Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Daging Goreng Asam


Assalammualaikum
Selamat tengahari..dah siap masak dah tu kan..cuaca sejuk macam ni perut memang cepat lapar..dan yang pastinya kalau cuaca macam ni sejuk dan mendung makan nasi panas dengan lauk yang membuka selera..hu hu memang makan lebih sepingganlah..hari ini aku nak kongsi satu respi yang paling mudah dan bahan-bahannya memang ada je didapur kita tu..menu ni kalau makan lepas masak dengan nasi panas..tentu tak perasan tambah nasi lebih sekali..meh kita tengok

Daging Goreng Asam

Bahan-bahan :
1/2 kg daging lembu dihiris agak sederhana ( aku suka guna daging batang pinang )
3 Labu bawang besar***
3 ulas bawang putih***
1/2 inchi halia muda***
5 tangkai cili kering / cili padi / cili hijau ***
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air 
garam
kunyit serbuk
serbuk cukup rasa MAGGI
5 sudu besar minyak masak untuk menggoreng ( ikut kuantiti bahan )
semua bahan yang bertanda *** hendaklah diracik sederhana

Cara memasak :

1. Bersihkan daging tadi dan lumur dengan kunyit serbuk  dan garam sedikit ,biarkan sekejap
2. Panaskan kuali dan tuangkan minyak..bila minyak dah cukup panas , tumis semua bahan yang telah kita racik sederhana tadi , biarkan layu sebentar..kemudian terus masukkan daging dan gaul rata
3. Masukkan air asam jawa dan air biasa,perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..dan kacau hingga sebati..biarkan hingga airnya agak kering , kalau kita suka banyak kuah biarkan sebentar ia menggelegak , selepas tu boleh lah tutup api..

Nasi Goreng Daging

Hmm daging lagi..selagi tak habis daging dalam peti ais aku senang cakap selagi tulah menu aku ni ada daging..sib baik takda darah tinggi kalau tak mesti naik melambung. Kelmarin Mee Goreng Daging , pastu nasi goreng daging palk..hu hu yang pastinya daging ni sesuai untuk apa jua hidangan...resepinya tak payahlah ek..sama je buat nasi goreng..cuma rencah tambahan je yang berbeza..ikut selera masing-masinglah kan nak ayam ke , daging ke ataupun seafood..digabungkan pula dengan sayuran..aku suka letak kacang botol dan kacang panjang sebab bila kunyah terasa keulamannya itu..


Gulai Lemak Cili Padi Tulang Dan Daging ( Iftar 22 )


Assalammualaikum
Wah dah gantung langsir baru nampak...kuih-kuih pun dah tersusun cantik je dalam balang tu..dah ready nampaknya kengkawan..almaklumlah lagi seminggu je kita akan menyambut Aidilfitri...walau begitu fadhilat Ramadhan jangan diabaikan..tibanya syawal maka beredarlah ramadhan..moga ada lagi kesempatan kita menemui ramadhan sekali lagi...
Menu diatas tu adalah juadah berbuka malam tadi...selera betul makan lauk cenggini dengan nasi panas..takyah lauk lain dah..ngadap dia ni je makan tak sedar bertambah...sahur pun belasah lagi..tu yang sakit perut tu mana taknya podehhh..tapi sodappp wooo aku makan tulang..hubby makan daging sebab dia tak bapa suka tulang..aku plak berhantu kalau jumpa tulang mesti rembat sekilo...aku bedal sorang..

Bahan-bahan :
Tulang dan Daging batang pinang ( basuh dan rebus hingga empuk )
15 Biji Cili Padi ( Blender )
1 inci kunyit hidup ( Blender..kalau takda pakai serbuk kunyit pun boleh..1 sudu besar )
1 mangkuk santan cair ( dari satu biji kelapa )
1/2 mangkuk santan pekat ( dari satu biji kelapa )
2 keping asam gelugur
Garam ( ikut selera nak masin or biasa-biasa )
1 sudu teh serbuk Cukup Rasa Maggi
5 biji terung telunjuk ( belah dua )

Cara-cara :
1. Rebus daging dan tulang hingga empuk dan toskan air rebusan tadi..ambik 2 cawan je..lebihan air rebusan yang lain tu boleh lah buang..
2. Blend cili padi dan kunyit dengan satu cawan air hingga lumat...
3. Masukkan daging dan tulang tadi dalam kuali..( aku suka guna kuali sbb senang nak kacau ) dan curahkan cili padi yang telah diblend tadi serta masukkan santan cair..hidupkan api dan masukkan garam..
4. Biarkan menggelegak dan kuah agak kering dari tadi...masukkan santan pekat dan kacau supaya tak pecah minyak...masukkan asam gelugur dan serbuk cukup rasa...kacau lagi..biarkan ia menggelegak dan masukkan terung telunjuk...masak hingga terung empuk dan kuah agak pekat...tutup api




Sup Tulang Power dan Sambal Ikan Bilis ( Iftar 3 )


Sup Tulang Power


Sambal Ikan Bilis Kering

Assalammualaikum
Sukses jugak aku nak buat sup tulang ni...nak buat sama macam rasa kat kedai makan yang aku dok lepak ..alhamdulillah menjadi hasil pemerhatian dan pengecaman bahan-bahan selama aku melantak sup tulang tu...hubby pun kata sedap sehingga menghirup-hirup dalam kepedasan....makan dengan nasi putih panas-panas ditambah dengan sambal goreng kering serta sambal kicap...dan tambah telur dadar..iftar semalam memang puas hati..burp kenyang dan gagah untuk menunaikan ibadah yang diamanahkan...aminnnn

Sup Tulang Power
1/2 kg tulang lembu - basuh dan toskan
5 ulas bawang putih - 2 biji racik 3 biji ( blender )
3 biji bawang besar - 1 biji racik 2 biji ( blender )
1 inci halia muda - separuh racik dan lebihnya ( blender )
1/2 inci lengkuas - blender dgn bahan-bahan yang lain
5 ulas cili padi - ketuk-ketuk sikit
1 bungkus sup bunjut sup tulang ADABI
Rempah penumis - kulit kayu manis , bunga cengkih , buah pelaga dan bunga lawang
3 sudu minyak - untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk cukup rasa Maggi
Air ikutlah bapa banyak nak kuantiti sup tu ( aku letak hingga tenggelam tulang tu.. )
Eksesori tambahan :
1 Batang Seleri
1 Batang Carrot
1 tangkai daun bawang dan daun sup ( tabur lepas siap masak )
Bawang goreng ( buatan sendiri )

Cara Penyediaan :
1. Rebus tulang hingga empuk dan toskan air nya....
2. Panaskan minyak dalam periuk , tumiskan rempah penumis dan bahan yang telah diracik tadi hingga kekuningan..kemudian masukkan sup bunjut Tulang ADABI dan bahan yang telah diblender tadi dan juga cili padi yang diketuk-ketuk...biarkan sebentar supaya garing...
3. Masukkan daging dan saleri juga carrot dan gaul rata...lepas tu masukkan air sampai tulang tu tenggelam...perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa Maggi...masak hingga tulang empuk dan jika perlu ditambah airnya bolehlah tambah supaya sup tak terlalu pekat..
4. Bila sup dah ok...bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun sup dan daun bawang yang telah disediakan tadi..makan panas2 memang syokkkk

Nasi Beriyani Daging


Assalammualaikum...
Burp..alhamdulillah kenyang...baru sarapan tadi..mee sup pedas punyeeee...lama tak pekena sup-sup ni..asyik menggoreng je...oklah..menu kat atas tu aku buat dinner malam tadi..Nasi Beriyani Daging..tak buat set sebab tak sempat..just masak nasi dan buat beriyani daging je..aku buat banyak sikit sebab nak jamu kawan-kawan pejabat...nak suruh dorang komen sikit ok ke tak sebab ini first time aku buat beriyani..resepinya aku amik kat Rossyabakes , senang je dan terbukti sedap bila kengkawan aku kata sedap...thanks for the recepies..memang berbaloi mencubanya. Jadinya kalau nak cuba boleh tengok kat link yang aku bagi tu ye...

Daging Lemak Cili Padi N9 Style...

Selamat Petang...wohooo mesti dah kenyang makan tengahari tadi...arini menu kat dewan makan bawah ni pun ok gak..Pucuk Paku Gulai Cili Padi , Ayam Sambal , Kerang Rebus cicah Air Asam dan Buah Betik...air pun mabeles..Limau Ais...( kenyang woooo...alhamdulillah ) tq akak kantin kerana siapkan meja kami denga lauk yang mantap...hik hik
 Oklah..ekceli..yang dibawah ni lauk ahad minggu lepas...dipartnerkan dengan ikan pekasam lenggong..huh berasap...ini style masak memang style org N9..sementelah aku ni pun org N9..apalagi boleh le share-share...sharing is caring maaa..so aku caring dalam blog aku nih...


Macam biasalah ramuan wajib yang kena ada :
10 tangkai Cili Padi
1 Inci Kunyit Hidup
( Blender semuanya )
Dan masukkan semuanya bersama serai yang diketuk , garam kasar sikit dan kemancar 
(pati santan yang cair) .....macam gambar diatas


Bila agak menggelegak masukkan kentang.....


Didihkan hingga menggelegak dan agak kering.....lepas tu masukkan pati santan dan kacau....kalau terlalu pekat tambah air biasa dalam secawan....perasakan dengan garam kalau tak cukup masin...dan masukkan asam gelugur sekeping....masak hingga menggelegak dan kalau suka pekat masak hingga kuahnya agak pekat....

Hmm lauk paling senang..kalau dah terlewat nak masak..lauk ni je aku belasah..Hubby pun suka...


Sambal Daging Kentang


Assalammualaikum...hu hu aku lambat update as usual..nak buat camana banyak hal nak kena selesaikan...ini menu bila..aku sendiri pun dah tak ingat...tapi dalam minggu lepaslah...saje nak ubah selera tambah kentang...style aku buat sambal kalau melibatkan daging ni ada lain skitlah....

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging batang pinang ( potong sederhana tebal )
4 ulas bawang putih - blender
5 ulas bawang merah kecil - blender
1 inchi halia - blender
20 tangkai cili kering - blender
Jus asam jawa - 2 sudu besar
Kentang - Goreng terlebih dahulu
Garam - secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak...goreng daging sebentar..jangan terlalu garing...angkas dan toskan...
2. Masukkan semua bahan yang dah diblender...tumis hingga garing...masukkan daging dan gaul rata..biarkan sebentar
3. Kemudia masukkan jus asam jawa..kalau pekat tambah sedikit lagi air..dan perasakan dengan garam / kiub   ikan bilis ( optional )...gaul rata , biar menggelegak...masukkan kentang...jika dah agak pekat kuahnya tutup api dan sedia disantap dengan nasi panas..


Daging Masak Kicap Sempoi


Ini plak menu tengahari ni....disebabkan hubby taklih makan pedas sbb baru balik klinik akibat gastrik yang melanda aku masakkan lauk kanak-kanak ribena ni...untuk kebaikan perutnya he he..

Bahan-bahan :
1/2 kg daging batang pinang - hiris nipis
1 ulas bawang besar - potong sederhana tebal
2 ulas bawang putih- hiris
1 tangkai lada besar - hiris
1 inci halia - hiris halus
3 sudu besar kicap manis
sedikit air asam jawa
Garam

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak..terus tumis bawang besar , bawang putih dan lada besar tadi sampai agak layu..pastu masukkan daging dan goreng sebentar...
2. Pastu masukkan air sedikit bagi tujuan untuk mengempukkan / daging tu masak....bila tgk daging dah masak..masukkan kicap manis dan air asam jawa...biar ia merenih sekejap...perasakan dengan garam dan biar seketika...terpulang lah nak pekat atau tak sebab aku suka berkuah...kalau nak pekat biar ia merenih lagi...



Daging Masak Lemak Cili Padi

Salam Tengahari...ikut hati aku dah lama dah aku upload benda ni..habih tuh kalau internet gerak macam siput **** nak buat camana...geramnya aku...so sblum line internet ni bertukar menjadi siput sedut plak kita terus jelah ke topik utama...menu makan malam tadi..ni memang version asli dari N9...so layankan aje ok


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging batang pinang ( hiris sederhana tebal dan lebar )
Santan pekat dari 1 biji kelapa
Santan cair - 2 mangkuk
20 tangkai cili padi - blender
1 inci kunyit hidup - blender
garam - secukup rasa
asam keping - 2 keping
3 batang serai - ketuk
3 biji ubi kentang - belah 4

Cara-caranya :
1. Blender cili padi dan kunyit hidup....masukkan daging dan serai ke dalam kuali dan tuangkan bahan yang dah diblender tadi , masukkan santan cair dan garam....biar ia mendidih dan daging agak empuk
2. Kacau sekali sekala , masukkan ubi kentang , biarkan hingga cili padi tadi masak dan santan cair tadi agak pekat...baru masukkan santan pekat , dan masukkan asam keping...jika kuah terlalu pekat boleh tambah air biasa dalam anggaran 1 gelas ( ikut suka kita nak pekat atau tidak )...
3. Perasakan dengan garam dan biar ia mendidih dan dikacau selalu supaya kuah kelihatan cantik dan tidak pecah minyak..keluarkan asam keping ( tujuannya supaya kuah tidak masam )...tutup api dan siap dinikmati bersama ikan masin gelama dan keropok malinja...sodap wei...


 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in