar..sbb tak tahan lapor..apalagi seranggggg

                            ha yang ni akunya...Spinach Noodles with Steam Chicken




                            yang ni member aku punya...Belacan Fried Rice


                            Kita Juga Ada Kekurangan

                            Assalammualaikum..hu hu selamat petang semua , dah nak petang aku baru sempat update n3 baru dan pergi membuat lawatan tapak ke blog kawan-kawan..ada keje sikit yang perlu aku selesaikan....kalau tak selesai minggu ni nak mula bercuti kasihan kawan-kawan pula yang kena menyelesaikan keje kita pulak...sebut pasal kerja , aku teringat satu konflik yang tengah melanda seorang kawan aku ni , konfliknya adalah hal biasa aje kecil hati dan tak sabar dengan kawan sekerja aka kawan serumah...aku melihat situasi ini berlaku didepan mata. Siapa yang bersalah bukanlah isu utama yang ingin aku utarakan disini , cuma apa yang ingin aku perkatakan didalam sesebuah persahabatan memerlukan tolak ansur dan saling menerima kelemahan diri , tak kurang penting juga hormat-menghormati.
                            Kalau kita nak orang menghormati kita belajarlah menghormati orang lain terlebih dahulu , belajar menghormati pendapat orang lain bukan menganggap semua pendapat kita betul belaka , dan tolak ansur juga perlu kerana pada aku kalau takda tolak ansur macamana nak hidup bermasyarakat. Orang bermacam ragam , rambut sama hitam ( tak jugak ada jugak yang warna-warni )..hati tetap lain-lain. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita meninggi diri dan terlalu fanatik dengan kelebihan diri..ingatlah tiada siapa pun diciptakan sempurna..semua ada kekurangan. Belajar menerima kekurangan orang lain dan kita akan belajar menerima diri kita seadanya...hai kawan suluhlah hatimu , bukalah matamu dan rendahkanlah keegoaanmu itu...kerana kau takan kemana berbekalkan ego dan prinsip peribadi yang penuh dengan elemen mementingkan diri.

                            Wahai Orang-Orang Kampung Mai Sini Sat...

                            Hmm Korang..ada sapa-sapa nak tudung Free tak..so kalau nak boleh lah menyertai GA yang dianjurkan oleh Rose@ila...( tq Rose atas undangan GA ni..suke sangat ) tudung chiffon tu wei sapa taknak rugi..mana tahu rezeki nak dapat tudung free sempena Raya Tahun Baru Cina ni hu hu...berminat tak..kalau berminat sila lihat hadiahnya dan lepas tu ikut syarat-syaratnya...dan kalau berjaya dapatlah pengkerasnya...iaitu..jeng jeng


                            Blue Turquoise Iman Surayya Lycra-chiffon layer hijab..
                            ( tudung je ye..modelnya tak boleh hik hik )
                             
                             Misteri Gift lagi tuuuu...



                            Syarat-syaratnya:

                            * Terbuka untuk semua.
                            ( mari -mari....open house ni )

                            * Senang saja, follow blog, lepas tu
                            Dah Follow...

                            beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
                            Siap...

                            * share news giveaway ni kat blog (1 sharing = 2 points)
                            Tengah bagi tahu ni...

                            * jangan lupa maklumkan owner--supaya poin anda dikira!
                            hu hu on da way beb...



                            Tarikh tutup 1hb Februari 2011.

                            Potluck Day

                            Assalammualaikum semua..hari ni bz sikit sebab ada majlis potluck kat pejabat ni..dah lama merancang baru hari ini onn..maklumlah kadang-kadang tak cukup korum..tak best plak..so today jadi jugak akhirnya..aku punya mood tak berapa rajin jadinya aku bawak snack je..tapi mengenyangkan ...insyaallah...dan diakhir sesi makan-makan ni menu aku langsai..tq u alls berbaloi 20 keping cik bedah bawak..semuanya suka..esok2 kita buat lagi ye...

                            Tadaa...aku bawak Spicy Meat Croqquitte ( Resepi Klik Je situ ) je...

                            1 bekas nih....20 biji
                            Merah skit sebab PODEH aku letak Serbuk Lada sikit...hu hu

                            Breakfast Pagi Tadi





                            Wah sedar tak sedar dah nak petang dah..aku tak masak lagik ni , sebabnya hubby keje arini so yang tinggal aku dan tetamu aku..my brother..keje navy kat lumut..ari-ari minggu ni sajalah dtg tdo umah aku..tu pasal aku nya breakfast pagi td nasi goreng kampung ni je..kenyang sampai petang tu..tapi still kena masak gak sebab hubby nak makan nasi..hmm pening nak carik menu...so nak g kedai dulu..kang-kang kita sambung gossip lagi k...bubye..

                            Jemput Makan Semua...pg tadi punya ni..hu hu

                            Berapi..tapi tak terbakar

                            Pucuk Paku Goreng Cili Padi

                            dan yang ini

                            Sambal Belen ( sbb campur je yang belen2 dlm ais box tu )

                            Telur + Black PaPer Hot Dog

                            So inilah menu dinner semalam..tak sempat pergi paso..jadi belasah je lah belen-belen ( lebihan ) yang ada kat dapur tu..jadilah sambal belen ni..hu hu

                            My Sinsful Temptation

                            Assalammualaikum dan salam sabtu semua...lepak-lepak hujung minggu macam ni memang syok...release tensen..ekceli aku dah release tensen sebenarnya ptg semalam..terutamanya bila lalu kat satu kedai tu...hu hu rambang mata cik bedah , almaklumlah dah lama tak rasa teruja macam ni..nampak yang blink-blink nak , tak blink-blink pun ndak juga...senang cer semuanya cik bedah berkenan...tapi budget cik bedah tak lebat sangat..jadi ini jelah yang cik bedah mampu..rasa macam taknak beli tapi takut kempunan...hik hik so...puas hati aku dapat tangkap dorang nih...hah apa lagik cuba korang ricke-ricke..ok tak ???


                            Cik Sandle sepasang..

                            Cik Wedges 1..he he saiz jgn kira haaa kaki mak besar nyah..hu hu

                            Tadaaaa..bila nak rasmi ni....

                            Tq for penyumbang dana terbesar aku pada petang itu MR HUBBY...nak lagik boleh he he he

                            :: MEREKA KATA ::


                            Malam ni pulun habis..lama tak joint segment bro BA ni..bukan tak suka tapi teramat sibuk..so layan dulu 
                            Jika berminat , seperti biasa .. buat satu entri khas : 

                            Letak header blog BEN ASHAARI sebagai trademark ..
                            Siap....

                            Tajuk MEREKA KATA .. dan linkkan ke entri ini ..
                            Berikan kata kata aluan buat rakan blogger anda yang bakal melawat blog anda  .. TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan ..
                             
                            Salam Perkenalan dan salam dah kenal untuk semua sahabat blogger yang sudi singgah , blog ni bukan famous pun dan niat bukan untuk famous..sekadar tempat mencurah perasaan dan berkongsi ilmu sahaja..kira macam diari jugaklah kiranya blog aku ni walaupun tak sume menda aku citer dalam ni , but separuhnya adalah suku dari rutin harian aku sebagai seorang AKU , kiranya apa yang tergerak dihati itulah yang akan aku luahkan..niat hati memang nak dapat ramai kenalan dan menuntut apa2 yang patut..so be happy dan terimalah aku seadanya kerana aku hanyalah seorang AKU..

                            Tinggalkan url entri anda ruangan komen ini ..
                            wokeh....

                            So kalau rasa nak joint ape lagi klik je kat atas tu insyaallah keluar lah benda-benda yang korang nak tahu...so TQ BA..atas segmen-segmen yang dianjurkan selama ini...usaha murni yang patut disambut baik oleh sume blogger..adios

                            Grilled Spiral Potato

                            Salam Malam hari...ini sebenarnya edisi lepas geram sebab tak dapat FnC siang tadi..jadiknya ngintai punya ngintai aku sangkut lah plak kat rumah Hanamemories..he he kredit untuk ko ni kak..tergoda aku nengok spiral potato ko tu so..aku pun buatlah ikut tunjuk ajar ko dan youtube tu.. nasib aku baik dirumah sendiri berbanding kat kedai orang ( hu hu tak puas hati lagik tu )..jadiklah gak..walaupun rentung sikit..sebabnya aku grilled dalam oven he he langkah-langkah berjimat cermat tak mo guna minyak....pastu tabur ngan serbuk lada hitam berperisa..selamat...hubby pun suka...oklah tu..atlist takyah aku membeli di pasar malam..berkat buat sendirik puas hati lambat atau cepat...

                            ni fresh dr ladang...baru lpas potong berpoluh wei

                            dan lagi...dan lagi

                            ha ini yang dah siap grilled..nasib aku sempat snap...sblum habis..

                            Cerita PANAS..

                            Salam Petang hari sume...ha ha tgk tajuk n3 macam gempak...gossip artis mana plak ni ye..but anyway bukanlah kisah artis pun..tapi kisah hati aku yang PANAS dek sebuah restoran yang tak cekap dan beretika. Kalau korang letakkan diri korang ditempat aku..mesti korang pun panas hati dan hangin satu badan beb...


                            Alkisahnya..arini aku teragak nak makan ala-ala western gitu..aku orderlah FISH n CHIPS..memember aku makan nasik goreng je...tunggu punya tunggu...air kosong pun nak mendarat atas meja kitorang punyalah lama..macam pergi tadah kat banjaran everest lah plak...itu satu hal..yang kengkawan aku ni dah kusyuk mengadap nasik goweng dorang..aku yang terkebil-kebil menantikan menu aku yang tak sampai-sampai..Hati sudah hangat..aku tanyalah kat bro tu.." bro saya punya Fish N Chips buat ke tak ni " selamba je dia jawab " tengah buat lah ni"..tengah buat hapanya kalau aku tengok baru nak goreng fries..hu hu you make my blood very-very nak meletup bro....tapi takpa aku pro...habis je kengkawan aku makan , aku pesan ngan dorang..jom bangun pergi bayar..sampai turn aku , aku bayar RM 0.20 sen..harga secawan ais kosong..cashier tu terkebil-kebil tengok aku bayar harga air kosong je...dan aku dengan selamba badak keluar terus..sambil dalam hati berkata-kata sopan ( ha ha ha ko makan lah kentang goreng tu..aku buat kat rumah je Fish n Chips ni lagi cepat )......hari itu pengajarannya..aku sita kedai tu..atas dasar servis 1 bintang yang tak seberapa tu...1 menu 45 minit belum tentu dapat...so kat mana kedai tu..sapa duk seri iskandar kedai tu tengah-tengah diantara Restoran Family dan Syaz Beauty..Lokasinya,,Bandar Universiti...Rasioanalnya aku bg tahu detail adalah jangan orang lain terkena macam aku...sadis dan PANAS


                            Menu Sihat Sempena Takda Minyak Masak

                            Rasanya malam ni menu makan malam aku memang yang sihat-sihat...sihat dari segi apa...ha itu yang aku nak bg tahu tu..sementelah bekalan minyak susah untuk diperolehi buat masa sekarang ini..aku dah plan menu makan malam ni aku masak menggunakan 4 kaedah memasak iaitu Memanggang , Merebus , Mengstim dan M yang ke empat ialah...

                            Tadaaaaa...MEMBELI lah..hu hu

                            Macam-macam ada kat pasar malam ni...

                            Bercuti...tapi nak pergi mana

                            I need a rest...hu hu tapi nak g bercuti kemana ??? Bab nak memilih destinasi bercuti pun boleh bagi aku stress gak ni....aku nak bercuti sebelum aku sibuk semula...kelas akan bermula seawal 1 Mac..so before that i really need to prepaired myself  untuk masuk ke alam kesibukan aku semula..KALAU KORANGLAH jadi aku korang nak g mana ye....( Sila bagitau aku kalau ada baik punya cadangan..dan offcourselah aku akan mempertimbangkannya )...TEMA percutian aku adalah RELAXING...

                            Penat sangat dah ni...

                            seronoknya dorang ni bersantai...jeles aku

                            Minyak Masak oh Minyak Masak

                            Assalammualaikum..selamat pagi...arini aku nak membebel sikit , semalam punya kes lah ni...satu seri iskandar aku carik minyak masak takda...pergi sana sini semua kedai kata dah habis...adus..ape ke halnya lah minyak masak boleh habis dalam masa tak sampai 2 3 ari???? aku mula memahami bila hubby pun kata minyak masak kat area ipoh pun takda gak....konspirasi nak naikkan harga barang ke apa ni...main sorok-sorok pulak...gaji tak naik tapi ura-ura barang keperluan nak naik harga makin kedengaran , hmmm kenaikan ron 97 pun aku dah jangka....semua ni melibatkan duit...barang makin lama makin mahal tapi gaji macam tu jugak camana ek...yang family besar , peniaga dan pengusaha makanan mesti terasa gila bila harga barang naik....aku yang berdua ni pun terasa gak bila carik minyak masak tak jumpa-jumpa...harap-harap kerajaan kita ada jalan penyelesaiannya..demi kesejahteraan rakyat....

                            Hari Cuti Semalaysia

                            Assalammualaikum..Selamat Tahun Baru 2011 , belum terlewat sangat rasanya aku nak wish..baru lewat 2 hari..Better Late Than Never..hu hu..cerita je new year mesti tersangkut paut dengan azam tahun baru..tapi ekcelinya lah ..azam aku aku dah bermula seawal sambutan Awal Muharam haritu..so kira kalau kalendar islam itulah tahun baru kita...lebih afdal rasanya..anyway azam tetap kena ada azam..sebagai pembakar semangat..aku forward je azam yang tak tercapai dari tahun-tahun sebelumnya..cuba nak mencapainya..insyaallah..
                            Mesti arini opis korang lengang kan..samalah ngan opis aku..ramai yang pergi menguruskan hal persekolahan anak-anak..kenapa aku tak cuti hu hu ( soalan tak bapa aku nak jawab tu..) sebab aku kena kerjalah aku tak cuti..ha ha ha takdalah..bukan macam tu..aku bagi peluang pada otai2 yang ada anak ni pergi menguruskan apa yang patut..sampai time dan ketikanya..aku lah plak nak bercuti..itu namanya tolak ansur dalam cuti..hu hu saja-saja je buat statement , tapi betullah..ini time dorang..time kita belum tahu , so apa lah salahnya cover mencover ( statement member aku )...tapi untuk yang benar-benar aje..bukan yang tak halal tau...oklah ada keje sikit..ada masa borak lagik ye...


                             
                            Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in