Malam2 ni mood rajin tu kira ada lagi skit...( hujung2 lah kiranya )...pastu kenyang lagi n hubby plak takmau makan nasi...so apalagi aku terpaksalah memikirkan apa menda yang nak dibuat malam2 ginih..selongkar punya selongkar ais box aku..adalah tinggal 5 keping kepak ayam yang aku marinated ngan rempah masala n madu dalam tupperware..nasib baik dah siap perap..jimat masa aku...so apalagi masukkan dalam oven 30 minit..siap untuk di kendurikan...so layan je k rupanya yang aku hupload nih....
Bahan-bahannya :
5 ketul kepak ayam
3 sudu besar rempah masala maggi
2 ulas bawang putih - blender
2 ulas bawang besar - blender
1/2 inci halia - blender
2 sudu serbuk cili ( kalau suka pedas , sbb rempah masala tu mmg dah ada cili )
2 sudu besar madu ( bagi seimbang pedas dan manis )
1 sudu teh minyak
Cara-caranya :
1. Satukan bahan-bahan yg diblender tadi bersama rempah masala maggi , serbuk cili , madu dan minyak
masak....tak perlu guna garam sbb dah ada dalam rempah masala td..tp kalau tak cukup masin blih
tambah garam ( ikut selera kitalah kan ).
2. Masukkan kepak ayam dan gaul rata hingga sebati...pastu masuk ais box..lagi lama perap lagi power...
3. Bila nak panggang..panggang dalam suhu yang sederhana dalam 30 minit..supaya kepak ayam tu cantik
dan tak hangus + masak...
0 ulasan:
Post a Comment