Assalammulaikum...burp ( alhamdulillah ) kenyangnya makan tengahari arini...menunya nasi goreng cili padi..tapi apa pasal pulak aku letak gambar lain?? ha ha nak tutup kisah yang aku lambat update blog lah , apa lagi kan....menu dah basi dalam perut ni..menu minum pagi hari minggu yang lepas...menu ni aku ambik kat senarai menu kanak-kanak Tabika student aku...kreatif gak dorang ni..cara penyediaan yang ringkas dan hasil yang mengenyangkan dan sedap...rangup diluar..lembut didalam..
Bahan-bahan:
3 Senduk nasi sejuk - blender halus ( masa blender letak air sikit supaya cepat hancur )
4 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 biji kentang - buang kulit dan sagat
garam - ikut rasa
Cara-cara:
1. Gaul semua diatas...kalau masih lembut tambah sedikit lagi tepung..panaskan minyak dan goreng sehingga garing kekuningan...sedia dinikmati dengan kuah lada , sos ataupun dimakan begitu sahaja..