Manfaat Dari Buluh ( REBUNG )



Pokok Buluh



Tunas Buluh yang dipanggil rebung


Close up sikit

Spesis Pokok Buluh Di Malaysia

 Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluargaBambusoideae. Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.
 
 Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai dua (2) tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan). Genera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys(ditanam).
 
 Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Terdapat lebih kurang 12 spesis yang biasa digunakan untuk tujuan komersial. Lima (5) spesis ditanam dan hanya terdapat di sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi-tepi sungai, di kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Di dapati tujuh (7) spesis buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya seperti di Jadual di bawah.

Nama Tempatan
Nama Saintifik
Penghasilan/Kegunaan
Buluh Beting
Gigantochloa levis
Rebung Dan Batang
Buluh Minyak
Bambusa vulgaris
Rebung Dan Batang
Buluh Tumpat
Gigantochloa ligulata
Rebung Dan Batang
Buluh Semantan
Gigantochloa scortechinii
Batang
Buluh Beti / Raga
Gigantochloa wrayi
Rebung Dan Batang
Buluh Semeliang
Schizostachyum grande
Batang
Buluh Dinding
Schizostachyum zollingeri
Batang


Ok..ini adalah serba sedikit info tentang asal - usul rebung sumbernya kredit kepada http://mosa24.tripod.com/id1.html
Ada masa pglah tinjau-tinjau..panjang lebar diterangkan didalamnya..dan inspirasi aku pagi ini untuk buat n3 rebung ni adalah kerana Izahdaut@Izahmuffinlover yang baru lepas buat menu REBUNG...


Ini rebung yang belum dijeruk


Ini yang dah siap dijeruk

Rebung sayur dan yang dah dijeruk sesuai dimasak apa jua hidangan mengikut selera kita...buat kerabu boleh , gulai lemak cili padi boleh , masak lemak putih boleh...tapi yang paling aku suka makan bila rebung tu digoreng dengan cilipadi..mabelesnya....

6 ulasan:

  1. tau tau...aku dah rasa manfaatnyer rebung neh,..hihihi

    ReplyDelete
  2. hu hu itu sudah pasti..tq ye..dari lauk mu itu..terciptalah n3 ini...

    ReplyDelete
  3. hehe bertambah pengetahuan saye pasal rebung..:) tak penah makan rebung nih..

    meh ke rumah..
    ~plastic surgery follow up~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  4. thanks 4 the info laling..memang peminat rebung pun eina nih...hehehe

    ReplyDelete
  5. mai lah umah ummi ,..ummi byk tanam pokok buluh madu tepi umah..sampai tak termakn rebungnya..selain mencantikkan kwsn umah..rebungnya dpt mkn yg fresh punya....takde jeruk2 lagi dah..hehehe...

    ReplyDelete
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in