Showing posts with label Korum haru biru. Show all posts
Showing posts with label Korum haru biru. Show all posts

Domam Ko?

Assalammualaikum...aku ni dah mula selesema dan bersin ni...hidung asyik tersumbat je...rimas nya...aku ni jarang demam dan selesema , tapi kalau sekali diserang...teruk..sumbat minyak cap kapak sampai merah-merah hidung pun tak lega lagi...nak kena selelap jugak ni baru boleh lega kot...idea nak tulis n3 pun tak bapa laju...dari aku merepek-meraban , dengki-dengki ngan orang ( tak baik tau ) baik aku buat hal aku..selamat dunia akhirat...


Syoknya kalau dapat tdo gini....

CHENTAWANA SELAMAT AKHIRNYA


Majlis telah berlangsung di Dewan Besar ILP Kepala Batas P.Pinang dengan meriahnya dan selamatnya berkat kehadiran aku hu hu perasaan plak...jangan marah Wana...biasalah hari ini kan hari bahagia ko..memanglah aku datang tolong meriahkan majlis dan tolong makan sekali hik hik..lauk memang sedap class ko...ko pun mantap biarpun panas menyengit pose tetap pose dengan bajumu yang merah menyala itu.." Selamat Pengantin Baru dan Berbahagia menjadi seorang isteri kepada lelaki yang benar-benar mencintaimu"....

 Aku pun nak posing gak...

BUKAN 1 TAPI 2

Tak habis lagi citer kehilangan aku ni sebab aku bukan hilang 1 tapi 2 bijik hp skali gus sebab 2 bijik hp tu aku letak dalam beg cute yang aku beli kat Cameron..hu hu masih terbayang-bayang kecumilan beg dan isi beg aku tuh..kerugian dianggarkan oleh incik hubby mencecah 2k..sakitnya hati aku...siap ko pencurik HP aku..mungkin didunia ko terlepas ..tapi pembalasan Allah ko takan dapat menjangkanya , kesardinan muka ko yang tak bapa hensem tu memang nampak ko gelabah beruk..ayat marah tu..buktinya aku tak nampak batang hidung ko dengan bini ko semenjak semalam...ape CER , takut ke nak ngadap aku..mentang-mentang aku takda bukti...takpa..Allah melihat apa yang hambanya tak boleh lihat..jadiknya faham-faham sendirilah..sapa curik dialah yang terasa kena tuduh...ha ha ha.Ya Allah aku bersyukur kerana hanya hilang HP bukan hilang IMAN...

AKU KEHILANGANNYA

ASSALAMMUALAIKUM...

MOOD YANG TAK BERAPA BEST 2 3 HARI NI..BANYAK PERISTIWA SEDIH YANG TERJADI...HAMPIR AKU MENITISKAN AIR MATA...TERASA AMAT KOSONG JIWA INI BILA "DIA" YANG SELALU DISAMPINGKU HILANG DALAM SEKELIP MATA , TAK PERNAH AKU TERDUGA YANG AKU AKAN KEHILANGAN "MEREKA"..."MEREKA IBARAT ISI DENGAN KUKU , KAMI TAK PERNAH BERENGGANG WALAUPUN WAKTU LENAKU...MENGEJUTKAN AKU KETIKA SUBUH BERKUMANDANG , MENGINGATKANKU HARI LAHIR ORANG TERSAYANG DAN MENJADIKAN AKU LEBIH BERKEYAKINAN...MENGAPA HARI INI TIDAK HARI ESOK KAU DIAMBIL DARIKU...AKU MASIH MEMERLUKANMU..WALAUPUN PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI , NAMUN YANG DATANG TAKKAN SERUPA DENGAN "MEREKA"...SEDIH KU TIDAK TERKIRA...GERAMNYA AKU HANYA TUHAN YANG MENGETAHUINYA..NAMUN AKU REDHA , MUNGKIN TIADA JODOH ANTARA KITA...HUWAAAAAA , AKU TAK KIRA..NAK NANGIS JUGAK...KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA BUATKU...


huwaaaa...kau pergi...AKU KEHILANGAN HP KESAYANGAN AKU PADA 1/3/2011...SEMOGA PENCURINYA SEDAR DAN SEGERA BERTAUBAT..KERANA MENCURI ITU ADALAH DOSA...DAN AKU REDHA DIATAS KEHILANGAN INI..MUNGKIN ADA HIKMAHNYA...HU HU

Selagi Bernama Manusia

Wah.aku ingat aku je yang hangat dengan orang-orang spesis yang suka mengampu , membodek dan menikam belakang , talam dua muka ( skang dah 3 4 5 muka )..tetapi sebenarnya bila aku baca n3 terkini di blog Ben Ashaari ( Sila Baca Kat Sini ).alah mesti korang dah baca punya.....rupanya-rupanya orang-orang macam ini berada dimana-dimana , Dulu Kini dan Selamanya...kadang-kadang hairan aku..kalau tak kacau orang , tak sibuk hal orang , hidup dia tak aman ke gamaknya..hobi atau faktor keturunan ke agaknya , selagi manusia bernama MANUSIA perasaan hasad dengki tu tetap merajai hati..kredit to En. BEN ASHAARI...suka sangat n3 ni....n3 ni aku buat bukan sebab nak bodek BA..tetapi aku merasainya kerana aku adalah salah seorang yang terkena...pedih wei..nasib Iman didada masih kuat..kalau tak aku belasah je orang-orang macam tu ( eksen je lebih )..wakaka..tapi serius wei..bila kena baru tahu....


Sorry Bro curik gambar otot kental ni...he he he

Padan Muka Aku...

Assalammualaikum...hu hu nangis dulu baru citer...tadi cik bedah keluar pergi sarapan,macam biasalah menuju ke destinasi pilihan hati...mana lagi kedai yang ada soto yang sedap yang cik bedah citer dulu...dengan tak sabarnya cik bedah turun menuju ke meja buffet...sekali cik bedah cari-cari tak jumpa..cik bedah cari lagi...memang takda..cik bedah tak puas hati..cik bedah tanya kat gegirl yang jaga meja tu.." adik , memang tiap-tiap isnin takda bergedil ye " dengan selambanya adik tu jawab " aah kak takda"...apa bulih buat cik bedah nganga jelah..pening nak makan menu apa pagi tu..kena tukar menu lah pulak...hmm pikir punya pikir cik bedah makan bihun goreng je....padan muka aku..moral of the stories..hari Isnin toksah pi kedai ni..carik port lain...sebab ari Isnin adalah Ari dorang bercuti buat BERGEDIL...wakaka..boleh pulak macamtuh....


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan 
SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Salam sume..wei aku lambat tau segmen ni sebab aku tengah berbengkel di Tabung Haji Kelana Jaya ni..semalam baru mula...wohoo..aku nak joint gak..walaupun dah agak nak semput dada nak buat n3 ...harap-harap aku belum terlewat..BA jangan tinggal daku...hu hu
Sesapa nak joint lih klik kat gambar Macho yang kat atas tu...syaratnya mudah je iaitu :


  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG




  1. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !




  1. Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??




  1. Tinggalkan url anda diruangan entri itu ..



TUTUP : 8 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ?? nak lagik tau klik jangan tak klik ye..yolahhhhh

Gong Xi Fa Cai


Salam petang hari..dan happy holiday dan juga Gong Xi Fa Cai untuk kawan-kawan yang berbangsa tionghua..kita 1 malaysia kan jadi perayaan yang dirayakan tetap disambut meriah walaupun berlainan keturunan dan agama..hmm limau yang banyak tu pun kami dapat dari rakan tionghua kami...tq Ah fa..seronok aku belasah limau sekotak yang diberinya aritu..puas hati wei sebab memang manis...thanks again..hope more prosperity to your business maaa....he he

BEN ASHAARI : Segmen Syok Sendiri


Salam petang hari...ntah valid ke tak lagik aku punya penyertaan segmen terbaru BA ni...tapi aku belasah jelah...janji niat nak menyertai disusulkan dengan usaha..usaha apa? Usaha buat n3..hu hu so sapa nak ikut serta sila klik gambar BA yang macho tu..pergh otot lu mantap BA ( erk..jgn salah faham korang..aku nak cakap kiranya memang sesuailah masuk majalah rapi ni...sebab ada gaya model yang sihat bro.. ikhlas ni, tahniah bro....buat banyak-banyak lagi segmen yang gempak-gempak ni...i like...) kalau kurang faham boleh tengok kat bawah ni...sila tengok hu hu

  • Sila buat satu entri ... Kali ni bukan letak header tapi gambar yang ada dalam entri ini ( link ) dan linkkan ke entri ini .. ( Sudahhhhhhhh )
  • Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha..

wah gambar posing ( bolehlah tu )
  • Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..
Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Kerull 
    Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
    Ringkas / memang nama aku..eja je lain bunyi lebih kurang
      Kenapa anda berblogging ?
      Suka menaip / berkarya ( ikut suka suki aku )
        Siapakah pemberi semangat anda ?
        Semua disisi 
          Sudah berapa lamakah anda berblog ?
          Hampir 4 tahun 
            Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
            Ramai...yang otai-otai terutamanya
              Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
              Dapat ramai kenalan...dapat hadiah..hu hu
                Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
                Minum air pucuk pegaga ( hik hik takdalah..aku ok je tak suka pahit-pahit ni )

                Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
                Setakat ni belum ada..esok-esok belum tahu..
                  Selain berblog , apakah minat anda ?
                  Memasak , makan dan cuti-cuti malaysia
                    Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
                    Kalau ada masa jengahlah blog ni kejap..kalau sibuk takdalah jawabnya...
                      Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
                      Mestilah nak blog ni dikenali..macam otai-otai punya blog ( nama pun cita-cita )
                      kalau tercapai alhamdulillah
                        Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
                        Hangat dan penuh kontroversi juga disertai hasad dengki ( hmmm harap2 aku tak kena band atas penyataan panas aku ni..hu hu ) 
                          Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
                          Kreatif , inovatif dan jangan pesimis...kenalah positif...dan jangan malas macam aku...hu hu
                            Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan ..
                            Semua Majalah Masakan dan Percutian

                            Lunch @ Johnny's Restaurant dan Segmen Tajaan BEN ASHAARI

                            Assalammualaikum...sebelum tu tq For BA atas segmen " Mereka Kata"..kerana segmen ini aku dapat tambah kenalan blogger..he he terharu bila ada yang sudi ziarah teratak buruk ku ini...thanks again Bro....becoz of u hutang trafik ku berbayar...hu hu..
                            Oklah...tengahari semalam aku ada urusan di Ipoh..jadi dah alang-alang dan along-along tu aku singgahlah Lunch kat Johnny's Restaurant..makan thai steamboat dan side dish yang aku suka noodles lah..so layan dulu..sebab masih terngiang-ngiang deep souce yang kucicah ngan fish head semalam..nak lagik , nak lagik....hik hik

                            he he tak sempat amik gambar sebenar..sbb tak tahan lapor..apalagi seranggggg

                            ha yang ni akunya...Spinach Noodles with Steam Chicken




                            yang ni member aku punya...Belacan Fried Rice


                            Kita Juga Ada Kekurangan

                            Assalammualaikum..hu hu selamat petang semua , dah nak petang aku baru sempat update n3 baru dan pergi membuat lawatan tapak ke blog kawan-kawan..ada keje sikit yang perlu aku selesaikan....kalau tak selesai minggu ni nak mula bercuti kasihan kawan-kawan pula yang kena menyelesaikan keje kita pulak...sebut pasal kerja , aku teringat satu konflik yang tengah melanda seorang kawan aku ni , konfliknya adalah hal biasa aje kecil hati dan tak sabar dengan kawan sekerja aka kawan serumah...aku melihat situasi ini berlaku didepan mata. Siapa yang bersalah bukanlah isu utama yang ingin aku utarakan disini , cuma apa yang ingin aku perkatakan didalam sesebuah persahabatan memerlukan tolak ansur dan saling menerima kelemahan diri , tak kurang penting juga hormat-menghormati.
                            Kalau kita nak orang menghormati kita belajarlah menghormati orang lain terlebih dahulu , belajar menghormati pendapat orang lain bukan menganggap semua pendapat kita betul belaka , dan tolak ansur juga perlu kerana pada aku kalau takda tolak ansur macamana nak hidup bermasyarakat. Orang bermacam ragam , rambut sama hitam ( tak jugak ada jugak yang warna-warni )..hati tetap lain-lain. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita meninggi diri dan terlalu fanatik dengan kelebihan diri..ingatlah tiada siapa pun diciptakan sempurna..semua ada kekurangan. Belajar menerima kekurangan orang lain dan kita akan belajar menerima diri kita seadanya...hai kawan suluhlah hatimu , bukalah matamu dan rendahkanlah keegoaanmu itu...kerana kau takan kemana berbekalkan ego dan prinsip peribadi yang penuh dengan elemen mementingkan diri.

                            :: MEREKA KATA ::


                            Malam ni pulun habis..lama tak joint segment bro BA ni..bukan tak suka tapi teramat sibuk..so layan dulu 
                            Jika berminat , seperti biasa .. buat satu entri khas : 

                            Letak header blog BEN ASHAARI sebagai trademark ..
                            Siap....

                            Tajuk MEREKA KATA .. dan linkkan ke entri ini ..
                            Berikan kata kata aluan buat rakan blogger anda yang bakal melawat blog anda  .. TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan ..
                             
                            Salam Perkenalan dan salam dah kenal untuk semua sahabat blogger yang sudi singgah , blog ni bukan famous pun dan niat bukan untuk famous..sekadar tempat mencurah perasaan dan berkongsi ilmu sahaja..kira macam diari jugaklah kiranya blog aku ni walaupun tak sume menda aku citer dalam ni , but separuhnya adalah suku dari rutin harian aku sebagai seorang AKU , kiranya apa yang tergerak dihati itulah yang akan aku luahkan..niat hati memang nak dapat ramai kenalan dan menuntut apa2 yang patut..so be happy dan terimalah aku seadanya kerana aku hanyalah seorang AKU..

                            Tinggalkan url entri anda ruangan komen ini ..
                            wokeh....

                            So kalau rasa nak joint ape lagi klik je kat atas tu insyaallah keluar lah benda-benda yang korang nak tahu...so TQ BA..atas segmen-segmen yang dianjurkan selama ini...usaha murni yang patut disambut baik oleh sume blogger..adios

                            Cerita PANAS..

                            Salam Petang hari sume...ha ha tgk tajuk n3 macam gempak...gossip artis mana plak ni ye..but anyway bukanlah kisah artis pun..tapi kisah hati aku yang PANAS dek sebuah restoran yang tak cekap dan beretika. Kalau korang letakkan diri korang ditempat aku..mesti korang pun panas hati dan hangin satu badan beb...


                            Alkisahnya..arini aku teragak nak makan ala-ala western gitu..aku orderlah FISH n CHIPS..memember aku makan nasik goreng je...tunggu punya tunggu...air kosong pun nak mendarat atas meja kitorang punyalah lama..macam pergi tadah kat banjaran everest lah plak...itu satu hal..yang kengkawan aku ni dah kusyuk mengadap nasik goweng dorang..aku yang terkebil-kebil menantikan menu aku yang tak sampai-sampai..Hati sudah hangat..aku tanyalah kat bro tu.." bro saya punya Fish N Chips buat ke tak ni " selamba je dia jawab " tengah buat lah ni"..tengah buat hapanya kalau aku tengok baru nak goreng fries..hu hu you make my blood very-very nak meletup bro....tapi takpa aku pro...habis je kengkawan aku makan , aku pesan ngan dorang..jom bangun pergi bayar..sampai turn aku , aku bayar RM 0.20 sen..harga secawan ais kosong..cashier tu terkebil-kebil tengok aku bayar harga air kosong je...dan aku dengan selamba badak keluar terus..sambil dalam hati berkata-kata sopan ( ha ha ha ko makan lah kentang goreng tu..aku buat kat rumah je Fish n Chips ni lagi cepat )......hari itu pengajarannya..aku sita kedai tu..atas dasar servis 1 bintang yang tak seberapa tu...1 menu 45 minit belum tentu dapat...so kat mana kedai tu..sapa duk seri iskandar kedai tu tengah-tengah diantara Restoran Family dan Syaz Beauty..Lokasinya,,Bandar Universiti...Rasioanalnya aku bg tahu detail adalah jangan orang lain terkena macam aku...sadis dan PANAS


                            Minyak Masak oh Minyak Masak

                            Assalammualaikum..selamat pagi...arini aku nak membebel sikit , semalam punya kes lah ni...satu seri iskandar aku carik minyak masak takda...pergi sana sini semua kedai kata dah habis...adus..ape ke halnya lah minyak masak boleh habis dalam masa tak sampai 2 3 ari???? aku mula memahami bila hubby pun kata minyak masak kat area ipoh pun takda gak....konspirasi nak naikkan harga barang ke apa ni...main sorok-sorok pulak...gaji tak naik tapi ura-ura barang keperluan nak naik harga makin kedengaran , hmmm kenaikan ron 97 pun aku dah jangka....semua ni melibatkan duit...barang makin lama makin mahal tapi gaji macam tu jugak camana ek...yang family besar , peniaga dan pengusaha makanan mesti terasa gila bila harga barang naik....aku yang berdua ni pun terasa gak bila carik minyak masak tak jumpa-jumpa...harap-harap kerajaan kita ada jalan penyelesaiannya..demi kesejahteraan rakyat....

                            Hari Cuti Semalaysia

                            Assalammualaikum..Selamat Tahun Baru 2011 , belum terlewat sangat rasanya aku nak wish..baru lewat 2 hari..Better Late Than Never..hu hu..cerita je new year mesti tersangkut paut dengan azam tahun baru..tapi ekcelinya lah ..azam aku aku dah bermula seawal sambutan Awal Muharam haritu..so kira kalau kalendar islam itulah tahun baru kita...lebih afdal rasanya..anyway azam tetap kena ada azam..sebagai pembakar semangat..aku forward je azam yang tak tercapai dari tahun-tahun sebelumnya..cuba nak mencapainya..insyaallah..
                            Mesti arini opis korang lengang kan..samalah ngan opis aku..ramai yang pergi menguruskan hal persekolahan anak-anak..kenapa aku tak cuti hu hu ( soalan tak bapa aku nak jawab tu..) sebab aku kena kerjalah aku tak cuti..ha ha ha takdalah..bukan macam tu..aku bagi peluang pada otai2 yang ada anak ni pergi menguruskan apa yang patut..sampai time dan ketikanya..aku lah plak nak bercuti..itu namanya tolak ansur dalam cuti..hu hu saja-saja je buat statement , tapi betullah..ini time dorang..time kita belum tahu , so apa lah salahnya cover mencover ( statement member aku )...tapi untuk yang benar-benar aje..bukan yang tak halal tau...oklah ada keje sikit..ada masa borak lagik ye...


                            Musim Demam VS Musim Cuti Sekolah

                            Salam hari minggu sume...lama rasanya aku tak mengemas rumah aku yang pasir macam gunung semanggol ni...sebenarnya kesihatan aku yang tak mengizinkan aku aktif  2 3 menjak ni..habis je pepriksaan KPSL aritu aku terus dilanda demam yang taklih bangun , dah lama tak demam..sekali demam hah amik ko..tak bangun cik bedah + batuk + selsema dan penat kepala hotak yang amat2 sampai aku taklih nak mikir apa2...huh setahun punya demam kot...bila dah demam apa2 pun aku tak larat nak buat..rest je..tdo puas2 n makan ubat hu hu..so mintak mahap banyak2 bila aku tak jenguk kengkawan..ada masa nanti aku pi lah tgk korang....selera pun bila demam sumenya tumpul..nak makan bubur je..taknak makan nasi or benda2 berat2...tu baru betul demam...maknanya musim demam ni dimana2 je..sebab mak aku , anak buah aku dan aku demam..hu hu cuti sekolah ni..hmm takda maknanya sebab aku tak sekolah...aku dah koje..ha ha ha lawak orang demam..apa yang aku nak cakap ialah tiba je musim cuti sekolah demam pun datang tanpa diminta2...sebenarnya musim cuti ni datang dengan pakej .... demam yang sakit tu , demam jem kat jalan raya dan demam paling best..demam orang buat kenduri kahwin....selamat pengantin Baru dan terima menantu buat maktam ngan paktam kat PD tu..sorry tak dapat datang sebab tak sihat..yang penting salam keruk dah kirim kat mak..( he he dorang tak mintak , tapi ko tak reti2 ke )....so stop dulu pala pening balik ni...
                            demam..huk huk

                            sedapnya kalau ada yang nak masakkan bubur macamni..hu hu

                            macam ni pun ok...

                            yang ni pun ok..tekak org demam...hik hik

                            Aku Akan Pulang....Saka Blogger..

                            Assalammualaikum..ha ha tajuk n3 yang ntah apa-apa..yelah blog ni kan pusaka..kalau tak berkemas jadilah saka tak berbela..hik hik seramlah pulak...citer pasal hantu2 ni..dahlah movie skang asyik cerita hantu je..seram cik bedah nak g menengok kat wayang tu...tapi pergi gak..dah tak da apa yang nak ditengok kan..sekarang ni aku tengah menghitung hari nak habis handle kusus ni..ringan sikit kepala hotak ni..tapi rupanya ada pulak benda lain yang menyambut..Exam KPSL pulak..nak tak nak kena pg lah..almaklumlah orang lain amik exam lulus 2 paper..aku plak kantaoi 1 paper..ha ha ha padan muka sendiri...dengan tak study pergi je lah cik bedah menjawab..untuk nasib lulus..tak lulus tahun depan jumpa lah lagi kita ye geng..ha ha so stop dulu..cik bedah nak g lunch...chow...

                            Seramnya...ha ha taklah pun sebenarnya..kelakor adalah..
                            nak gak tengok..tp blum ada masa lagi..coming2...

                            RM 500 untuk kakitangan kerajaan & minyak naik lagi




                            Assalamualaikum sume..mesti tengah tersengih-sengih tu..baru cucuk kad bank kat mesin ATM kan..ha ha gerenti ada RM $$$$$$..untuk government servant lah...kalau yang bukan diri sendiri , mungkin hubby or isteri ( salah satulah ) yang dapat..atlist dapat gaklah kan alhamdulillah..macam yang ada anak yang bersekolah tahun depan tak banyak sikit boleh buat top up belanja persediaan pakaian dan keperluan..tapi macam aku yang takda anak ni..apalagi kena menyimpanlah..ingat hari tua ( hik hik ) sedapkan hati supaya aku tak joli sakan..apa salahnya berjimatkan..takan ada duit asyik nak bershopping je...udah-udahlah tu ( nasihat diri akulah ni )...so belanja secara berhemah kerana ekonomi kita masih belum pulih sepenuhnya lagi...apa taknya..baru dapat RM$$$$ tetiba harga minyak RON 97 naik lagi 0.15 sen..adoi ai poning kopalo cik bedah ni..sib baik tempat koje aku dekat..tapi kesian kat hubby..duit minyak per month je dekat nak RM 500.00...pendek kata...ntahlah..... sbb panjang ceritanya..kih kih kih..takyahlah aku gilo meroyan nak bebel panjang-panjang..ngantuk yang amat ni..tdo dulu kkkk

                            Projek baik punyee ( part 2 )

                            Hasil masakan student ku..dan hiasan ikut suka suki dorang je..hu hu nak ketawa pun ada nak marah pun ada..tapi  takpa untuk pengalaman pertama dorang kira oklah ni...

                            Bake Macarony with cheese

                            Nasi Lemak
                             Jemput-jemput sayur
                            Murtabak Cream Krakers


                            Projek Baik Punyeee ( Part 1 )

                            Hari ni sebenarnya ada praktikal memasak bagi student aku ...so inilah hari yang paling dinantikan oleh dorang sume..hari untuk ujilari skill2 masak yang aku tak bapa boleh nak agak dah sampai tahap DEWA ke belum..ha ha ha lawak jer..tapi ini mmg slot peberet aku sbb aku berpeluang merasa sume jenis masakan kanak-kanak yang disediakan..so layan dulu..

                            ha ha ayam bakar ni Projek tenaga Pengajar ( Aku dan geng-geng )
                            Cik...ayam seketui...hu hu ni rakan sekerja aku...
                            bakar jangan tak bakar
                            Close up skit..hu hu
                             
                            Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in