Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Ayam Masak Lemak Cili Padi Dan Terung


Assalammualaikum ...Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Awal muharam..Tahun Baru Islam..bermulanya kalendar baru dalam setiap langkah kehidupan kita. Tahniah diucapkan juga kepada adindaku Nurul Huda dan Am diatas kelahiran putera yang comel di petang Awal Muharam semalam..dinamakan Muhammad Adam Darwish...hmm bulan 12 ni aku akan pulang untuk bertemu anak saudara aku yang ke 3 ni...rambutnya lebat hitam..sepet persis mata belah keluargaku..apa pun baby awal muharam penuh barokah dan moga menjadi anak yang soleh...ummi long sayang adam..
So menu kat atas tu menu sempena cuti Awal Muharam kelmarin...layan kan aje lah ye...aku masak lemak memang takda resepi lain..memang inilah resepinya..yang bertukar selalu adalah bahan sampingan seperti kentang ke , terung or sumthing yang sesuai untuk digandingkan dengan main protein...resepinya klik kat SINI

Rendang Ayam Cili Padi


Assalammualaikum

Dah lama tak merendang..rindu nak makan rendang ayam mak sebenarnya..tapi nak buat camana nak tunggu balik kampung lambat lagi..so masaklah sendiri menggunakan resepi bonda ku turun temurun..kalau time raya inilah rendang yang mak selalu buat..tak susah pun..sesiapa yang suka pedas memang kenal dah dengan menu ni..mesti tangkap nangis dan keluar peluh bila makan..

Bahan-bahan :
1 ekor ayam kampung - salai dan potong 13...basuh dan toskan
20 biji cili padi kampung *
5 ulas bawang putih*
3 biji bawang besar*
4 batang serai *
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
( bahan bertanda * perlu dikisar sederhanan halus )
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kerisik
Santan pekat dari 3 biji kelapa
1/2 inci gula melaka
garam secukup rasa
1/2 sudu teh Maggi cukup rasa
2 keping asam gelugur

Cara-cara :
1. Rebus ayam hingga empuk dan buangkan separuh dari air rebusan..yang selebihnya akan digunakan untuk memasak nanti..
2. Panaskan kuali..saya suka guna kuali kalau merendang...masukkan ayam dan masukkan sekali air lebihan tadi..masukkan terus bahan yang telah dikisar tadi , serai yang telah dititik dan cili kering kisar dan biarkan ia kering..sementara tu kacau2 selalu supaya tak melekat dipermukaann kuali
3. Bila ayam dan perencah telah mesra masukkan santan dan kacau...perasakan dengan garam, serbuk perasa..biarkan ia menggelegak dan kacau selalu supaya tidak hangus..
4. Kemudian masukkan asam keping dan gula melaka...biar rendang menggelegak dan agak kering sebentar...bila dah pekat dan keluar minyak..maknanya dah oklah..bolehlah diangkat...




Ayam Masak Lemak Terung


Assalamualaikum
Hmm lambat aku update n3 minggu ni..biasalah mood tak bapa ada..jadi taklih nak buat apalah gamaknya..sebenornya menu ni adalah menu projek hari jumaat..memandangkan rehat yang lama jadi kami rakan-rakan seangkatan pun memulakan projek makan-makan..dan memikirkan peralatan yang agak terhad inilah menu yang paling senang..main campak-campak je..section masak lauk aku..yang masak nasi section lain..apa-apa pun makan panas-panas dan berjemaah berserta ikan masin goreng..memang mantap  , bertambah 2 3 kali pun tak perasaan..hu hu happy weekend u olls...Resepinya klik SINI


Ayam Bakar Paprika Dan Thymes


Assalammualaikum
Selamat tengahari..cakap banyak pun tak guna...jap lagi nak pg lunch , so baik aku taip n3 ni cepat-cepat..banyak agenda lagi sebenarnya ni..macam biasalah menu makan malam yang bila tuan tanah pun dah tak bapa nak ingat..ini memang hubby punya peberet dish..ayam cuma aku tambah eksesori yang lain-lain tu untuk aku sebab aku ayam ni kurang..sayur ok....

Bahan-bahan :
4 keping paha ayam ( basuh dan toskan )
1 tangkai daun thymes
1 tangkai daun rosemary
1 sudu lada hitam ( serbuk / sederhana kasar )
2 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak zaitun
( perapkan ayam dengan semua bahan-bahan ni dalam 30 minit )

eksesori / sayuran :
1 ikat asparagus
segenggam baby carrot
2 biji kentang ( basuh dan belah 4 )
2 biji bawang kuning ( belah 4 )
( gaul sekali dengan ayam )

1. Panaskan oven dalam 200C dalam 10 minit sebelum mula membakar ayam
2. Letakkan ayam dan sayuran yang telah siap diperap dalam dulang pembakar , tutup dengan aluminium foil ( tujuan tutup dengan aluminium foil tu adalah untuk mengekalkan kelembapan ayam..kali ni nak buat yang lembut sikit..kalau tak tutup jusnya akan hilang )
3. Bakar dalam 40 minit...lepastu bolehlah makan begitu ataupun makan dengan nasi


Hubby suka makan dengan nasi berempah ni...

Ayam Panggang Rosemary


Assalammulaikum..hu hu still kat office..siapkan sikit lagi keje sebelum outstation ke Langkawi..dah hujung tahun pun still gak keje..pastu baru aku boleh cuti..ini menu dinner malam tadi..menu malas namanya...simple je bahan-bahan yang aku gunakan..sebab terlebih rajin...

Bahan-bahan :
1 ekor ayam size Medium..basuh bersih dan toskan
2 biji bawang besar ( ptg 4 untuk side dish )

Bahan Perap :
1 tangkai daun rosemary
1 tangkai daun thyme
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu teh garam berperisa mix herbs
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 sudu olive oil
3 ulas bawang putih - cincang

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan perap selama 30 minit..
2. Panaskan Oven dalam 200C....than masukkan ayam ..bakar selama 40 minit hingga kekuningan..

pastu..aku makan dengan nasi berempah beryani dan fried linguine...wah italian ada..indian ada..maknanya tema makan malam tadi adalah confusion...asian meet italian..hu hu


Nasi Beryani with ayam panggang for my hubby


Fried Linguine untuk aku pulak...

Ayam Kicap Sos Tiram


Assalammualaikum..salam petang ari..ini menu dinner malam tadi..tak sempat nak upload sebab leka buat HRMIS..tapi like ussual lah kan nak siapkan sikit punya slow gila sampai naik jem kepala hotak ni..buat seharian tapi taklih save..mana tak geram hu hu...ah lupakan jap benda tu...resepi ni macam masak kicap gak cuma aku tak goreng je ayam tu..jimat masa..ikut tekak aku ni ok je...sebab aku suka tak goreng..takdalah keras sangat...

Bahan-bahan :
5 peha ayam ( bersihkan dan kerat 2..sedap kecik2 sebab kita tak goreng )
2 ulas bawang putih - hiris*
3 ulas bawang merah - hiris*
1/2 inchi hali - hiris*
3 tangkai cili padi - hiris serong*
2 besar sos tiram
1/2 sudu serbuk cukup rasa maggie
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan jus asam jawa
4 sudu kicap manis adabi
1 sudu kicap pekat 

Cara-cara :
1. Tumis bahan yang bertanda star *..hingga garing..kemudian masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam agak empuk dan bertukar warna..
2. Masukkan sos tiram , kicap manis , kicap pekat , garam dan serbuk cukup rasa maggie...gaul rata dan masukkan air dalam 2 cawan..ikut kita nak kuah banyak atau nak pekat...masukkan jus asam jawa..biar menggelegak dan kalau nak pedas boleh letak blackpaper sikit ( optional )..biar merenih sebentar..kalau dah cukup rasa..tutup api dan sedia dinikmati...

Test Kitchen ( Chicken chop dan coleslaw )


Assalammualaikummm
Ini bukan menu breakfast ye..ini menu test kitchen sebelum nak buat program menjamu kanak-kanak kurang bernasib baik esok..apa-apa hal kena buat test kitchen dulu sebab nak cari keserasian selera...barulah tak rugi nak masak dan orang puas hati nak makan...resepinya lebih kepada fusion sebab nak kenakan dengan tekak orang melayu...so bila mix and macth..rasanya not bad lah...kuah blackpaper dan coleslaw pun main belasah...
resepi nanti kalau ada mood aku update..hu hu  tengah kemalasan..

Rendang Ayam Bonda


Assalammualaikum
Ini nyata2 bukan menu tadi..hu hu ini menu raya haji yang lepas..baru ada masa nak upload..story banyak pun malas sebab resepi rendang aku ni memang tak ubah apa2 pun dari resepi asal bonda ku Puan Habibah..dari kecik makan rendang ayam ni sampailah bila dah merantau rendang cenggini jugak yang kena kat selera aku dan suami...memang sesuai cicah ngan ketupat dan lemang..hu hu pedas ni wei..tapi lemak2 manis..kalau minat lih tgk kat Lable Ayam ye...


Ayam Kampung Goreng


Assalammualaikum
Ini menu berbuka semalam..ringkas je..aku buat sambal telur dan ayam kampung goreng..dah tak tahu nak masak apa dah so layan nasi putih je lah..mood nak raya makin sampai..rindu nak makan lemang uwan dan rendang maman ibu tercinta....

Rendang Ayam Pedas N9 ( Iftar 11 )


In Making



Assalammualaikum...
Salam Iftar ke 11...dah hampir setengah bulan dah kan..cepat sungguh rasanya masa berlalu..makin lama selera makin kureng tahu menu apa yang nak dipersembahkan sewaktu sahur dan iftar..tekak pun makin lama makin memilih..namun apa pun makan nasi juga yang menepati selera...so semalam kami dipejabat buat projek masak rendang ayam pedas n9 style..4 ekor ayam tumbang..1 kawah tu aku masak..untuk dibahagikan kepada rakan-rakan yang bayar syer...he he he...balik rumah senang sikit keje sebab lauk dah masak..tinggal masak nasi dan top up apa-apa yang patut...

Bahan-bahan :
1 ekor ayam ( kerat 14 , basuh dan toskan )
3 Helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
1 buku gula melaka
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam Maggi

Bahan - bahan kuah :
25 biji Cili Padi
10 Bij bawang besar
10 Biji bawang putih
1 inci lengkuas
3 inci halia muda
6 batang serai
2 inci kunyit hidup
( Blender semua bahan diatas )
santan pekat ( dari 2 biji kelapa )
1 bungkus kecik kerisik ( beli siap je )

Cara - caranya :

1. Tenggek kuali dan masukkan semua bahan yang telah diblender tadi...tambah air dalam 1 jug dan biarkan ia menggelegak dan airnya agak kering...
2. Kemudian masukkan ayam...perasakan dengan garam , kiub pati ayam , gula melaka...biar ia sebati dengan ayam sebentar..
3. Kemudian masukkan pati santan dan kacau supaya ia sebati dan tidak bertahi minyak....biar ia menggelegak....masukkan kerisek dan asam keping...kecilkan api..biar rendang agak pekat..kalau suka berkuah tak payah tunggu sampai kering sangat ( agak-agaklah nak kuah banyak mana )..taburkan daun kunyit yang dihiris halus...kemudian bolehlah tutup api...

Hasilnya inilah :



Rendang Ayam Daun Maman dan Telur Bersos ( Iftar 7 )

Rendang Ayam Daun Maman
Ini menu wajib orang n9 kalau raya or ada kenduri kendara..selalu mak aku buat kering sampai berminyak sebab guna santan asli..tapi yang ini aku buat basah sikit dan tak berminyak sangat sebab pakai santan kotak..bahannya tak banyak but kena hati-hati kerana kalau tak pandai masak lauk ni akan jadi pahit..but mak aku dah ajar aku dari anak dara masak lauk ni ..so insyaallah setakat ni menjadi lagilah bila aku masak..kat sini susah gak nak carik daun maman segar sebab dorang suka buat jeruk daun maman ni...tu yang bila jumpa aku beli secekak besar..hu hu lepas hajat nak makan rendang maman ni...

Bahan-bahan :
1 ekor ayam / daging ( pilih yang kita suka )
1 kilo daun maman - leraikan dari batangnya ( basuh dan toskan )
15 ulas cili padi - blender
1 inci kunyit hidup - blender
2 biji kelapa ( amik kemancar dan patinya )
garam secukupnya
3 keping asam gelugur

Cara-caranya :

1. Siapkan kuali...senang pakai kuali supaya mudah dikacau dan ayam tak hancur...kalau pakai ayam biasa jgn masukkan ayam awal-awal tapi kalau pakai ayam kampung / ayam pencen / daging boleh masukkan sekali ...renihkan kemancar dan bahan yang telah diblender tadi ( tujuan untuk memasakkan cili padi tadi supaya tak sakit perut ) didihkan hingga airnya agak kering...
2. Bila dah tgk agak kering boleh masukkan ayam dan gaul sebentar ( ayam biasa )...kalau pakai selain dari tu terus je masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan asam gelugur...biarkan ia menggelegak dan jangan lupa dikacau selalu...bila kuah telah kelihatan agak pekat..masukkan daun maman..jangan dikacau..biarkan ia layu...
3. Bila dah layu kacau sekali-sekala ( inilah petuanya supaya maman tidak pahit selain faktor penggunaan santan yang pekat dan banyak )...kacau perlahan-lahan
4. kecikkan api sedikit supaya tidak hangus...masak sehingga terbit minyak...( kalau tak suka kering memadailah melayukan maman tu dan berkuah sedikit ) lagi lama kita keringkan maman ni lagi sedap sebenarnya....


Side Dish Telur Bersos ngan eksesori yang sesuai bersama

NASI BERIYANI DAN AYAM PANGGANG PAPRIKA




Assalammualaikum...
Hari ni sarapan awal sikit sebab banyak keje nak kena settle...student baru nak masuk , so banyak benda yang nak diselesaikan agar minggu transformasi student berjalan dengan lancarnya minggu hadapan. Petang semalam balik kerja dah agak lewat serta ditambah badan yang memang sedia kepenatan..jadinya singgah tesco jap beli ayam yang dah siap marinated ni..yang berperisa paprika dan aku rembat satu peket rempah beriyani maggi...so malam tadi inilah dinner aku...cuma aku plus buat kari telur 2 biji , pedas dan pekat tanpa santan...campak sikit cili padi 2 3 tangkai..memang mabeles...senangkan hidup..semuanya beli yang siap sedia untuk dimasak..jimat masa..balik rumah panaskan oven dalam 220c than bakar dalam 45 minit..kelar sikit supaya masak didalamnya..sebab aku tak suka mentah...daging ayam mentah ada bakteria..so masak biar lama sikit...bagi juice ayam tu keluar baru best...

Resepi Ayam Panggang Paprika

1 ekor ayam / yg dah siap potong-potong - bersih dan toskan
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu paprika
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu minyak zaitun
( perap ayam semalaman baru best )

Ayam Panggang Sos BBQ


Ini dinner malam bila ntah..aku pun tak bapa ingat sebab dah lama dalam folder ni..ini menu paling senang..perap semalam..than bakar

Bahan-bahan :
5 ketul paha ayam - bersih dan toskan juga dikelar-kelar supaya perapan sampai ke daging dan masak sekata
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu serbuk lada hitam
1 inci halia - cincang
1 sudu serbuk paprika
1 sudu madu
1/2 sudu teh garam
2 sudu jus lemon
3 sudu SOS BBQ LIFE
2 sudu minyak zaitun
1 tangkai rosemary - cincang
1 tangkai oregano - cincang

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan diatas dan perapkan ayam bersama bahan tadi...simpan semalaman didalam peti sejuk dan gunakan bekas bertutup supaya perapan cepat meresap.
2. Panaskan oven pada suhu 220C dan masak selama 45 minit...


yang ini baru lepas make up..

Ayam Goreng Lada Hitam


Assalammualaikum...selamat pagi semua..ok ini aku review salah satu resepi dari Chef Sabri yang telah didemonstrasikan kepada kami..so kalau berkenan bolehlah try...

RESIPI   : AYAM GORENG LADA HITAM
PENYEDIAAN : 8 ORANG
MASA PENYEDIAAN : 20 MINIT

Bahan:
800 gm                  Daging Ayam – di hiris
 30 gm                   Bawang putih – di cincang
100 gm                  Bawang Besar – di potong dadu
10 biji                    Cili kering – di hiris kasar
100 gm                  Lada Bengala – Merah
100gm                   Lada Bengala – Hijau
4 sdm                    Sos Tiram
8 sdm                    Kicap Cair
4 sdm                    Lada Hitam – di kisar
100ml                    Minyak Masak
                                Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih , halia hingga naik bau.
  2. Masukan lada hitam , ayam, sos tiram. Kicap cair, dan kacau hingga rata.
  3. Masukan lada bengala, garam , gula dan kacau secukup rasa.

Nasi Berempah Ayam Panggang Morocco


Assalammualaikum..
Dah hari Jumaat ye...cepat betul masa berlalu..Jun pun dah nak berakhir..Ramadhan kian hampir..kenapalah aku syahdu-syahdu dipagi buta ini...biasalah menginsafi diri kenalah pagi-pagi takan tunggu tengahari kot..muahahaha..
So , yang kat atas tu adalah menu makan malam kami..boleh caya ke seekor ayam panggang tu kami makan berdua...percayalah..sebabnya saiz ayam tu adalah saiz yang paling kecik..bukan yang besor tu..yang kecil macam ni yang sedap buat panggang sebab lembut dan juicy..dah lama sebenarnya nak makan menu ala-ala morocco ni..seronok gila bila dapat mengadap ayam panggang macam tu..baru feel makan dgn nasi rempah..ops sebenarnya aku pakai rempah beriyani tapi aku otter sikit supaya sesuai untuk dinikmati bersama ayam ni...kenapa aku tak panggil beriyani..sbb aku tak buat lauk yang set dengan nasi ni...dan lagi satu ikut suka sukilah nak letak nama apa pun kan...ha ha ha janji kena ngan selera tuan punya ayam...kih kih...

Bahan Nasi Berempah :
2 pot beras basmathi ( basuh dan toskan )
3 sudu minyak sapi untuk menumis
3 cawan 1/2 air
1 peket rempah penumis
1 biji bawang merah - dadu
1 biji bawang putih - dadu
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 peket rempah beriyani segera MAGGI

Cara-caranya :
1. Panaskan rice cooker...masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah penumis , bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan....
2. Masukkan rempah beriyani segera MAGGI dan gaul rata...dan terus masukkan susu cair dan 3 cawan 1/2 ..dan terus masukkan beras berserta daun pandan...kacau sekali lagi dan tutup dengan penutup sehingga nasi masak...
3. Apabila nasi masak...kacau pakai garfu supaya nasi masak sekata...biarkan sebentar..dan biarkan mood rice cooker dalam keadaan warm...

Oh ya...untuk resepi ayam ni aku tengok kat AFC Channel dan aku olah sikit dengan bahan-bahan yang ada kat dapur...

Bahan Perap Ayam Panggang Morocco :
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 sudu paprika
2 sudu madu
2 sudu blackpaper
1/2 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
2 sudu butter
1 biji limau nipis - amik jusnya
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 sudu herba campuran ( oregano , rosemary dan bayleaf )
( Gaul semua bahan diatas dan lumurkan pada ayam , perapkan semalaman , mula-mula bakar pada suhu 180C selama 30 minit...kemudian naikkan suhu pada 220C dan bakar lagi dalam 30 minit...selalulah basahkan ayam dengan jus yang keluar supaya ayam tidak terlalu kering...semasa naikkan suhu pada kali kedua bolehlah dimasukkan sekali bawang dan carrot..tujuannya supaya sayur tak terlalu layu...  )


Ayam Panggang Morroco

Kari Ayam Mamak


Assalammualaikum
Hari Isnin yang mencabar dan seronok kalau dapat tidur...mana taknya hujan dari malam tadi mencurah-curah hinggalah ke pagi hari...seronok kalau dapat tarik selimut lagi ni...tetapi apakan daya kami berdua kena pergi koje...hu hu ( suka-suka hati nak tidur lagi konon )...kenapa semalam kenapa tidak hari sabtu aritu...hik hik
Hei apalah mike ni...hujan tu kan kuasa Allah...hujan tu turun untuk menyegarkan alam..bukan suh kome-kome sambung tidur gamaknya...la la la la ( statement buat tuan punya blog ni )...
So toksah duk merepek lagi..jom layan Kari Ayam Mamak..juadah dinner jumaat malam hari itu..ini bukan resepi aku sebabnya aku amik resepi tu kat SINI...apalagi tak rugi mencuba dan semestinya memang sebijik rasa kari mamak..sedap dijadikan pencicah roti , roti canai ataupun roti jala...

Ayam Goreng Oat


Assalammualaikum...cuti-cuti sekolah ni memang banyak jemputan kahwin cik bedah terima..tapi disebabkan hubby kena kerja...terpaksalah cik bedah duduk rumah je layan laptop ni..nak masak pun malas..ini jelah yang paling rajin buat diriku yang keseorangan ini....Ayam Goreng Oat..amik resepi kat rumah K.Hana dan tiada pengubahsuaian ( sebab malas )..totally same..dan hasilnya memang sedap....wangi sungguh bau oat tu bila digoreng.....oh ya rumah Izah Muffin Lover pun menu ni jugak..kira kita serupa lagik lah ye...jangan marah ha..aku suka ikut menu ko izah..hikhik
Buat K.Hana kami disini mendoakan semoga akak dan family terhindar dari bahaya Tsunami dan juga buat rakyat Malaysia yang ada disana mintak-mintak selamat semuanya...dan untuk rakyat jepun..moga musibah ini cepat berlalu...

Ayam Sos Tiram


Assalammualaikum dan selamat pagi...sehari lagi nak CNY seronoknya..lama sikit cuti..ha ini menu malam tadi , hubby tak boleh makan yang pedas-pedas lagi..jadi aku kena cari ilham nak bagi dia selera makan, almaklumlah dah biasa makan pedas..bila tak dapat makan pedas makan pun aku tengok slow je...tapi nasib baik dia suka masakan ala masak kicap ni...cuma aku tukar ngan sos tiram je , kicap manis aku letak juga sikit...bagi rasa...

Bahan-bahan :

1/2 bahagian ayam - potong sederhana kecil
2 ulas bawang putih - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1 inci halia - cincang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
setengah cawan jus asam jawa
sedikit garam

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih , bawang merah dan halia yang telah dicincang tadi..tumis hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam agak nampak masak...kemudian masukkan sos tiram dan kicap dan kacau rata sebentar...
3. Masukkan jus asam jawa dan sedikit air jika ia terlalu pekat...perasakan dengan garam , kacau rata dan biarkan ia menggelegak sebentar, jika suka pekat biarkan sebentar lagi...padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas


Honey Chicken Roasted

Assalammualaikum...kira punya kira rupa-rupanya hari ni dah 27 Syawal..maknanya tinggal 3 hari saja lagi Syawal akan berakhir..dan begitu juga rumah terbuka..makin nak habis syawal..makin rancak dapat jemputan..berebut2 nak buat..yang untungnya jemputan..sbb kenyang dan tuan rumah juga untung..dapat pahala..sumenya bergantung pada niat...so kat atas ni Menu Raya kat umah mak aku aritu..buat nasik ayam..dan Sparring Partnernya tentulah ayamkan...dah nama nasik ayam..so aku buatlah Honey Chicken Roasted ni...yang penting langsai 5 ekor ayam untuk 50 orang makan...Famili mak aku AKA mak sedara n bapak sedara aku n Family...so layan dulu ye..

Bahan-bahan :
Ayam - bersihkan kerat 10
sebuku halia muda - blender
3 ulas bawang putih - blender
garam
minyak zaitun
madu
lada hitam - option kalau suka rasa pedas2 skit

Cara-caranya :
1. Ayam direbus separa masak...pastu angkat dan toskan...pastu perap ayam dengan minyak zaitun , halia dan bawang putih yang diblender tadi...masukkan madu , lada hitam dan garam...perap dalam 30 minit..
2. Pastu masukkan ke dalam dulang pembakar...dan panggang dalam 30 minit dalam suhu 180'...jgn lupa jenguk2 dan sentiasa sapu ayam dengan jus ayam tu..supaya ayam kita tak kering...



Puyuh Lemak Cili Padi

Assalammualaikum..salam petang sabtu..banyak sgt urusan jadi menu lunch ni ptg ari baru interframe...cik bedah bz skit sbb esok hubby nak g kusus , so banyak barang nak kena readykan...memandangkan stok burung puyuh ni ada lagi 4 ekor..aku belasah habiskan buat masak lemak...resepi maka lemak aku ni mmg tak ubah..sama je..so blih check kat label ayam ye...puyuh ni dagingnya lebih halus dari rasa daging ayam..sama gak ngan khasiatnya. melancarkan perjalananan darah dan bagus tuk orang lelaki..tapi sapa ada darah tinggi taklih makan banyak sebab jenis burung2 ni kan berdarah panas..takut naik darah tinggi tu plak...aku makan gaklah burung puyuh ni..tapi tak bapa sangat..aku lbih suka telurnya lagi...sedap buat sup or sambal....so layan dulu ek gambar ni....
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in