Ha arini tak puasa sbb...dah habis utang..hu hu..malam tadi masak pun yang biasa2 je,tapi peberet aku...ringkas dan mmg sentiasa ada dalm es box aku..apa lagi telurlah..he he dan buat ayam goreng pedas untuk hubby yang mmg taklih tinggal ayam dalam menunya...aku takda ayam pun orait lagi...tapi kesian kat hubby takan nak makan telur je macam aku yang hantu telur ni..tapi mmg dah kira sepadanlah kami ni..ayam dan telur mana blih dipisahkan...kah kah kah...kelakorlah plak ..tapi betul wei kombinasi yang sepadan Ayam dan telur tu...like aku dan hubby...kih kih...syok sendiri...oklah layan dulu ni....
Bahan-bahannya :
4 biji telur ( rebus separuh masak..sedap wei nak sepenuhnya masak pun bolih )
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
ikan bilis - tumbuk
Cili kering blender - 3 sudu besar
1/2 mangkuk air asam jawa
1/2 mangkuk air biasa
garam skit
Cara-caranya :
1. Rebus telur setengah masak..angkat dan rendam ngan air kejap..supaya senang nak kupas kulit..pastu ketepikan...panaskan minyak dan goreng jap telur rebus tu..kejap je tau..masukkan balik2 dan toskan..
2. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk /blender tu sampai naik bau..pastu baru masuk cili kering blender...dan goreng sampai garing...
3. Perasakan dengan garam dan masukkan air asam jawa dan air biasa tadi dan biarkan ia menggelegak...kalau suka potong bawang besar dan masukkan dalam sambal...masak sekejap dan padamkan api
4. Selepas tu tuangkan sambal yang telah dimasak tadi di atas telur rebus yang kita dah goreng kejap tadi..dan sedap dimakan bersama nasi putih , ikan goreng dan ayam goreng...aku buat ayam goreng pedas je...
Ayam goreng Pedas...Resepinya sama macam nak buat Spicy pop corn chicken
0 ulasan:
Post a Comment