Assalammualaikum..wah jumaat yang membahagiakan....seronoknya esok cuti , wohooo..hmm ini menu malam semalam..paling ringkas sebab lama tak makan lauk-lauk ringkas macam ni...kena pula ada petai walahwei...mabeles..takyah lauk lain dah..pedas terangkat...
Bahan-bahannya :
Ikan Bilis ( ikut suka nak berapa banyak ) Goreng garing dan toskan
Petai ( ikut nak bapa banyak juga ) Goreng sebentar sahaja dan toskan
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
10 biji cili padi - tumbuk lumat
Garam - secukup rasa
1 keping asam gelugur
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak , tumis cili padi yang ditumbuk tadi...goreng hingga garing..pastu masukkan bawang besar dan bawang putih ...
2. Goreng sebentar , kemudian perasakan dengan garam...masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi..gaul rata dan masukkan asam gelugur...biarkan sebentar..padamkan api..siap disantap bersama nasi putih yang hangat...

petai?oh nooooo my peberet..lama dah tak makan..terasa2 nak cari petaiii..
ReplyDelete