Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Udang Butter Cereal


ok since aku dah buat resepi ni..dan aku amat puas hati dengan hasil kejadian dan rasanya..aku nak sharelah dengan korang rahsia kesedapannya..
+++++++
+++++
++++
++
+
( gambar ehsan EN google )

Bahan-bahan :

1 / 2 Kilo Udang Saiz Besar L ( aku tak jumpa jadi aku pakai udang saiz M )
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar butter/margerin ( aku guna margerin planta je )
1 sudu teh garam
4 tangkai daun kari
7 tangkai cili padi - hiris
1 bungkus butter cereal seosoning powder jenama DELI Chef dari COSWAY

Cara-cara :
1. Bersihkan udang..buang misai je..lumurkan dengan kunyit dan garam..
2. Goreng hingga garing..angkat dan toskan
3. Di kuali yang lain panaskan margerin dan goreng daun kari serta cili padi hingga garing
4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata
5. Matikan api dan terus masukkan 1 bungkus butter cereal seosoning powder tadi dan gaul sehingga sebati dengan udang..sedia untuk dinikmati..



Ikan Gerut Bakar Bersambal


Assalammualaikum..good morning..
Sebenarnya malas nak menggoreng..saja nak buat menu sihat sikit..hu hu..ikan gerut-gerut ni dah 2 hari dalam peti ais..takut simpan lama-lama tak sedap plak nanti..hilang manisnya...pikir punya pikir aku bakor jelah ikan ni dalam oven..pastu buat sambal sikit..bukan sambal istimewa pun sambal biasa je...hu hu makan ngan nasi panas..memang layannnnn...

Bahan-bahan :
( untuk ikan )
1 ekor ikan gerut-gerut ( basuh bersih dan potong butterfly )
1 sudu teh kunyit serbuk
secubit garam
2 sudu minyak zaitun
( semua bahan diatas perapan untuk ikan )
Sambal :
2 biji bawang putih * kisar
1 biji bawang besar* kisar
3 sudu besar cili kering kisar
Garam secukup rasa
secubit maggi cukup rasa
1 sudu teh asam jawa adabi
1/2 cawan air

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 180C...dan alas dulang pembakar dengan aluminium foil..letak sikit minyak zaitun dan letakkan ikan yang telah diperap...bakar dalam 20 minit...
2. Untuk sambalnya..panaskan minyak dan yumis semua bahan yang telah dikisar hingga garing dan pecah minyak..kemudian perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa...kacau rata masukkan asam jawa dan air..biar menggelegak dan kering....tutup api dan sejukkn
3. Bila ikan dah masak..curahkan sambal diatas ikan..dan sedia dinikmati...

Asam Pedas Ikan Merah


Assalammualaikum..selamat tengahari
Macam biasalah kan menu makan malam hari ahad lepas..baru dapat update hari ni..lama betul..dah basuh periuk baru boleh post dalam ni..takpalah..janji hadoooo..aku rasa asam pedas aku selama ni tak tahulah version mana.. resepi yang mak aku ajar ni lah yang aku guna selalu..dan tekak kami berdua pun layan..sempoi dan senang. Memula aku ingat nak buat sup tapi macam dah selalu sangat asyik buat sup je..itu yang tetiba tukar program..masak asam pedas..hu hu

Bahan-bahan :
1 ekor ikan merah sederhana besar ( potong iku suka , bersihkan dan tos )
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
( * blender semuanya hingga hancur )
5 sudu besar cili boh ( blender sendiri je )
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh maggi cukup rasa
4 cawan air ( ikut kita nak pekat ke tak )
2 sudu besar asam jawa adabi ( bancuh dengan air sikit )

Eksesori :
1 Biji Tomato ( potong wedges )
1 Biji Terung ( potong ikut suka )

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblender hingga garing...kemudian masukkan cili boh dan kacau rata....
2. Bila tumisan dan nampak pecah minyak dan garing , masukkan ikan dan gaul supaya mesra...biar dalam 5 minit...
3. Kemudian masukkan air dan jus asam jawa...perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa..biarkan ia menggelegak...
4. Ketika menggelegak masukkan terung dan biar terung masak sebentar...bila tengok terung dah ok baru masukkan tomato...dan terus tutup api..supaya tomato tak terlalu masak..
5. Siap dihidang bersama nasi panas dan telur masin..hu hu mantap...

Homemade Sata


Assalammualaikum..
Sata kat atas tu nampak rentung diluar tetapi cantik didalam ye..ini adalah hasil dari pertandingan memasak aritu..meh aku share resepinya....

Bahan-bahan :
1 kg ikan sardin - asingkan tulangnya dan blend sederhana halus..
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1/2 inci halia- hiris
6 tangkai cili padi - hiris
1/2 sudu garam
1/2 cawan santan pekat
kelapa parut dari sebiji kelapa
1/2 sudu lada sulah 
1/2 sudu gula
( gaulkan semuanya )

cara-cara :
1. Bahan yang kat atas tu gaul hingga sebati..dan biarkan sebentar..
2. Layurkan daun pisang dan potong 4 segi...bentukkan kon dan masukkan isi ikan..ikut bapa padat kita nak..
3. Lepas dah bentukkan ikut kon cucuk kat besi grill dan grill dengan kayu arang....

* cara lipat macam2 cara..so google je..insyaallah lih faham

Umai Ikan Tenggiri


Assalammualaikum...
Ini salah satu menu yang dipertandingkan didalam pertandingan memasak masakan warisan aritu yang diadili oleh aku...ha ha sila jangan gelak..senyum je..hidangan dari sarawak ni memang membuka selera..pandai rupanya student2 aku ni memasak..no wonder rasa umai ni memang sedap...kelasssssssss korang..proud for them...Resepinya aku rasa samanya..so takyah upload lah ek....



Ikan Talapia Goreng Sambal Serai


Ini menu berbuka untuk hubby..hubby kurang suka makan bihun so aku kena masakkan nasi. Menu ni sama je caranya macamana nak masak sambal yang biasa tu..cuma aku tambah serai ( hiris halus ) , cili padi ( hiris ) dan daun limau purut ( koyak-koyak )...jadi baunya harum dan menaikkan aroma dan juga rasa makanan...sekali makan je...sahur aku goreng nasi je...

Ikan Tofu Bakar dan Singgang Terung ( Iftar 6 )

Sebelum Dibakar


Siap.....


Cicah dengan Air Asam..hu hu


Buat singgang terung..pedas-pedas dan masam....

Inilah pilihan menu aku yang paling ringkas...tapi serius bukak selera betul makan dengan nasi panas-panas...sesekali iftar menu yang ringkas cenggini memang layan...hu hu 

Perapan ikan :
Garam
Kunyit
Cili Kering Blender
( bakar balut dengan daun pisang supaya make-up tak hancur...ha ha ha ) aku bakar pakai elektrik grill je..
Air Asam buat macam biasa je...
Singgang pun macam singgang yang selalu kita masak je...

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi dan Aneka dumpling ( Iftar 4 )


Assalammualaikum...
Sudah Iftar ke 5 hari ini kan..sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa...selera makin keliru..tekak teragak nak makan macam-macam tapi tak boleh nak agak tahap keterlaratan diri..ini menu iftar malam tadi..ringkas je tapi membuka selera...sahur pun panaskan lauk ni balik dan boleh kira oklah laju sikit makan...
taruk pulak terung telunjuk..memang sesuai...


yang ini appetizer aku...ha ha ha berat punya appetizer
Dumpling Kukus Berinti Tofu


Yang ini Dumpling Goreng Berinti Ayam..
Jangan Hiraukan warnanya ya...yang penting rasa ha ha ha

Udang Goreng Herba Mentega


Ok yang ini resepi kedua dari siri demo aritu....aku rasa ini resepi yang simple dan bahan-bahannya mudah didapati di semua kedai runcit...kecuali bengkel kereta dan kedai basikal ( toksah cari kat situ..memang takda)



Resipi                    : UDANG GORENG HERBA MENTEGA
Pemyediaan           : 4 orang
Masa penyediaan   : 20 minit
Bahan:
800g                        Udang segar- di bersih
1 sm                        Bawang Putih – di Cincang
2 sm                        Bawang Merah – di cincang
1sk                          Serbuk kunyit
10                           Cili padi – di titik
8 helai                     Daun kari
2 sk                        Lada hitam – di kisar ( Crust)
½ cawan                 Susu sejat penuh krim
100g                       Mentega
2 sm                       Air Limau nipis
                              Garam dan gula secukup  rasa

Hiasan : Cili merah di hiris dan daun ketumbar

Cara:
  1. Panaskan mentega, masukan bawang putih, bawang merah , kacau hingga naik bau.
  2. Masukan serbuk kunyit, udang dan kacau selama 4 minit dan masukan cili padi, lada hitam , kacau hingga rata.
  3. Masukan Susu, cili padi dan kacau hingga sos menjadi pekat.
  4. Akhir sekali masukan air limau nipis, garam dan gula secukuprasa.
  5. Siap untuk di hidang, hias dengan cili merah dan daun ketumbar.




KHASIAT SUP


Anda penggemar Sup ? Makanan berkuah terdiri dari isi ikan,ayam ,daging dan juga dari sayuran ini memang istimewa. Selain rasanya yang sedap , ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan. Bermacam penyakit mulai dari demam sampai kanser, sup diyakini mampu menyembuhkan. Siapa yang bisa menolak makanan beraroma sedap dan disajikan dalam keadaan yang masih hangat berasap ini ? 
Apa juga jenis sup yang dimasak selagi mengekal tekstur bahan utama ia akan menghasilkan sup yang lazat kerana keaslian bahan yang digunakan sesuai dengan apa juga jenis daging mahupun sayuran..sup juga boleh dijadikan menu utama dalam hidangan seharian asalkan tidak menggunakan minyak yang berlebihan..Bahan asas yang segar seperti bawang merah dan putih , halia , lada hitam tumbuk dan tidak lupa juga rempah tumis turut menentukan kelazatan rasa sup itu sendiri...kalau ingin lebih khasiat jangan lupa menambah sayuran seperti lobak merah dan ubi kentang...taburkan bawang goreng dan daun sup...hmm orang demam pun boleh lupa ingatan tau kalau dapat sup panas-panas ( akulah tu ), bukan itu sahaja..bagi mereka yang baru lepas menjalani pembedahan adalah digalakkan mengamalkan mengambil sup yang ramuannya terdiri daripada beberapa herba yang sesuai untuk membantu proses penyembuhan...dan lagi bagus kalau bahan utamanya ikan haruan..

side dish yang syok disantap bersama Sup


Sambal Tumis Ikan Bilis ( orang sakit tak bolehlah..ini untuk orang sihat-sihat je )

Kerabu Rumpai Laut

Bila aku ke Sabah awal tahun aritu atas urusan kerja , aku sempat lagi ronda2 Kota Kinabalu..ada 2 maksud aku meronda2 tu..yang pertama offcoz lah nak cari cenderahati untuk dibawa pulang..dan yang paling utama aku nak ronda2 cari makan. Seronok mencuba makanan eksotik yang ada kat area KK ni..dan menu yang masih melelehkan air liur aku ialah Kerabu rumpai laut..tapi yang ni mmg aku tak jumpa kat semenanjung ni..mmg sedap makan ngan Ikan bakar ( bakar hanya dengan garam je..tak taruk perasa lain ) , nasi panas...hu hu mmg berpeluh...keluar peluh betina wei..tapi puas hati dan berbaloi...adoiiii lapornya....

Sebelum di buat kerabu

dah siap digaul dengan bawang kecil hiris , cili padi , asam limau..pergh..meleleh air liur aku ni


acik pemes yang jual rumpai laut ni..blkg Hotel Deeleton kat KK

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Menu ni ntah bila aku masak pun aku dah lupa,sebab banyak sangat gambar dalam folder ni..kalau ketam ni aku suka makan tang sepit tu..banyak isik wooooo..yang tang badan tu hubby aku yang tolong settlekan...resepinya macam ayam masak lemak gak..lih tgk kat label ayam...

Asam Tumis@Asam Pedas Ikan Pari


Ha ini lauk makan malam tadi..merangkap lauk sahur..cuma bila sahur aku tambah telur dadar..dan untuk hubby..dia request sahur nak makan nasik goreng..apa lagi menggoreng nasiklah aku pg tadi..kul 3.30 pagi...menu ni orang biasa panggil asam pedas..tapi mak aku dah biasakan panggil lauk ni asam tumis..mana yang btul tak tahulah..tapi konsepnya sama kena tumis dan memang masam dan pedas..jadi kenalah kot nama2 tu...yang ponting konyang..

Bahan-bahan:
Ikan pari - basuh bersih2
A
5 Sudu cili kering kisar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
( Kisar semuanya )
B
1 cawan jus asam jawa
2 cawan air biasa
5 batang bendi
Garam
Daun kesum

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak..dan tumis bahan A..tumis hingga garing..pastu masukkan ikan pari dan gaul sebati..
2. Masukkan air asam jawa dan air biasa..biarkan menggelegak , perasakan dengan garam dan masukkan daun kesum dan bendi..biarkan hingga bendi cukup empuk..tutup api..



Udang Masak Lemak Merah


Assalammualaikum...
Hmmm cakap panjang pun malas..idea tgh mendap ni...ini menu makan tghari semalam...tak tahulah nak kata masak apa..masak lemak cili padi pun bukan...sebab aku taruk bawang putih ngan bawang merah , pastu campak cili kering skit + cili padi..extra podeh ( pedas la..ha ha ha)..layan gaklah..ini lauk campak ikut suka aku...jadi resepinya takyahlah....saja nak letak gambor...buat semak blog ni...kang sunyi plak...lagik susah...hu hu hu


Udang Lemak Cili Padi dengan Kacang Panjang...


Masak lemak cili padi...dalam 1 minggu ni dah 2 kali aku menggulai...atas request En. Hubby..kalau takpun aku menyambal....alah resepinya sama macam masak lemak daging gak...cuma aku tambah kacang panjang..takyah goreng sayur...hu hu...



Resepinya lih tengok kat SINI...just tukar bahan utamannya sahaja...

HINAVA

Ok ini ada satu resipi sihat nak kongsi ngan korang..takyah goreng dan takyah guna dapur...so apa dia..mari kita tengok..actually ini makanan orang sabah..tapi kita kan satu malaysia..tak slah cuba plak kan...so lets go


Bahan-bahannya :

500 gram isi ikan tenggiri - Hiris
50 gram halia - Hiris
3 ulas bawang merah - Hiris
6 biji cili padi - Hiris
6 biji Limau kasturi - Amik jusnya
Garam ikut suka..tapi jgn terlalu masin biar ballance ngan masam dan pedas dan manis ikan tu...

Cara-caranya :
1. Letak sume bahan yang kita dah hiris dalam satu mangkuk..pastu buh jus limau kasturi ngan garam dan gaul rata..pastu masukkan dalam peti ais sekejap...sejuk lagi sedap..pastu makan dengan nasi panas2..uh mmg sedap...



Sesekali kurasa teringin....

Assalammulaikum...( Sejahtera ke atas kamu semua )...very2 good day today...

Malam tadi makan nasik goweng je...pastu suami bli KFC..( KFC lagik ) hubby je makan , aku dah tak bapa blih masuk dah...sebenarnya nak citer dinner malam kelmarin,tekak ni rasanya macam nak menyambal dan makan nasik putih , apa lagi selongkar punya selongkar sib baik ada udang dan petai , so apa lagi aku pun buatlah sambal udang campur petai. Sesekali pekena petai memang sodap , cuma masalahnya perut aku ni tak bapa tahan ngan petai , kalau makan mesti berangin satu badan...hu hu tapi sedapnya pasal aku belasah je...so aku upload je gambor..resepi takyahlah korang dah terror dah...


SAMBAL UDANG PETAI

Dinner malam tadi...


Sambal Tenggiri Batang

Asaalammualaikum...
Malam tadi la punya cerita ni...line broadband macam siput tuuuuut..geram btul. Punya aku berkobar2 men snap gambar tetiba taklih tulis n3...ish ish..geramnya mak...putus selera nak upload gambar...so , pagi ni aku hupload lah apa yang di dinner kan malam tadi...Sambal Tenggiri untuk hubby ku dan Meat Croquette yang aku amik resepinya dari mamafami dan aku menyuaipadankan mengikut selera aku...jadilah rupa itu... so korang layanzzzz jelah ye gambar nya...


Bahan-bahannya :

3 ketul ikan tenggiri ( goreng macam biasa )
3 Ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang besar - tumbuk
4 sudu besar cili kering - yg di blender
1/2 sudu teh garam
1 sudu gula
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air biasa

Cara-caranya :
1. Tumis semua benda yang dah ditumbuk...sampai garing pastu masukkan cili kering dan tumis sampai garing..
2. Masukkan air asam jawa dan air biasa...perasakan dengan garam dan gula..biar merenih sekejap..
3. Pastu masukkan ikan yang dah digoreng...kacau sekali sekala sehingga kuah sambal agak pekat..
angkat dan siap untuk disantap...

Sambal Udang KERULL


Ha ini resepi untuk hubby dinner malam ni...ringkas je lauknya, tapi sambal-menyambal ni memang peberet dan makanan ruji dia ( ha ha over la plak ) tapi serius beb..hubby aku mmg suka makan2 ringkas cam gini..tu yang senang sikit koje aku...sbb sume menda dah siap dalam ais box..tinggal masuk dalam kuali je...


Lunch Time...

Ha..bila tak hupdate..tak hupdate langsung...bila dah hupdate..berasap laptop aku ni...banyak yang tertangguh nak du uploadkan kat rumahtangga blog aku ni..so itu yang tak lih stop tu...whatever...aku baru lepas masak lauk untuk lunch..lauk paling sonang nak masak..aku rasalah...asam pedas ikan tenggiri...sumber resepi...mak aku...


Bahan-bahan :

Ikan Tenggiri ( 6 ketul )
5 ulas bawang putih - tumbuk
6 ulas bawang merah kecik - tumbuk
1 inci Halia - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
5 sudu besar cili paste - dah siap blender
daun kesum
Tomato belah 4
1/2 cawan air asam jawa
1 mangkuk besar air 
1/2  sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk ayam maggi

Cara-caranya :

1. Tumis semua bahan yang kita tumbuk tadi.. sampai garing...masukkan cili paste dan tumis hingga garing

2. Masukkan ikan tenggiri dan biar sebati sekejap dengan bumbunya ( perencah )....Pastu terus masukkan air
    jawa than kacau rata...

3. Masukkan air biasa tadi...perasakan dengan garam dan serbuk ayam maggi ( option ) kalau taknak letak
    takpa....biarkan mendidih...masukkan daun kesum...than masukkan tomato...tutup api dan siap dinikmati.
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in