Hmm ingatkan malas nak masak..tapi kesian kat hubby. Apa lagi balik dari pejabat tadi selepas menyiapkan keje yang seminggu aku tangguhkan dengan tidak lengah2 aku bukak ais box dan explore apa yang boleh dimasak....tengok ada lah sotong skit..hmm apalagi aku masak nasi n siapkan perencah apa yang patut..dan termasaklah menu ni...paling senang dan main campak2 jer....
Sotong Goreng Lada
Bahan-bahannya :
8 ekor Sotong ( kelar jangan putus )
minyak secukupnya untuk menggoreng sotong
2 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang merah kecil - tumbuk lumat / blender
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat / blender
3 sudu besar cili boh - ( blender sendiri ) ikut selera kitalah..aku suka pedas
1/2 teh garam
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugur
1 ulas bawang besar ( hiris sederhana )
Cara-caranya :
1. Lumurkan sotong dengan tepung jagung , panaskan minyak dan goreng hingga agak masak dan angkat
2. Tumiskan bawang putih , bawang merah hingga garing , pastu masukkan cili boh dan tumis hingga garing.
3. Masukkan sotong , perasakan dengan garam , gula dan asam gelugur dan bawang besar yang dihiris tadi..
4. Biarkan sebentar hingga mesra dan siap dihidangkan....
dan yang kat bawah ni...lauk lebih malam tadi yang tak sempat di upload...
Ayam Lemak Cili Padi
Bahan-bahannya :
7 ketul ayam ( paha dan kepak sbb hubby suka part ni je )
10 biji cili padi - blender
1 inci kunyit hidup - blender
1 keping asam gelugur
2 batang serai - dititik
garam
2 biji kentang - belah 4
pati santan dari sebiji kelapa
1 mangkuk ( kemanca - pati santan yang tak pekat )
Cara-caranya :
1. Masukkan kemanca , cili padi yg di blender dengan kunyit hidup , garam , serai , kentang dan ayam
2. Didihkan hingga agak kering air ayam tadi , masukkan pati santan dan kacau ( jangan ditinggalkan supaya tidak bertahi minyak )...masukkan asam gelugur dan tambah air biasa jika kuahnya terlalu pekat..
3. biarkan didih sekejap dan sedia dihidangkan panas2 bersama ikan kering dan ulam kacang panjang..