SPECIAL FOR MALAYSIA CYBER TROOPERS.....KABABOOM


IKUTLAH RESMI LILIN
( LAGU DIBAWAH SEKADAR PERUMPAMAAN)


Biar Ku Menjadi Lilin 

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

MALAYSIA CYBER TROOPERS ...KABABOOM

NAMA KUMPULAN :



MALAYSIA CYBER TROOPERS 
( BERSATU TEGUH BERCERAI RUGI...HU HU TAKDALAH..INTRO JE NI )


KENAPA KAMI PILIH NAMA INI :

1. KITA ORANG MALAYSIA KAN..HITAM KE PUTIH KE..OR TAKDA WARNA KITA SAMA..PROUD TO BE MALAYSIAN
2. KITA BERGERAK DIALAM MAYA@DUNIA CYBER...DARI BERSOLO SEKARANG DAH BERGROUP DAN MANTAP YANG DITERAJUI OLEH BEN ASHAARI ( IKHLAS NI )
3. KITALAH PEJUANG ALAM MAYA YANG ADA MISI DAN VISI..BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...


KETUA KUMPULAN :
http://qasehsufi.blogspot.com ( KERULL )

KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :

ITU KENA TANYA AHLI KUMPULAN...SUSAH GAK NAK CERITA HAL ANAK BERANAK NI..
SALAH SATU SEBAB...MUNGKIN AKU JE YANG FREE MASA NI..APA2 PUN TQ KERANA PERCAYA PADA AKU...UNTUK GROUP MCT..TERIMA KASIH DARI HATI YANG IKHLAS BUAT KALIAN..INI UNTUK KITA..BUKAN UNTUK SAYA


PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

1. Amat berbangga kerana sudah ada produk dari anak tempatan yang bakal menggegar dunia TUBE...selain dari tube-tube yang ada sekarang...ini menunjukkan ilmu dan biasiswa yang disalurkan itu berbaloi...aminnnn

2. Ok..kalau nak berjaya kenalah terima gak komen-komen negatifkan...so salah satunya menurut ahli group saya yang terror bab-bab ni...x pasti dgn Misi 1tube.. adakah khas utk blogger2 atau semua pengguna.. sbb bile x digroupkan die jd sgt berat utk loading.. semua video diorg nk upload. huhu ( tq mummy chomel )...
dan pada saya penambahbaikkan itu perlu jika kita nak berdiri sama tinggi dengan produk yang ada dipasaran.....












GAME ANTARA BLOGGER : 2


Done Bro

Sila buat satu entri ..Letak banner tu ...( yang kat atas tu le...)

Tajuk : GAME ANTARA BLOGGER : 2 dan linkkan ke entri ini ITU ( SILA KLIK )..( READY )

Tinggalkan url entri korang diruang komen entri ITU... TUTUP tepat jam 11.30 pagi , 24/3/2011 ...
(ye ye sempat jugak )



WAH ADA GAME BARU LAGI YANG DIANJURKANKAN OLEH EN. BEN ASHAARI...BARU BUKAK BLOG TERUS NAMPAK..DAN JANGAN MELENGAH KAN MASA LAGI...KABABOOM..GAMBAR MEE GORENG TU ADALAH ILUSI AKU YANG KELAPARAN KETIKA INI...KENA PLAK KENA BUAT N3...DAH KENALAH TU...N3 LAPOR NAMANYA NI...SIAP..

Donut Kentang Dragon Ball


Assalamualaikum..wah dah sarapan ye....kalau belum sempat lagi ni nak pg bersarapan...aku dah sarapan dah..makan donut kentang ala-ala dragon ball ni...he he ini kes malas nak buat bentuk dinut yang biasalah ni...itu yang dah rupa dragon ball je donut aku ni....yang penting rasa..apa ada pada rupa ek...aku baru test guna kentang ni..selalunya aku guna susu segar...tapi kali ni aku tukar...gebu dan lembut sungguh tekstur donut ni..hubby pun suka..habis licin...hik hik tq Abg sebab sudi makan apa juga yang bini dia masak ( akulah tu )..

Bahan-bahan :
1/2 kilo tepung gandum ( ayak )
4 biji kentang ( rebus hingga lembut dan lenyek halus )
1/2 peket mauripan ( rendam dengan 1/2 gelas air yang dimasukkan sedikit gula...biar sehingga dia berbuih )
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula kasar ( blend halus untuk salutan donut )

Cara-cara :
1. Masukkan tepung dalam bekas...masukkan margerin dan gaul rata....kemudian masukkan kentang yang dilenyek halus tadi...gaul lagi sehingga doh sebati...
2. Kemudian masukkan mauripan tadi sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut...dan bentukkan ikut suka hati...aku buat bentuk bulat je...lenserkan sedikit margerin ditangan supaya mudah untuk melakukan proses membentuk donut....
3. Biarkan dan tutup dengan tuala nipis sebentar...tunggu doh menggebu..than panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan...goreng hingga kekuningan...kemudian angkat...dan bolehlah digolek-golekkan dengan gula kasar yang diblend halus tadi...ratakan..dan siap untuk disantap...

Daging Lemak Cili Padi N9 Style...

Selamat Petang...wohooo mesti dah kenyang makan tengahari tadi...arini menu kat dewan makan bawah ni pun ok gak..Pucuk Paku Gulai Cili Padi , Ayam Sambal , Kerang Rebus cicah Air Asam dan Buah Betik...air pun mabeles..Limau Ais...( kenyang woooo...alhamdulillah ) tq akak kantin kerana siapkan meja kami denga lauk yang mantap...hik hik
 Oklah..ekceli..yang dibawah ni lauk ahad minggu lepas...dipartnerkan dengan ikan pekasam lenggong..huh berasap...ini style masak memang style org N9..sementelah aku ni pun org N9..apalagi boleh le share-share...sharing is caring maaa..so aku caring dalam blog aku nih...


Macam biasalah ramuan wajib yang kena ada :
10 tangkai Cili Padi
1 Inci Kunyit Hidup
( Blender semuanya )
Dan masukkan semuanya bersama serai yang diketuk , garam kasar sikit dan kemancar 
(pati santan yang cair) .....macam gambar diatas


Bila agak menggelegak masukkan kentang.....


Didihkan hingga menggelegak dan agak kering.....lepas tu masukkan pati santan dan kacau....kalau terlalu pekat tambah air biasa dalam secawan....perasakan dengan garam kalau tak cukup masin...dan masukkan asam gelugur sekeping....masak hingga menggelegak dan kalau suka pekat masak hingga kuahnya agak pekat....

Hmm lauk paling senang..kalau dah terlewat nak masak..lauk ni je aku belasah..Hubby pun suka...


AKU BENCI ROKOK



Sila letak banner diatas ni ( KLIK KALAU NAK SERTAI )

Selesai Bro....

Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..

On Da Way....Kebaboom

Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..( Dunt worry mesti lebih punya )

So , ni nak kena cerita lah pulak KENAPA AKU BENCI ROKOK.....sebenarnya memang dah menjadi tradisi seawal usia telah diterapkan oleh mak aku tentang keburukan merokok ni..tambah-tambah kalau orang pompuan ( sendiri fahamlah )...jadi dari situ aku memang aku menci ngan rokok...terutama bila melihat orang-orang terdekat merokok...lagilah aku tambah menci...menci dengan rokok..bukan perokok...
Hu hu kenapa aku tak benci perokok???? sedangkan ia bersangkut paut...pada aku yang menjadi punca adalah rokok itu sendiri...dan sikap orang yang merokok tu...sebab kita menilai manusia bukan dari segi dia merokok atau tak..merokok tu adalah habit....dan kalau tak kawal jadi habitat..hu hu boleh ke macam tu...
Bukan semua perokok ni jahat atau tak senonoh...macamtu jugaklah kengkawan pompuan yang pernah aku kenal yang merokok jugak..dorang baik hati dan mudah berkawan ngan dorang ni...cuma bila dorang merokok tu aku tak bapa selesalah...kerana kesannya bukan sahaja pada perokok tetapi mereka yang disekeliling juga turut mendapat saham yang tak bapa sihat tu....alasan yang diberi kenapa merokok pun kengkadang tak bapa logik...so bagi aku semuanya bermula dari rokok..orang jadi penagih pun mula-mula dari rokok gak..so bagi aku ROKOK adalah salah satu penyebab kearah menyumbang masalah Sosial..Sebab tu AKU BENCI ROKOK


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Bagi yang merokok ( masih belum terlambat untuk anda berhenti )

yang bakal merokok ( anda baru bakal..blum jadi tegar...anda masih ada masa untuk berfikir )

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..

Semua yang terjadi mesti ada sebabnya...jadi susah nak komen sebab family aku juga ada yang merokok...cuma diri sendiri yang tahu apa yang terbaik buat diri mereka...yang pasti KITA YANG DISISI MEREKA JANGAN JEMU MENCUBA MENASIHATI...DAN JANGAN PERNAH PUTUS ASA..DEMI ORANG TERSAYANG..





Ikan Pekasam Lenggong


Assalammualaikum...waktu sekarang hampir menunjukkan pukul 11.15 pagi ( ketika aku mengupdate n3 ni )..mesti tengah bz para isteri-isteri dan ibu-ibu berperang didapur untuk menyiapkan juadah makan tengahari..dengan pertanyaaan tengah masak apa tu ( baca dengan ayat ala-ala DJ Sinar FM..Abby Fana)...ha ha ha saja je intro skema ni...tajuk yang sebenarnya nak cerita tentang keenakkan ikan pekasam made from Lenggong , Perak ...sudah semestinya diperbuat dari Ikan Loma Sungai Kuala Rui...
Rasanya memang berbeza dari ikan pekasam yang lain..sebab aku dah try banyak jenis...tapi yang dari Lenggong atau dari Gerik ni memang lain rasanya...ikan yang segar...tak berapa masin dan yang penting beras yang digunakan untuk menyalut ikan pekasam ni garing dan sedap bila digoreng garing ( ikan pekasan yang pernah aku try..beras dia rasa masam dan memang tak best baunya )...kalau nak diikutkan ikan apa pun boleh buat pekasam tetapi yang paling sedap ialah Ikan Loma...


Inilah Ikan Loma dari Sungai Kuala Rui ( Ihsan Mr Google )


So inilah makanan tengahari aku Ikan Pekasam Lenggong...goreng bawang besar , lada kering / cili padi ...pastu taburlah atas ikan pekasam yang dah digoreng garing tadi....sedap dinikmati bersama Masak Lomak Cili Padi...dan nasi panas..terangkat...

Sesungguhnya Tiada yang lagi berkuasa selain ALLAH Subhanawataala

Assalammualaikum....sesungguhnya minggu ini adalah hari-hari yang paling mencabar bagi aku....cabaran dari segi mental dan fizikal...tetapi aku redha dan bersyukur kerana berpeluang melihat kebesaran Allah Subhanawataala...bukan niat untuk bercerita..cukuplah jika aku katakan aku adalah salah seorang hamba yang berpeluang merasai pengalaman mistik....walaupun bukan aku yang terkena..namun dengan melihat cukup menginsafkan aku..sesungguhnya tiada yang lagi berkuasa selain Allah yang Esa...

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.

2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

jika ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah ke :



PROJEK PUPPET KUDA

ASSALAMMUALAIKUM..SALAM TENGAHARI SEMUA..HARINI AKU TAK SEMPAT BUAT N3 MASAK SEBAB KESIBUKAN MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK KELAS JUMAAT NI..AKU KENA MENGAJAR TEKNIK-TEKNIK BUAT PUPPET KUDA DARI STOKING..APA KEJE AKU SAMPAI AKU KENA NGAJAR MENDA NI PLAK...KERJA AKU MACAM2 IKUT KEPAKARAN YANG AKU ADA..SO LAYAN DULULAH KUDA COMEI NI..PUPPET INI DIGUNAKAN KETIKA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAKAL-BAKAL CIKGU TASKA DAN TABIKA AKU...SO AKU ADALAH..ORANG YANG TUKANG MENGAJARNYA...HU HU



JANGAN GELAK..SEBAB AKU NI KERAS TANGAN SIKIT...


UPIN DAN IPIN..HA HA HA


KUDA LAPOR NAK MAKAN TENGAHARI

Nasi Patayya

Dah senja ni..hampir pukul 7 malam..gelap dan sejuk keadaan dalam rumah aku ni..apa taknya tak pasang lampu..apalah ko ni ...komplen gelap , pglah onn lampu tu ( bangun pg onn suis sambil marah diri sendiri )..maklumlah sensorang semuanya malas...tadi aku letak ayam goreng oat kan..yang ini aku letak menu dinner aku plak...aku buat nasi goreng daging ( ada kat labels nasi resepinya) pastu bungkus dengan telur..dan jadilah nasi Patayya yang made from Seri Iskandar with love...layan dulu lah...


Nasi Goreng Daging xtra pedasssss


Nasi Patayya aku plain aje..sbb tak suka taruk sos..

Yang lagik satu ni adalah untuk suami tercinta yang baru balik dari koje....tunggu lepas sembahyang kang kami ngaplah...selamat dinner semua...


Ayam Goreng Oat


Assalammualaikum...cuti-cuti sekolah ni memang banyak jemputan kahwin cik bedah terima..tapi disebabkan hubby kena kerja...terpaksalah cik bedah duduk rumah je layan laptop ni..nak masak pun malas..ini jelah yang paling rajin buat diriku yang keseorangan ini....Ayam Goreng Oat..amik resepi kat rumah K.Hana dan tiada pengubahsuaian ( sebab malas )..totally same..dan hasilnya memang sedap....wangi sungguh bau oat tu bila digoreng.....oh ya rumah Izah Muffin Lover pun menu ni jugak..kira kita serupa lagik lah ye...jangan marah ha..aku suka ikut menu ko izah..hikhik
Buat K.Hana kami disini mendoakan semoga akak dan family terhindar dari bahaya Tsunami dan juga buat rakyat Malaysia yang ada disana mintak-mintak selamat semuanya...dan untuk rakyat jepun..moga musibah ini cepat berlalu...

Manfaat Dari Buluh ( REBUNG )



Pokok Buluh



Tunas Buluh yang dipanggil rebung


Close up sikit

Spesis Pokok Buluh Di Malaysia

 Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluargaBambusoideae. Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.
 
 Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai dua (2) tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan). Genera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys(ditanam).
 
 Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Terdapat lebih kurang 12 spesis yang biasa digunakan untuk tujuan komersial. Lima (5) spesis ditanam dan hanya terdapat di sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi-tepi sungai, di kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Di dapati tujuh (7) spesis buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya seperti di Jadual di bawah.

Nama Tempatan
Nama Saintifik
Penghasilan/Kegunaan
Buluh Beting
Gigantochloa levis
Rebung Dan Batang
Buluh Minyak
Bambusa vulgaris
Rebung Dan Batang
Buluh Tumpat
Gigantochloa ligulata
Rebung Dan Batang
Buluh Semantan
Gigantochloa scortechinii
Batang
Buluh Beti / Raga
Gigantochloa wrayi
Rebung Dan Batang
Buluh Semeliang
Schizostachyum grande
Batang
Buluh Dinding
Schizostachyum zollingeri
Batang


Ok..ini adalah serba sedikit info tentang asal - usul rebung sumbernya kredit kepada http://mosa24.tripod.com/id1.html
Ada masa pglah tinjau-tinjau..panjang lebar diterangkan didalamnya..dan inspirasi aku pagi ini untuk buat n3 rebung ni adalah kerana Izahdaut@Izahmuffinlover yang baru lepas buat menu REBUNG...


Ini rebung yang belum dijeruk


Ini yang dah siap dijeruk

Rebung sayur dan yang dah dijeruk sesuai dimasak apa jua hidangan mengikut selera kita...buat kerabu boleh , gulai lemak cili padi boleh , masak lemak putih boleh...tapi yang paling aku suka makan bila rebung tu digoreng dengan cilipadi..mabelesnya....

KHASIAT SUP


Anda penggemar Sup ? Makanan berkuah terdiri dari isi ikan,ayam ,daging dan juga dari sayuran ini memang istimewa. Selain rasanya yang sedap , ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan. Bermacam penyakit mulai dari demam sampai kanser, sup diyakini mampu menyembuhkan. Siapa yang bisa menolak makanan beraroma sedap dan disajikan dalam keadaan yang masih hangat berasap ini ? 
Apa juga jenis sup yang dimasak selagi mengekal tekstur bahan utama ia akan menghasilkan sup yang lazat kerana keaslian bahan yang digunakan sesuai dengan apa juga jenis daging mahupun sayuran..sup juga boleh dijadikan menu utama dalam hidangan seharian asalkan tidak menggunakan minyak yang berlebihan..Bahan asas yang segar seperti bawang merah dan putih , halia , lada hitam tumbuk dan tidak lupa juga rempah tumis turut menentukan kelazatan rasa sup itu sendiri...kalau ingin lebih khasiat jangan lupa menambah sayuran seperti lobak merah dan ubi kentang...taburkan bawang goreng dan daun sup...hmm orang demam pun boleh lupa ingatan tau kalau dapat sup panas-panas ( akulah tu ), bukan itu sahaja..bagi mereka yang baru lepas menjalani pembedahan adalah digalakkan mengamalkan mengambil sup yang ramuannya terdiri daripada beberapa herba yang sesuai untuk membantu proses penyembuhan...dan lagi bagus kalau bahan utamanya ikan haruan..

side dish yang syok disantap bersama Sup


Sambal Tumis Ikan Bilis ( orang sakit tak bolehlah..ini untuk orang sihat-sihat je )

Mee Kicap @ Bihun Kicap


Wah dah petang rupanya..mana nak nampak mentari sekiranya berkurung dibilik hawa dingin ini 
( ayat tak ingat )..saja je sebab tak tahu nak mulakan n3 aku ni macamana..apalagi mengayatlah dulu...tapi bukan itu storynya...ini baru masuk citer..
Kalau dipikir-pikir memang seronok je mencuba makanan-makanan yang ada kat Malaysia ,yang halal lah opcoz...so rasanya elok juga kalau tahu serba sedikit perkara tentang makanan yang kita makan tu...so aku buat kajian sikitlah kat Mr Google..so hasilnya....
 Menu yang berasaskan mee ini adalah milik Kaum Cina , termasuklah bihun , kuewteow dan apa sahaja jenis mee yang ada...dan kaum cina bukan sahaja ada di Malaysia , di Thailand , vietnam dan merata tempat ( sekadar menyebut yang berdekatan dengan Malaysia )..so macam-macam version lah mee ini diolah dan dimasak mengikut budaya setempat yang diwarisi...dan salah satu menu yang turut menjadi kegemaran rakyat di Malaysia ialah MEE KICAP...nama Mee Kicap ni diambil sempena penggunaan kicap yang banyak didalam menyediakan menu ini..selain daripada itu Mee Kicap juga dihidangkan bersama semangkuk sup yang mengandungi tahu ikan yang pelbagai rasa ataupun dumpling dan sedikit sayur...oh tak lupa juga kuah cili merah...
Bagi aku banyak-banyak mee kicap , aku lebih suka Bihun Kicap..sebab terasa rencahnya meresapi kedalam bihun tu , rasa ramuannya tetap sama..yang berbeza adalah kekenyalan bihun tu...memang mabeles..trylah sesekali yang luar dari biasa...tak salah rasanya selagi halal dan menepati citarasa kita...


Bihun Kicap


Sup yang penuh eksesori tambahan ( mabeles )

Morocco Tagine @ Tajine


Tajines in Moroccan cuisine are slow-cooked stews braised at low temperatures, resulting in tender meat with aromatic vegetables and sauce. They are traditionally cooked in the tajine pot, whose cover has a knob-like handle at its top to facilitate removal. While simmering, the cover can be lifted off without the aid of a mitten, enabling the cook to inspect the main ingredients, add vegetables, mix the contents, or add additional braising liquid.

Kaedah Masakan :

1. Masak dengan perlahan dengan suhu yang rendah.
2. Sentiasa ditutup bekas tajine itu sepanjang proses memasak , supaya daging cepat empuk dan lembut..
3. Bahan-bahannya mestilah terdiri daripada unsur yang boleh mengeluarkan cecair dengan sendirinya..contohnya adalah seperti daging , ikan ataupun sayur-sayuran

 Ini periuk Tajine yang diperbuat dari tanah liat...


Tajine Sayuran


Tajine Daging dan Couscous


Tajine Kambing

Moroccan tajines often combine lamb or chicken with a medley of ingredients or seasonings: olivesquinces, apples, pears, apricots, raisins, prunes, dates, nuts, with fresh or preserved lemons, with or without honey, with or without a complexity of spices. Traditional spices that are used to flavour tajines include ground cinnamonsaffrongingerturmericcuminpaprikapepper, as well as the famous spice blend Ras el hanout. Some famous tajine dishes are mqualli or mshermel (both are pairings of chicken, olives and citrus fruits, though preparation methods differ), kefta (meatballs in an egg and tomato sauce), and mrouzia (lambraisins and almonds).

* Pada saya kita boleh olah bahan-bahan yang digunakan menjadi tajine ala-ala melayu gitu..tetapi kalau nak try yang rasa yang original boleh try resepi dibawah dan yang penting ada periuk tajine ( seelok-eloknya )..tapi kalau takda preasure cooker pun boleh cik bedah...

Lamb Tagine with Baby Peas

1.3 kg (2 ½ lbs) lamb shoulder or leg, cut into 3cm (1 ½”) chunks
570 g (1 ¼ lb) shelled peas
1 medium onion, grated
3 cloves of garlic, peeled and crashed
preserved lemons, rinsed and cut into quarters
1 teaspoon powdered ginger
¼ teaspoon turmeric
pinch of pulverised saffron
2 tablespoons freshly chopped green coriander
4 tablespoons vegetable oil
salt and freshly-ground black pepper to taste 

Way To Cook :
1. Place the lamb chunks, onion, garlic, spices, herbs and oil in a 5-quart deep casserole.
2. Cover with 225 ml (sup>1/3pint) water and bring to the boil over high heat. 
3. Immediately reduce the heat, cover and simmer over moderate heat until the meat is tender and the sauce has reduced to a thick gravy, about 1 ½ hours. Turn the meat often and add water whenever necessary.
4. When the lamb is tender, place the chopped coriander, shelled peas and preserved lemons on top. Cover and cook gently for a further 10 minutes, until the peas are tender and ready.
Serve at once.

Kredit to Mr Google...

Stuffed Grape Leaves and Betel Leaves

Assalammualaikum...tadi pergi jenguk blog kawan-kawan , almaklumlah sensiang hari sibuk sikit dengan kerja..jadinya malam hari jugaklah mengupdate blog ni...sambil-sambil jenguk kengkawan aku suka lah tengok chanel masakan kat youtube....dan aku tertarik dengan 2 jenis hidangan ini...pada aku walaupun material atau bahan yang digunakan tak sama...tapi basic method memasak tu sama...dan aku rasa yang membezakan masakan ini adalah cara olahan bahan yang digunakan dan juga panggilan namanya...

Stuffed Grape Leaves


Dolma is a family of stuffed vegetable dishes in the cuisines of the former Ottoman Empire and surrounding regions such as RussiaIranand the Caucasus and Central and South Asia. Perhaps the best-known is the grape-leaf dolma. Common vegetables to stuff includezucchinieggplanttomato and pepper. The stuffing may or may not include meat. Meat dolma are generally served warm, often with sauce; meatless ones are generally served cold, though meatless dolma are eaten both ways in Iran. Both are often eaten with yogurt.


Balut guna daun anggur


Inti daging boleh


Inti nasi pun boleh

Stuffed Betel Leaves


Ini pula masakan dari negara asia.. terkenal terutamanya di vietnam dan thailand...bezanya hanya dengan penggunaan daun yang berlainan..disini mereka lebih banyak menggunakan Daun Kaduk...


Daun kaduk tau bukan daun sireh..diantara kedua-dua daun itu rupanya seakan-akan tapi rasanya berlainan


Ada tempat yang suka makan macam ni..


Dan ada juga yang begini..daging dibalut dengan daun kaduk dan digrill...

Jadi pada saya yang penting adalah bagaimana kita mengolah bahan dan teknik masakan adalah faktor utama istimewanya sesuatu menu itu...memasaklah dari hati...hasilnya Insyaallah sedap dinikmati...

* Sumber Utama semuanya dari menggogling di Google...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in