Meat Croquette..




Resepinya memang amik kat mamafami blog...tapi telah diubah sikit mengikut tekak aku yg suka cheese..terima kasih mamafami....mintak maaf ye amik tak bgtahu....teruja sangat nak mengetestnya.....memang sodap...


Bahan-bahan :


6 biji kentang - kupas, direbus dan dihaluskan dan tambah parmesan cheese
1  bawang besar - kupas dan potong dadu

1 ikat daun bawang - dicuci dan hiris macam biasa

garam secukupnya
 lada putih / lada hitam secukupnya

1 tiub daging cincang ( cap ramly burger )

shitake mushroom - potong dadu kecil
2 sudu butter ( untuk tumis je )
untuk salut :

1 cawan serbuk roti ( putih ) + 1 cawan serbuk roti ( kuning )

2 biji telur

1 / 2 cawan tepung beras


Cara-caranya :
1. Tumis bawang yang di potong dadu td dengan butter...pastu masukkan cendawan shitake..goreng sampai agak layu..
2. Masukkan daging dan perasakan dengan lada sulah , lada hitam dan garam..gaul hingga rata dan biarkan ia agak setengah masak..
3. Sementara tu lecek kentang bersama parmesan cheese...kemudian masukkan daging yang kita goreng setengah masak tadi dan letak 2 sudu serbuk roti yg putih sedikit...biarkan sebentar supaya ia sejuk..
4. Bentuk mengikut citarasa kita...than golekkan mula2 dengan tepung beras , celup dalam telur dan golekkan didalam serbuk roti yang telah siap disatukan...simpan dalam peti sejuk...kalau tak sabar dalam 30 minit pastu boleh goreng...( akulah tu )..



 ini yang baru siap..blum goreng..sebab nak cepat aku buatlah saiz XL..ha ha snang cepat habis dan seronok makan besar2 ni..puas hati mak..kah kah..

1 ulasan:

  1. Salam..ermmm nnt bole try gak ni..lebih kurang mcm bergedil ek cuma ada kam tambahan lain:)

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in