Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Fiesta Muslimah BH 2014

Assalammualaikum. .
Selamat petang semua..sekarang ni tengah berlangsung Fiesta Muslimah BH 2014, tengah tengok Budiey.com on air kat kat fiesta ni..sharing tentang macamana nak jadi blogger yang kayo..hi hi tapi makcik tak kayo2 jugak sebab makcik blogger suam2 kuku..tak kisah lah tu kan sebab makcik ni bukan full time blogger...ok so nak story apa yang ada kat fiesta muslimah ni semuanya ok , seronok dan terhibur..mana tak nya ada Demo Tudung dari Yat Hamzah , Siti Nurhaliza , Hafiz hamidun dan Alyah..memang power suara diorang ni..at last makcik terjebak jugak beli shawl by Yat Hamzah..walaupun makcik tak pakai shawl tapi disebabkan jadi model demo makcik borong 2 tu, Yat Hamzah demo cara yg paling mudah aku rasa. Sebab tu aku beli..hmm walaupun gaji hari selasa..makcik terjebak nak..kui kui..takdalah memang aku rasa nak beli pun..so memang berbaloi datang Zebra Square ni join fiesta muslimah ni..berbaloi perjalanan dari perak ke kl..hu hu Alhamdulillah..so gerak dulu ye..layan gambor2 je ye...nak tengok Norman Hakim dengan Memey pulak share story penghijrahan seleberiti. .tajuk yang menarik kan..

Al Kisah SBPA

Assalammualaikum..
Aku tahu semua penjawat awam , suami penjawat awam , isteri penjawat awam dan suku sakat yang berkenaan mesti ada yang senyum tersengeh , senyum sorang-sorang sambil berangan ( macam akulah )..dan yang simpan dalam...apa yang diputuskan oleh kerajaan untuk membatalkan SBPA adalah langkah yang wajar..aku pun tak sanggup nak tengok negara kita muflis semata-mata nak naik gaji..bak kata lain kita hidup ni tak boleh pentingkan diri sendiri sahaja..implikasi pada masa akan datang perlu dilihat juga..
Apa pun keputusannya..aku bersyukur..kalau naik gaji sikit..ada orang lain yang tak naik gaji langsung...so aku amat-amat rasa bertuah, kerana bukan semua orang bernasib baik...oleh itu bila kita rasa kita teruk..ingatlah orang lain ada yang lebih teruk lagi masalahnya...life must goes on beb..kalau hidup asyik menoleh ke belakang..bila kita nak sedar apa yang terbentang dihadapan kita...kalau ikut puas hati..sampai bila masalah tak selesai..jadilah orang yang bersyukur..bukan orang yang kufur dengan nikmat Allah.

Masterchef...Ezani aku dah boleh agak memang dia yang menang


Assalammualaikum

Walaupun semalam ditayangkan pertandingan akhir Masterchef..tapi aku rasa rata-rata kita dah boleh mengagak siapa yang akan menyandang gelaran itu...bukan tak yakin dengan wahidan..aku salute coz dia memang hebat bila dapat sampai ke final...cuma pada aku wahidan playsafe sangat dan dia selesa begitu..kalau nak dibandingkan dengan izani..banyak gabungan teknik masakan dan juga banyak mengabungkan elemen ketimuran mix western..satu pertaruhan yang berbaloi...but aku memang admire gila dengan pemanis mulut wahidan nampak elegant dan ramai yang puji kesedapannya...hu hu apa-apa pun tahniah for both of you..kalah menang adalah adat bertanding..yang penting adalah semangat dan keberanian berserta minat yang mendalam...sesiapa pun boleh memasak...

At last the name was reveal...

Assalammualaikum

Moga emosi kita semakin tenang...terjatuhnya tirai 2011 bersama-sama memori suka dan duka...untuk aku 50 - 50 but masih bersyukur dengan kurniaannya...we still got the salary..better than we got nothing..banyak jugak kezutan...demi kezutan yang aku terima...wether i'm in or not..its not the problem..aku takda masalah dengan itu..but when you know something its not going well...especially yang bersangkut paut dengan selection...it was unfair for me to know that i was eliminated..its hurt but aku cuba untuk menerima realiti itu...itu bukan petanda aku tak layak..just its not my time..dan bukan rezeki aku..percaya pada qadak dan qadar itu lebih baik...

Antara Kerja dan Minat

Assalammulaikum..
Salam petang hari...baru ada masa nak update blog ni..ni kira n3 tertunda...baru dapat modal nak buat n3..sebenarnya ini adalah gambar-gambar sekitar pertandingan memasak masakan warisan anjuran Exco Pemakanan..ini adalah salah satu projek dalam melengkapkan kerja kusus mereka...aku pun joint..sebab minat yang mendalam..hu hu minat anak tekak..wakaka..cikgu pun nak tumpang sekaki gak..mana tahan tengok orang je masak...layannnn

Potong bawang nak masak sambal petai

Hu hu eksen lebih..


Star of the day..Encik Petai


Aku Suka Nuffnang..tapi belum tahap gila bayang


Assalammualaikum...
Hmm dah lama tak tengok cerita kartun Duck Tales kalau aku tak salah eja dan tak salah ingat..semenjak tinggalkan alam kanak-kanak interest nak tengok kartun2 gini agak berkurangan...dia more on kartun yang lebih dramatik dan ada karektor..hu hu tapi malam ni aku bukan nak cer pasal kartun..yang bebenornya nak cerita pasal nuffnang...aku akui pengunjung ke blog aku ni bermusim sbb aku update n3 pun ikut rajin..dan jugak blog aku ni pun bukan popularnya pun..sebab niat utama berblog aku bukan untuk dapat duit..saja suka2..tapi dah kalau nuffnang nak bagi apa salahnya..rezekilah tu..kalau nak cerita bapa aku dapat rasanya buat malu je wakaka..sebab dah 4 tahun aku berblogging...masih tak cashout lagi..ha ha ha kelakarkan..tulah aku kata tujuan utama aku ada blog bukan sebab duit..saja suka suki..kumpul kenalan..bertukar2 pandangan...rahsianya bukan aku tak tahu..rajin blogwalking..tinggalkan jejak..komen sikit..mesti trafik tinggi dan jugak bahan dalam blog tu kenalah lah yang original..bukan ciplak orang punya pastu ngaku sendiri punya..blogger ni ramai..sekali auta dorang detect dengan pantasnya..so salah satu pantangnya inilah..takmo takmo..kalau rasa takda idea takyah update..daripada update hak orang lain..aku nak bagi tutorial tak pandai sebab aku pun banyak kekurangan..ini kiranya apa yang aku perhatikan sepanjang 4 tahun aku menceburkan diri dalam bidang ni....kira inilah n3 pertama aku pasal Nuffnang..nak print screen pun tak reti wakaka...so bebel jelah...

PS : Lama sungguh tak dengar khabar Hanamemories...senyap je...blog nilah blog yg first aku terjah dan yang buat aku minat nak berblog...

Busiest month in my life..

Assalammualaikum
Memang aku bz but i still have a time to update my blog..hmm becozz this is my passion..hu hu really ha..i'm a trainer , teacher and organizer also..just imagine how busy i'm to handle 3 month course..no wonder i have no time to visit my family at kampung...how i miss the food that emak was cooked..inside in my heart it was too hard to divide a work and personal matter..i have a student to handle with care for sure...anak orang tuh..mana boleh nak tinggal-tinggal sukahati..everything they need is my responsibility...is that so hard...hmmm bolehlah..hu hu so this is what i'm doing..story by my student on her Blog...Mag Blog

Belajar Hormati Orang Jika Kita Mahu Dihormati

Assalammulaikum
Hmm kali ini tak ada n3 masak sebab aku memang cuti masak 3 bulan...tuntutan kerja memaksa aku untuk oustation lama kali ini..masih dalam Negeri yang sama cuma daerah yang berbeza..tak logik nak berulang -alik sebab duit petrol bukan murah sekarang ini...mesti korang tengah syok cuti2 malaysia..almaklumlah Deepavali..tapi aku macam biasalah..kelas sekarang ni main lentung je..tak hingat hari cuti ke cuti umum ke..sebab banyak silibus yang kena dihabiskan sebelum student pergi praktikal..yang kalut akulah,nak manage semua subjek habis dan dorang boleh ngadap praktikal dengan tenang..hu hu
Kalau nak ikut penat memang penat..dah rasa terhuyung -hayang ni...tapi aku gagahkan juga..yelah kepimpinan melalui teladan.kang ada pulak yang tarik muncung macam hanger bila aku tak naik pejabat..paling kurang pun muka macam ikan pekasam..ha ha ha ah lantak ko lah..yang aku tahu kerja aku selesai...nak cakap apa lantak ko lah bedah...ada aku kisah..yang penting Allah tahu kita ni kerja ke tak...apalah sangat nak amik kira pandangan orang yang memang bengang ngan kita yang penting kengkawan lain ada..bukan dia je kawan yang kita ada..hu hu ini statement personal aku..jadi kalau ada yang terasa tu..ada aku kisah..sebab korang pun tak pernah kisah apa yg org lain rasa kan...so kalau kita nak orang hormat kita..belajarlah menghormati orang terlebih dahulu....

Home Sweet Home


Assalammualaikum..lama sungguh aku bercuti rasanya..bukan cuti dari kerja tetapi cuti blogging..bukannya apa banyak hal dan kerja yang perlu diselesaikan...ha gambar yang kat atas tu adalah design peti ais dan stok makanan yang aku nak buat satu hari nanti..berangan jelah dulu apa salahnyakan...kita kena ada impian sebabnya impian tu satu motivasi diri...aku dalam proses nak beli rumah sendiri sebenarnya..but banyak perkara yang aku kena survey dulu...sebab ini perkara serius..yelah rumah ni bukan sahaja tempat berteduh dari hujan dan panas tetapi penting juga dalam proses terapi lepas pulang bekerja...hmmm complicated sungguh...so aku nak p rehat sat...hu hu


nak cenggini gak


ni jugak...


kemas kan...

Dari KFC aku bertukar ke KCB


Assalammulaikum..
Salam Ramadhan...lama rasanya tak berjenguk blog aku ni...kesibukan melangsaikan pekerjaan di kantor...hu hu terkesan dah aku ni...kok ngobrol indonesia...ntah angin apa la agaknya kami suami isteri telah menjadi penonton setia Slot sinetron di channel Bintang Astro " Ketika Cinta Bertasbih ". Ternyata drama bersiri ini lagi mendebar hati berbanding filem yang ditayangkan dulu...pukul 5.30 - 6.40 ptg aku dah mengadap...nampaknya kenalah prepair juadah iftar sambil menonton KCB ni...aku dan hubby insyaallah dah lama mengamal pantang makan fast food atas nasihat seorang ustaz dalam usaha mendapatkan zuriat..jadi kami dah tak berapa kisah dah dengan KFC..tapi kami kisah dengan KCB pulak ha ha ha..drama ni banyak mesej yang nak disampaikan..padat dengan nasihat dan petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang seharusnya dijadikan panduan oleh kita terutamanya yang menjalani hidup berumahtangga..insaf aku tengok cerita ni..drama ni seolah-olah gambaran nyata kehidupan berumahtangga dan kehidupan seorang muslim dan muslimah....tak rugi menontonnya...suka bangat nih...

7 / 7 / 2011

Assalammualaikum semua...bz sungguh cik bedah ni sampai nak update n3 baru pun tak sempat-sempat. Hari ni hari terakhir bengkel cik bedah kat De Rhu Beach Resort , Kuantan ni. Kesibukan yang terlampau membuatkan cik bedah tak kemana-mana untuk slot jalan-jalan cari makan. Cik bedah makan je apa yang ada kat cafe resort ni..hu hu , nasib baik ada member cik bedah keluar dan belikan cik bedah sata..terima kasih kak milah...kalau tak kempunan cik bedah...


takda photo..watermark je lah ye...hik hik

Masterchef Sabri @ Seri Iskandar Part 1


Assalammualaikum...
Dah petang baru lepas nak update blog..pagi tadi aku terlalu sibuk kerana kedatangan seorang yang dinanti-nanti...siapa lagi kalau bukan Chef Sabri yang terkenal dengan rancangan Spice Route di TV3..memang seronok sangat sebab beliau adalah seorang Chef yang humble dan sporting...takpa..banyak lagi nak citer nanti...baru part 1...so kalau lagi nak kenal...KLIK SINI


Tq Chef ...tak sia-sia jadi penganjur..dapat bergambar dengan chef

Idaman Kalbu

Petang dah rupanya...
Kesibukkan yang melampaui batas menjadikan aku leka...ahaks..ayat propa..
Sebenarnya dalam duk sibuk , aku masih jenguk gak blog kengkawan..dan aku paling suka pergi ke blog yang satu ini...aku suka tengok gaya dia mengolah makanan yang diabadikan dalam bentuk still photo..memang ada skill..satu hari aku pun bercita-cita nak hasilkan gambar yang bagus dan terbaikk macam dia..ini bukan omongan kosong..dalam diam aku menyimpan impian yang satu hari aku akan mampu memiliki gajet yang menjadi idaman kalbu ni..aku tahu harganya mahal..tapi berbaloi dengan hasilnya...dan untuk menghasilkan gambar secantik blog yang INI...aku mesti ada gajet yang dibawah itu....




Bengkel Gelang Kristal


Ha tu dia tajuk gempak..tapi bukan aku yang mengajar..aku adalah salah sorang yang belajar. Bukan main susah lagi bila nak belajar step mula-mula tu..kalut sungguh..tapi berkat keazaman dan usaha yang tak kenal jemu..ha ha ha ha bangga gila dapat siapkan. Rupanya bukan senang nak buat design-design yang ada dipasaran tu..bila dah buat sendiri baru tahu kenapa harganya agak mahal..bukan sahaja mementingkan kristal yang berkualiti malahan seni pembuatannya juga cukup rumit...so rasanya harga yang ditawarkan dipasaran ternyata berbaloi dan sesuai mengikut corak dan design yang dihasilkan...

Sesungguhnya Tiada yang lagi berkuasa selain ALLAH Subhanawataala

Assalammualaikum....sesungguhnya minggu ini adalah hari-hari yang paling mencabar bagi aku....cabaran dari segi mental dan fizikal...tetapi aku redha dan bersyukur kerana berpeluang melihat kebesaran Allah Subhanawataala...bukan niat untuk bercerita..cukuplah jika aku katakan aku adalah salah seorang hamba yang berpeluang merasai pengalaman mistik....walaupun bukan aku yang terkena..namun dengan melihat cukup menginsafkan aku..sesungguhnya tiada yang lagi berkuasa selain Allah yang Esa...

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.

2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

jika ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah ke :



PROJEK PUPPET KUDA

ASSALAMMUALAIKUM..SALAM TENGAHARI SEMUA..HARINI AKU TAK SEMPAT BUAT N3 MASAK SEBAB KESIBUKAN MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK KELAS JUMAAT NI..AKU KENA MENGAJAR TEKNIK-TEKNIK BUAT PUPPET KUDA DARI STOKING..APA KEJE AKU SAMPAI AKU KENA NGAJAR MENDA NI PLAK...KERJA AKU MACAM2 IKUT KEPAKARAN YANG AKU ADA..SO LAYAN DULULAH KUDA COMEI NI..PUPPET INI DIGUNAKAN KETIKA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAKAL-BAKAL CIKGU TASKA DAN TABIKA AKU...SO AKU ADALAH..ORANG YANG TUKANG MENGAJARNYA...HU HU



JANGAN GELAK..SEBAB AKU NI KERAS TANGAN SIKIT...


UPIN DAN IPIN..HA HA HA


KUDA LAPOR NAK MAKAN TENGAHARI

Manfaat Dari Buluh ( REBUNG )



Pokok Buluh



Tunas Buluh yang dipanggil rebung


Close up sikit

Spesis Pokok Buluh Di Malaysia

 Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluargaBambusoideae. Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.
 
 Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai dua (2) tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan). Genera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys(ditanam).
 
 Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Terdapat lebih kurang 12 spesis yang biasa digunakan untuk tujuan komersial. Lima (5) spesis ditanam dan hanya terdapat di sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi-tepi sungai, di kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Di dapati tujuh (7) spesis buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya seperti di Jadual di bawah.

Nama Tempatan
Nama Saintifik
Penghasilan/Kegunaan
Buluh Beting
Gigantochloa levis
Rebung Dan Batang
Buluh Minyak
Bambusa vulgaris
Rebung Dan Batang
Buluh Tumpat
Gigantochloa ligulata
Rebung Dan Batang
Buluh Semantan
Gigantochloa scortechinii
Batang
Buluh Beti / Raga
Gigantochloa wrayi
Rebung Dan Batang
Buluh Semeliang
Schizostachyum grande
Batang
Buluh Dinding
Schizostachyum zollingeri
Batang


Ok..ini adalah serba sedikit info tentang asal - usul rebung sumbernya kredit kepada http://mosa24.tripod.com/id1.html
Ada masa pglah tinjau-tinjau..panjang lebar diterangkan didalamnya..dan inspirasi aku pagi ini untuk buat n3 rebung ni adalah kerana Izahdaut@Izahmuffinlover yang baru lepas buat menu REBUNG...


Ini rebung yang belum dijeruk


Ini yang dah siap dijeruk

Rebung sayur dan yang dah dijeruk sesuai dimasak apa jua hidangan mengikut selera kita...buat kerabu boleh , gulai lemak cili padi boleh , masak lemak putih boleh...tapi yang paling aku suka makan bila rebung tu digoreng dengan cilipadi..mabelesnya....

KHASIAT SUP


Anda penggemar Sup ? Makanan berkuah terdiri dari isi ikan,ayam ,daging dan juga dari sayuran ini memang istimewa. Selain rasanya yang sedap , ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan. Bermacam penyakit mulai dari demam sampai kanser, sup diyakini mampu menyembuhkan. Siapa yang bisa menolak makanan beraroma sedap dan disajikan dalam keadaan yang masih hangat berasap ini ? 
Apa juga jenis sup yang dimasak selagi mengekal tekstur bahan utama ia akan menghasilkan sup yang lazat kerana keaslian bahan yang digunakan sesuai dengan apa juga jenis daging mahupun sayuran..sup juga boleh dijadikan menu utama dalam hidangan seharian asalkan tidak menggunakan minyak yang berlebihan..Bahan asas yang segar seperti bawang merah dan putih , halia , lada hitam tumbuk dan tidak lupa juga rempah tumis turut menentukan kelazatan rasa sup itu sendiri...kalau ingin lebih khasiat jangan lupa menambah sayuran seperti lobak merah dan ubi kentang...taburkan bawang goreng dan daun sup...hmm orang demam pun boleh lupa ingatan tau kalau dapat sup panas-panas ( akulah tu ), bukan itu sahaja..bagi mereka yang baru lepas menjalani pembedahan adalah digalakkan mengamalkan mengambil sup yang ramuannya terdiri daripada beberapa herba yang sesuai untuk membantu proses penyembuhan...dan lagi bagus kalau bahan utamanya ikan haruan..

side dish yang syok disantap bersama Sup


Sambal Tumis Ikan Bilis ( orang sakit tak bolehlah..ini untuk orang sihat-sihat je )

Mee Kicap @ Bihun Kicap


Wah dah petang rupanya..mana nak nampak mentari sekiranya berkurung dibilik hawa dingin ini 
( ayat tak ingat )..saja je sebab tak tahu nak mulakan n3 aku ni macamana..apalagi mengayatlah dulu...tapi bukan itu storynya...ini baru masuk citer..
Kalau dipikir-pikir memang seronok je mencuba makanan-makanan yang ada kat Malaysia ,yang halal lah opcoz...so rasanya elok juga kalau tahu serba sedikit perkara tentang makanan yang kita makan tu...so aku buat kajian sikitlah kat Mr Google..so hasilnya....
 Menu yang berasaskan mee ini adalah milik Kaum Cina , termasuklah bihun , kuewteow dan apa sahaja jenis mee yang ada...dan kaum cina bukan sahaja ada di Malaysia , di Thailand , vietnam dan merata tempat ( sekadar menyebut yang berdekatan dengan Malaysia )..so macam-macam version lah mee ini diolah dan dimasak mengikut budaya setempat yang diwarisi...dan salah satu menu yang turut menjadi kegemaran rakyat di Malaysia ialah MEE KICAP...nama Mee Kicap ni diambil sempena penggunaan kicap yang banyak didalam menyediakan menu ini..selain daripada itu Mee Kicap juga dihidangkan bersama semangkuk sup yang mengandungi tahu ikan yang pelbagai rasa ataupun dumpling dan sedikit sayur...oh tak lupa juga kuah cili merah...
Bagi aku banyak-banyak mee kicap , aku lebih suka Bihun Kicap..sebab terasa rencahnya meresapi kedalam bihun tu , rasa ramuannya tetap sama..yang berbeza adalah kekenyalan bihun tu...memang mabeles..trylah sesekali yang luar dari biasa...tak salah rasanya selagi halal dan menepati citarasa kita...


Bihun Kicap


Sup yang penuh eksesori tambahan ( mabeles )

Morocco Tagine @ Tajine


Tajines in Moroccan cuisine are slow-cooked stews braised at low temperatures, resulting in tender meat with aromatic vegetables and sauce. They are traditionally cooked in the tajine pot, whose cover has a knob-like handle at its top to facilitate removal. While simmering, the cover can be lifted off without the aid of a mitten, enabling the cook to inspect the main ingredients, add vegetables, mix the contents, or add additional braising liquid.

Kaedah Masakan :

1. Masak dengan perlahan dengan suhu yang rendah.
2. Sentiasa ditutup bekas tajine itu sepanjang proses memasak , supaya daging cepat empuk dan lembut..
3. Bahan-bahannya mestilah terdiri daripada unsur yang boleh mengeluarkan cecair dengan sendirinya..contohnya adalah seperti daging , ikan ataupun sayur-sayuran

 Ini periuk Tajine yang diperbuat dari tanah liat...


Tajine Sayuran


Tajine Daging dan Couscous


Tajine Kambing

Moroccan tajines often combine lamb or chicken with a medley of ingredients or seasonings: olivesquinces, apples, pears, apricots, raisins, prunes, dates, nuts, with fresh or preserved lemons, with or without honey, with or without a complexity of spices. Traditional spices that are used to flavour tajines include ground cinnamonsaffrongingerturmericcuminpaprikapepper, as well as the famous spice blend Ras el hanout. Some famous tajine dishes are mqualli or mshermel (both are pairings of chicken, olives and citrus fruits, though preparation methods differ), kefta (meatballs in an egg and tomato sauce), and mrouzia (lambraisins and almonds).

* Pada saya kita boleh olah bahan-bahan yang digunakan menjadi tajine ala-ala melayu gitu..tetapi kalau nak try yang rasa yang original boleh try resepi dibawah dan yang penting ada periuk tajine ( seelok-eloknya )..tapi kalau takda preasure cooker pun boleh cik bedah...

Lamb Tagine with Baby Peas

1.3 kg (2 ½ lbs) lamb shoulder or leg, cut into 3cm (1 ½”) chunks
570 g (1 ¼ lb) shelled peas
1 medium onion, grated
3 cloves of garlic, peeled and crashed
preserved lemons, rinsed and cut into quarters
1 teaspoon powdered ginger
¼ teaspoon turmeric
pinch of pulverised saffron
2 tablespoons freshly chopped green coriander
4 tablespoons vegetable oil
salt and freshly-ground black pepper to taste 

Way To Cook :
1. Place the lamb chunks, onion, garlic, spices, herbs and oil in a 5-quart deep casserole.
2. Cover with 225 ml (sup>1/3pint) water and bring to the boil over high heat. 
3. Immediately reduce the heat, cover and simmer over moderate heat until the meat is tender and the sauce has reduced to a thick gravy, about 1 ½ hours. Turn the meat often and add water whenever necessary.
4. When the lamb is tender, place the chopped coriander, shelled peas and preserved lemons on top. Cover and cook gently for a further 10 minutes, until the peas are tender and ready.
Serve at once.

Kredit to Mr Google...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in