Assalammualaikum....sesungguhnya minggu ini adalah hari-hari yang paling mencabar bagi aku....cabaran dari segi mental dan fizikal...tetapi aku redha dan bersyukur kerana berpeluang melihat kebesaran Allah Subhanawataala...bukan niat untuk bercerita..cukuplah jika aku katakan aku adalah salah seorang hamba yang berpeluang merasai pengalaman mistik....walaupun bukan aku yang terkena..namun dengan melihat cukup menginsafkan aku..sesungguhnya tiada yang lagi berkuasa selain Allah yang Esa...
Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus
Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:- 1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu. 2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam. 3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu. 4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku. jika ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah ke : |
Allahuakbar..meremang bulu roma eina..sesungguhnya kerull antara yg terpilih...
ReplyDeleteTulah..tapi mmg penat seminggu tidur tak nyenyak
ReplyDelete