Spicy Fried Noodle

Assalammualaikum...salam jumaat...

Hari yang paling sume orang suka...dan aku sekalilah tu..mana taknya esok cuti dapat ngemas kain baju dan rumah yang agak tunggang - langgang akibat kesibukan yang aku lalui minggu ni...Pg semalam hubby request nak makan mee goreng...apa lagi tengahari semalam lunch hour aku berlari mencari bahan-bahan yang patut...jadinya tergorenglah spicy fried noodle aku yang kat bawah ni....


Bahan-bahannya :
Mee kuning - 1/2 kilo

A
Minyak masak - 3 sudu besar
Bawang Putih - 3 ulas ( cincang lumat )
Bawang Merah - 1 biji ( Potong dadu )
Cili Padi - 4 biji ( cincang lumat )
Cili kering blender - 3 sudu besar ( ikut selera nak pedas ke tak )
Telur - sebiji je...
Garam secukup rasa
Serbuk secukup rasa maggi ( 1/2 sudu teh ...tak nak letak pun takpa )

B

Isi ayam - hiris agak sederhana nipis dan lebar
udang - sederhana besar ( buang kulit dan bersih kan )
Sotong - hiris ikut sukalah

C
Kubis madu - 3 kelopak ( siang / kerat ikut suka hati kita )
Sawi - 2 pokok ( kerat macam biasa )
Taugeh - bersihkan ( ikut suka nak banyak mana )

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak , goreng telur dan hancurkan..pastu masukkan bawang putih , bawang merah , cili padi...biar garing sekejap, pastu masukkan cili kering dan tumis hingga terbit minyak.
2. Pastu masukkan semua bahan B dan aduk rata...perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa maggi..biarkan sebentar..
3. Basuh mee dan toskan...pastu masukkan mee dan ratakan...bila mee dah mesra dengan rencah.masukkan sume kubis madu dan sawi...kacau rata...biar sebentar...masukkan taugeh..kacau rata lagi dan tutup api...

Mee ni bukan mee yang basah..jadi tak payah taruk air sbb jus dari ayam , udang dan sotong tu akan melembabkan sedikit mee ni..hubby aku suka yang kering , yang basah tu cepat muak katanya...than masa panas2 tu perah ngan asam limau..gaul rata dan apalagi..ngaplah...


2 ulasan:

  1. Salam kak! adddoooiii sedapnyer mee tu! antor siam ptg karang! akak antor skrg takut kita termakan ahahaha..

    ReplyDelete
  2. salam ika..ok akak hantar time ika nak berbuka nanti yek..tukar ngan sup tulang tu blih..hi hi hi

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in