Gambar Ehsan : Thank you En. Google
Salam petang hari..aku gerenti korang pernah tengok pokok ni..ada yang panggil daun kelor dan kalau belah-belah perak ni depa panggil kacang murunggey..walaupun lain nama tetapi pokoknya tetap sama..pokok ni banyak hidup meliar dan ada juga yang ditanam..selalunya kaum india yang suka tanam pokok ni kerana mereka jadikan daunnya sayur dan buahnya yang panjang itu sedap dimasukkan dalam kari ataupun dal...
Lama jugak aku tak makan menu daun kelor ni...jadi tak dapatlah nak upload versi aku kat n3 ni..tapi nasib baik aku dapat carik gambar dari En. Google yang seakan-akan resepi my mom...resepi ni my mom yang ajar dan my mom pulak Aunty Menachi sebelah rumah aku yang ajar...kita satu Malaysia kan..jadi apa salahnya mencuba resepi yang lain dari resepi yang biasa kita masak...rasanya sedap dan taklah berapa pahit kalau kena dengan cara masaknya....
Oklah..resepinya ringkas sahaja :
Bahan-bahan
Ikan Bilis ( ikut sukalah bapa banyak ) - goreng garing dan toskan
Daun Kelor - Lurutkan daun dari tangkainya ( basuh dan tos )
1/2 sudu kecil biji sawi
2 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah kecil - hiris
4 tangkai cili kering - hiris serong
1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa
perasa - optional
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi dan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga wangi...kemudian masukkan garam secukup rasa....kemudiam masukkan kelapa parut..goreng hingga wangi..
2. Kemudian masukkan daun kelor yang telah di tos tadi..dan gaul rata dengan perencah...masukkan ikan bilis dan gaulkan sebati semuanya...tutup api dan siap sedia disantap dengan nasi putih..hu hu sedapnya...
0 ulasan:
Post a Comment