Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts

Mee Goreng Pedas



Assalammualaikum
Menu bila ntah ni..rasanya menu minggu lepas..anak tekak dah nak makan mee pulak , so apa lagi menggorenglah..resipi KLIK KAT SINI








Karipap Sardin , Bahulu , Mee Goreng dan Bihun Goreng lagi





Sakan makan minggu lepas..resepinya boleh klik kat label yang berkaitan ye..malas nak repeat typing..penat hu hu hu..memang makan sungguh-sungguh aku dan mr habibi , mana taknya adik aku yang navy kat lumut tu dtg menghabiskan cuti hujung minggunya bersama kami..alhamdulillah rezeki Allah..berkat jika dikongsi bersama..

Mee Goreng Daging


Woo dah petang rupanya..kat pejabat ni cuacanya mendung tapi tak hujan..cadang-cadangnya nak window shopping kat pasar malam..ntah sempat ntah tidak..takut tetiba hujan plak..kena buat plan B lah..masak je lah apa yang ada didalam peti ais ku itu...menu ni menu sarapan pagi semalam..kenyang sehingga aku masak untuk lunch dipetang hari hu hu..resepi biasa-biasa je..

Bahan-bahan :
1/2 kilo mee kuning - lalukan air dan toskan ( suka jenama Murni )
3 ulas bawang putih-tumbuk*
3 ulas bawang merah-tumbuk*
3 sudu besar cili kering kisar
Daging batang pinang - letak ikut suka nak banyak mana
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh Kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cukup rasa MAGGI

Eksesori :
Kobis Napa
Sawi Bok Choy
Taugeh Ipoh Mali..he he

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* hingga garing..kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng lagi hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging dan perasakan dengan garam . serbuk perasa , kicap cair , kicap manis, lada sulah , sos tiram , sos cili dan tomato dan cuka masakan...
2. Masak hingga agak kering...kemudian masukkan kan mee kuning dan gaul rata bersama perencahnya..masukkan kobis napa dan sawi..gaul mesra...
3. Selepas 5 minit..masukkan taugeh dan gaul sekali lagi...tutp api dan angkat..sedia untuk dinikmati


Mee Sup Simple Gilooooo...


Assalammualaikum
Lama aku tak hupdate n3 baru khannnnn..hu hu very-very sorry sebab internet aku kong macam hampeh..cam biskut chipsmore pun ada gak..so ini menu bila pun aku tak ingat..tapi dalam minggu lepas gaklah rasanya..tetiba nak makan mee sup..dah lama tak makan hidangan ringkas cenggini...sesekali try memang masyukkk oooo...

Bahan-bahan :
1 peket mee kuning - aku pakai cap murni , basuh dan toskan
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah kecil*
1/2 inchi halia *
( tumbuk lumat semuanya / blender pun boleh )
2 sudu lada sulah - tumbuk asing / pakai serbuk pun ok
1 ketul paha ayam - potong sederhana
2 keping tahu goreng - potong ikut suka
2 keping tahu span - potong ikut suka
garam secukup rasa
maggi cukup rasa ( sikit je )
Air secukupnya - terpulang nak buat banyak kuah atau tak
1 tangkai sawi hijau - potong ikut suka

untuk kuah kicap :
15 tangkai cili padi - goreng jap
3 ulas bawang putih- goreng jap
4 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
( pastu blend semuanya )

Cara-cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan yang dah ditumbuk lumat tadi hingga wangi..kemudian masukkan ayam dan lada sulah...gaul rata dan biar agak garing...
2. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi....biar menggelegak dan masukkan tahu goreng dan tahu span tadi...pastu masukkan mee..biar sekejap..pastu masukkan sayur dan padam api...siap untuk dihidang..tabur sikit ngan bawang goreng ngan daun bawang pastu apa lagi belasahlah ngan kuah kicap mabeles tu...menangissss


1 kuali tuuuuu hu hu

Mee Goreng Daging


Assalammualaikum..selamat malam semua..sorry baru update sebab siang tadi line tenet ni macam hampeh...ini pun bukan menu arini..ini menu minggu lepas..Mee Goreng Daging ni santapan makan malam aku dengan hubby bila bosan nak makan nasi..buat pedas sikit dan letak daging banyak-banyak..puas hati resepi still sama boleh tengok kat lable mee kalau berkenan..


Banyak sayur dan daging...seronok mendulang ni...hu hu

SOTO ATAU COTO....


Assalammualaikum..
Sedapnya kalau dapat makan soto panas-panas dengan bergedil..hu hu tak hingat dunia menghirup kuah...tambah plak dengan sambal kicap pedas..walaweh terangkat...student aku dari sabah panggil soto ni coto..memula dengar macam kelakar..macam panggilan manja plak macam sayang..panggilan manja cayang..manja jadi anja..rupanya soto pun ada panggilan manja...COTO..hu hu 


Pasta BowTie Goreng Pedas


Assalammualaikum
Iftar ke berapa ni ek aku makan pasta ni...hantamlah labu..ini yang pastinya menu aku...menu hubby macam biasalah nasi...menunya skang belum rajin nak taip...sebab sibuk sikit..nanti aku hupdate ye..sekarang ni tengok gambar dulu...


Mee Goreng Pedas...Again...Iftar 11


Dah petang ye..ha ini n3 tertunggak lah ni kisahnya..sbb tak sempat nak update..takpalah aku tempek je lah dari tersimpan jadi harta karun dalam folder tu...menu boleh tengok kat lable Aneka Mee...tengah pening kepala nak fikir untuk menu berbuka hari ini..hu hu takpa mood belum berapa ada..dalam peti ais tu adalah sikit barang..nak buat penghabisan stok rasanya sebab minggu depan aku dah mula bercuti...bestnya...

Beehun Sarang Burung ( Iftar 8 )


Assalammualaikum
Menu ni dah lama nak buat..tapi agak kemalasan..tapi semalam aura kerajinan tu datang tetiba sebab anak tekak ni teringin sangat...berbuka dengan Beehun ni ok gak sekali sekala...layan gak sebab makan dengan cili padi jeruk..memang kaw kepedasannya...kalau dah tekak orang melayu tu nak buat macamanakan..menu chinese pun jadi pedas...muahahaha...

Bahan-bahan yang diperlukan :
Untuk Mee :
1/2 bungkus Bihun ( rendam sebentar dalam 5 minit / toskan )

Cara menggoreng mee :
1. Ambil 2 tapis aluminium bertangkai : 1 kecik 1 besar...tapis yang Besar kita letak bihun mengikut bentuk tapis tu...panaskan minyak ( minyak kena betul2 panas ) masukkan tapis yang diisi bihun tadi sambil tapis yang kecil digunakan untuk menekan permukaan atas bihun tadi..( maknanya goreng dalam keadaan 2 tapis tu bertindih...
2. Bila bihun agak garing bolehlah leraikan dari tapis tadi dan biarkan ia betul-betul garing....bila dah garing angkat dan toskan....

Bahan untuk kuahnya :
4 Ulas bawang putih - ketuk-ketuk sikit
2 sudu besar serbuk lada sulah
Ayam - ikut suka 
Daging - ikut suka
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap manis
Garam secukup rasa
Serbuk cukup rasa maggi
Air secukupnya
1 keping fishcake - racik
2 sudu tepung jagung - untuk pekatkan kuah
1 biji telur
Sayuran :
Brokoli
Kobis Bunga
Sawi
Seleri
Lada Benggala
Lobak Merah

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak..tumiskan bawang putih dan lada sulah..kemudian masukkan ayam dan daging..tumis sebentar..
2. Masukkan air ( ikut kita nak banyak mana kuahnya ) dan perasakan dengan sos tiram , minyak bijan , kicap manis , garam dan cukup rasa maggi...biar menggelegak..kemudian masukkan sayuran yang keras dulu pastu baru masukkan sayuran yg cepat masak...kacau
3. Lepastu masukkan telur dan kacau rata supaya telur tu hancur..kemudian masukkan pula tepung jagung..kecilkan api dan biar kuah pekat...
4. Bila kuah dah siap..letak bihun dalam pinggan dan curahkan kuah...sedia dinikmati panas-panas bersama cili padi jeruk / cili jeruk..

* Menu ini dinamakan sarang burung sebab bihun yang kita goreng garing tadi akan menghasilkan bentuk seperti sarang burung...he he he sorry sebab lupa nak story...jangan marah ha..


Bihun Goreng Ikan Bilis


Assalammualaikum...dah tengahari dah kan...hu hu tadi aku breakfast bihun goreng ni je...rencah ikan bilis je..cuma buat extra pedas sebab campur cili padi dan lada kering..memang kick gila pedasnya..masak lebih untuk bentou hubby dan jugak untuk aku bawak ke pejabat...makan berjemaah dengan officemate..

Mee Goreng Sotong


Assalammualaikum
Lambat sikit update n3 hari ni , banyak keje betul sebab jumaat ni dah nak ke UUM Sintok...jadi banyak benda nak diselesaikan..so malam tadi dinner biasa-biasa je..aku buat mee goreng je..boleh tengok kat lable mee resepinya..cuma beza kali ni aku tak campur ayam atau daging..sebab aku ada dengar satu ceramah agama tentang pemakanan menurut perspektif islam...salah satunya ikut sunnah Rasulullah SAW iaitu tidak makan makanan laut dan darat seperti makan ayam dan udang dalam pada masa yang sama...kurang baik untuk kesihatan..kalau nak letak makanan laut sebagai rencah masakan tak perlu lagi tambah ayam atau daging...dan kalau nak lebih tahu boleh baca kat SINI...

Nugget Ayam dan Maggi Goreng


Assalammualaikum....
Wah dah hari rabu rupanya...esok khamis dan gaji...wohooo syoknya...sapa tak syok gaji wei ceciter..tiap-tiap bulan gaji dan tiap-tiap bulanlah aku seronok bila sampai time tu.....

So malam tadi tak dinner berat-berat..just makan nugget ayam ( boleh tengok kat lable snack ) dan maggi goreng untuk hubby...pagi ni nak pg ke pulau pangkor untuk survey tempat nak buat hari keluarga..so taklih story panjang-panjang...layan dulu ye gambornya....bubbye


Mee Goreng Banjir


Assalammualaikum....good morning ( harap-harap )...biasalah kan hari isnin ni selalunya baru nak panas enjin..2 hari bercuti..oh ya menu kat atas tu bukan menu sarapan hari ini...itu menu sarapan pagi semalam..balik rumah mulalah aku gila meroyan nak makan macam-macam...atas permintaan hubby aku masaklah mee goreng banjir ni..bukan banjir sebab basah..tapi banjir sebab banyak sayur-sayuran...memang terbaik bila sayuran letak banyak dan taugeh tu jangan terlalu masak....terasa nikmat kesegarannya....resepi aku memang tak berubah basicnya..yang berubah bahan-bahan eksesori...( itu wajib sebab mengikut permintaan pasaran peti ais aku ) ha ha ha


SEMANGKUK BESAR TU...sebab perut kami berdua besar...hu hu

Mee Sup aka Soley-soley Noodle


Assalammualaikum dan selamat tengahari...hari ini aku tak keluar makan tengahari sebab tadi habis mesorat ngan bos dekat nak pukul 11...jadi aku dah sebat makan nasik lemak...woohoo merangkap minum pagi dan makan tengahari sekalilah tu...ha yang menu kat atas ni bukan menu sarapan aku..ini menu makan malam 2 3 hari lepas..sambil tengok Astro First Hantu Kak Limah Balik Rumah...makan mee sup sambil dengar lagu Soley-soley ( sebenarnya lain jodol lagu ni tapi nak senang panggil je soley-soley ) soley soley ni maksudnya alone..sendiri..sensorang , macam akulah melantak sorang-sorang mee sup ni sebab hubby balik lambat...hu hu..masak sorang-sorang..makan pun sorang-sorang hik hik..resepinya..biasa-biasa je , bak kata mak aku mee sup orang tua-tua..tak banyak rencah tapi makan terangkat..kena plak ada kuah kicap yang pedas-pedas manis..tak nampak orang dah..sebab asyik slurppppppppppppppppp


Sila pandang..sebab dah habis dah pun

Maggie Pun Sedap


Assalammualaikum....wohoo makan malam aku yang paling segera dan sedap..bagi yang tengah lapar macam aku ni..nak masak nasi dah letih..jadi aku belasah mee maggie CINTAN ni..kira oklah bila dah tambah macam-macam eksesori didalamnya...hu hu terangkat wei bila letak hirisan cili padi,menangis kejap...

Kuew Teow Sup


Assalammualaikum Sume...arini aku masak kueteow sup..tapi selera orang demam lah kan..main lebur je , tak tumis sebab batuk..jadi kurangkan makan berminyak-minyak ni...aku letak sayur lebih dan tahu..lada sulah...hmmm sedap sangat dah tu...makan ngan cili padi potong berkicap+sos cili+sos tiram+kicap manis...cukuplah untuk aku kenyang sampai malam..ha ha ha yelah tu....

 makan ngan kuah kicap segera ni..tabur skit daun bawang+ sup..layannnnnn

Demo time

Ini demo buat laksam punya mee..pakai tepung beras n air, kacau rata pastu masukkan minyak sikit supaya tak melekat masa mengukusnya...sapukan jugak minyak kat tudung periuk supaya tepung tak melekat...

 tuang bancuhan kat tudung periuk..than kukus sampai masak

dah masak..pastu gulungkan
tadaaaaa..dh siap
banyaknya...
makan ngan eksesori ni..pastu baru letak kuah...hu hu sedapnya

Mee Kari , Ais Kacang dan Cendol Sungai Siput

Salam Ptg Jumaat sume...sowylah sbb skang ni agak jarang g ziarah kat umah korang2 sume..aku bz yang amat2..makan pun skang acik main beli jek..adus ai..mmg tak sempatlah nak g meround jauh2..ini je yang termampu...tapi sib baik sedap..so siapa yang berada disekitar Sungai Siput..silakan jangan malu2 boleh try menu ni kat gerai bawah pokok kat are pasar malam setiap rabu..pergh macam dah lama je aku kat sini..padahal baru seminggu..hu hu..so layan dulu lah ye...

Mee kari yang kaya dengan fishcake , fishball , ayam , dan macam2..tak mahal RM 3.00 je

Semengkuk ni aku sorang..ha ha ha berbaloi tak harga ngan saiz....

Side order...ais kacang jagung

Cendol...

Senangnya Hidup....

Assalammualaikum...
Ini menu makan malam semalam (tapi makan petang ) malas nak makan nasi sbb hubby takda..
Apalagi..menu paling senang nak masak..mee maggi senang dimasak cepat dimakan..hu hu..
Masak air dalam 2 cawan...taruk cili padi potong..carik2 kan daging burger ramli sekeping..pecahkan telur..
lepas tu makanlah..ha ha ha


Spageti Goreng Suka Suki


Salam Malam minggu..hmm ni menu dinner kul 6.30 ptg td..kenyang sampai esok pagi ni ha ha ha..namanya pun suka suki sbb aku taruk je apa yang ada dalam ais box tu...tak jumpa mee so aku tukarlah spageti...cuma goreng macam selera orang melayulah kena pedas wei...so layan dulu ek..tgh rajin taip resepi ni..
Bahan-bahan :
Spageti - rebus dengan olive oil +garam
dan toskan airnya jangan buang simpan untuk proses menggoreng nanti
*3 Ulas bawang putih - hiris
*1 biji bawang besar - cincang
*3 tangkai cili padi - hiris
*2 sudu cili kisar 
2 sudu makan tomato puri
1 biji tomato - cincang
udang ikut suka
100 gram daging ayam kisar
1 biji tofu - hancurkan
Garam skit
Gula skit
fishcake dan fishball
kubis 

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang bertanda * hingga garing..kemudian masukkan tomato puri dan biar sebentar...
2. Kemudian masukkan dalam 2 cawan baki air rebusan spageti tadi , masukkan udang , tomato cincang , tofu yang dihancurkan , isi ayam dan fishcake...perasakan dengan garam dan sikit gula dan biarkan menggelegak...
3. Bila kuah hampir pekat , masukkan spageti dan gaul rata...masukkan kubis dan kacau rata lagi..masak hingga kuah agak kering dan spageti nampak agak basah2...kalau suka kering masak kejap lagi..kalau suka basah2..blih tutup api dan siap dihidang panas2...



 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in