Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

SAMOSA

( gambar ehsan google )

A Sambusa ', Samboosak (/ səmoʊsə / ) atau samoosa adalah goreng atau dibakar pastri dengan pengisian yang enak, seperti kentang berempah , keju , bawang , kacang, lentil, makaroni , mee , dan / atau daging cincang ( kambing, daging lembu atau ayam) . Kacang pain juga boleh ditambah . Sambusa itu dikatakan berasal dari Somalia. Saiz dan konsistensinya  mungkin berbeza-beza , tetapi biasanya ia adalah jelas segi tiga atau tetrahedron dalam bentuk. Samosas India biasanya vegetarian , dan sering disertai dengan sos pudina ( raita ) atau chutney . Samosa Vegetarian berasal dari Uttar Pradesh. Samosa  adalah entrée popular, pembuka selera atau makanan ringan dan  masakan tempatan daripada benua kecil India , Asia Tenggara , Asia Tengah, Asia Barat , Semenanjung Arab , Mediterranean, Tanduk Afrika , Afrika Timur dan Afrika Utara. Oleh kerana penyebaran budaya dan penghijrahan dari kawasan-kawasan ini , samosa dalam dunia hari ini juga disediakan di kawasan-kawasan lain.

Ok itu serba sedikit tentang samosa yang saya google kat wikipedia dan saya translate ikut pemahaman saya..sebenarnya samosa yang sebenar tak menggunakan kulit popia sepertimana yang kita nampak pada waktu sekarang. Dan secara jujurnya saya sendiri kurang gemar menggunakan kulit popia dalam menghasilkan samosa ni..so sebab tu saya suka buat kulit sendiri..so kalau nak respi kulit samosa ni kawan2 boleh google lah ..berlambak sangat resepinya dan pelbagai versi..tapi saya menggunakan versi paling mudah dan dibawah ini saya sertakan resepinya...selamat mencuba..

Resepi Kulit Samosa - By Kerull

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1.2 sudu teh garam
Air untuk menguli

Cara-caranya :
 1. campur semua bahan diatas kecuali air..dan gaul rata
2. Masukkan air sedikit demi sediki dan uli sehingga sebati dan adunan mestilah sederhana lembut..
3. Selepas diuli biarkan sekejap dalam 15 minit..dan boleh lah digunakan..

untuk inti saya rasa kawan-kawan boleh buat inti mengikut selera masing-masing ..dan kalau nak lebih tahu macamana nak buat bentuk samosa yang sebenar..boleh lah tengok di Youtube dengan menggunakan keyword indian samosa or samosa..ok semua selamat menicuba..dan dibawah ini adalah samosa yang saya hasilkan...






Oh ya  sebenarnya samosa ni sedap dimakan bersama chutney yang selalu dicicah bersama tosei tu dan boleh jugak bertemankan cili hijau yang muda tu..pasti lagi sensasi rasanya..



Ulunthu Vadai



Assalammualaikum

Agak berkelapangan harini ..jadi saya gunakan sedikit masa yang terluang ini untuk menjenguk dapur kedua saya ni..projek ulunthu vadei ni dah lama saya nak buat..akhirnya tercapai jugak hasrat tu..resepi yang saya perolehi ini bukanlah original indian resepi..ada yang saya olah supaya kena dengan tekak saya yang sukakan pedas..jadi kawan2 yang berminat nak cuba bolehlah resepi saya ni.

Bahan - bahan :
 1/2 kg Kacang Ulunthu Putih - rendam semalaman
6 tangkai cili padi *
1 inci halia muda *
1 kiub stok ikan bilis *
2 biji bawang besar : dadu
2 tangkai daun kari : hiris sederhana
Garam secukup rasa
Daun sup *
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Basuh kacang ulunthu yang telah direndam semalaman tu dan blender halus..saya gunakan food processor jadi saya tak pakai air..kalau nak pakai blender biasa pun boleh tapi kena masukkan sedikit sahaja air bagi membantu proses menghancurkan kacang tu..tapi kalau kita rendam semalaman in sya allah kacang ni senang untuk diblender..blender sampai habis..
2. Bila tiba untuk blender yang kali terkahir masukkan semua bahan yang bertanda *** blender sampai hancur..dan campurkan semuanya bersama bawang besar dadu , daun kari hiris dengan kacang yang telah siap diblender tadi..gaul rata..dan perasakan dengan garam..peram sekejap dalam 30 minit..
3. Sediakan 1 mangkuk air biasa untuk menguji sama ada bancuhan tadi sudah sedia untuk digoreng...ambil sedikit bancuhan tadi dan masukkan kedalam air tadi..jika adunan timbul maka ia sudah sedia untuk menjalani proses seterusnya..
4. Panaskan minyak dengan menggunakan api yang agak kuat..dan bila tiba masa untuk menggoreng perlahankan sedikit api..celup tangan kita dengan air yg dalam mangkuk tadi baru ambik bancuhan tadi dan leperkan diatas tapak tangan dan buat lubang di tengah dan jatuhkan perlahan2 ditepi kuali..
5. Bila gorengan tadi dah agak terbentuk baru balikkan..dan goreng hingga agak kuning gelap..dan bolehlah diangkat..ulangi proses yang sama hingga habis..

Ulunthu Vadei yang original indian resepi ni sebenarnya sedap dimakan bersama cili hijau yag mentah tu..digigit dijadikan ulam..dan dicecah dalam cutni atau sambal kelapa..tetapi sebab saya dah olah dengan meletakkan cili padi..takda ulam cili hijau dan cutni atau sambal kelapa pun tak pa dah ok dah..ok selamat mencuba ye kawan2



























Karipap Sardin , Bahulu , Mee Goreng dan Bihun Goreng lagi





Sakan makan minggu lepas..resepinya boleh klik kat label yang berkaitan ye..malas nak repeat typing..penat hu hu hu..memang makan sungguh-sungguh aku dan mr habibi , mana taknya adik aku yang navy kat lumut tu dtg menghabiskan cuti hujung minggunya bersama kami..alhamdulillah rezeki Allah..berkat jika dikongsi bersama..

BINGKA LABU KAK NOR SECUBIT GARAM

 SEBELUM BAKAR


 LEPAS DIBAKAR

ASSALAMMUALAIKUM
Bingka ni request from officemate..masuk ni dah hampir 3 kali buat guna resepi dari KAK NOR Secubit Garam ni..memang lemak dan berkrim tq kak nor diatas resepi yang mebeles ni..dorang kat opis ni suka sangat...kalau nak tengok resepinya boleh klik kat link yang saya highlight tu ye..

Puff Pastri Kawan Food


Assalammualaikum
Salam Ramadhan yang ke 7..dah seminggu rupanya kita berpuasa kan..sekejap je dah 7 hari..macam biasalah bila petang2 hari ni mulalah memikir juadah berbuka..walaupun berdua tapi tekak macam ramai je..ha ha ha..hubby tak cerewet sangat tapi kalau tak kena dengan tekaknya tak lajulah suapnya..so kena gak memikir sambil pecah-pecah kepala ( nak menunjukkan betapa susahnya nak carik idea )..
So rehat tadi keluar ke market jap..p jenjalan ke pasaraya billion..jalan punya jalan...sambil menjamu mata tetiba aku terpandangkan puff pastry square yang comel ni..brand Kawan Food..dengan tak lengahnya aku pun merembat nya dengan penuh teruja..sebab bukan senang nak jumpa puff pastry yang saiz kecil macam ni...yang ada kat tesco tu besar2 dulang..nah bapa lama nak habis sebab rakyat jelata aku kat rumah ni bukan nya ramai..jadinya plan aku petang ni..balik nanti buat inti karipap and plus rebus telur sebab nak buat puff kentang ala-ala nyonya sikit ( doakan aku rajin ye..kalau tak rajin maknanya esok jelah aku buat ) ..
Balik nanti terus buat prep than buat main dish dulu Sambal udang petai , goreng sayur than puff kentang..hu hu tengah semangat nih..( kelip2 mata sambil tengok jam ) baru kul 3.20 petang..kita tengoklah bila dah sampai rumah nanti..wink wink

KUIH CARA BERLAUK OVEN STYLE


Hmm hari jumaat kian melabuhkan tirainya..makna kata dah petanglah tu..so yang ada kat rumah tu mesti tengah pikir nak buat apa untuk kudapan dipetang hari..he he pada aku salah satu menu yang sempoi dan agak rajin untuk aku buat...kuih cara berlauk lah..bezanya aku tak bakar pakai arang tapi pakai oven letrik je..senang..takyah berhempas pulas berpeluh kepanasan...hu hu orang rajinlah katakan...

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan santan
Air secukupnya untuk membancuh
( Gaul semua bahan diatas hingga sebati dan tekstur bancuhan menjadi cantik ..aku kacau pakai pemukul telur...memang lah tepung tu sebati yang amat )

Inti Kuih Cara Berlauk :
2 ketul dada ayam ( potong dadu )
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - dadu
4 sudu makan rempah kari MASALA BABAS
Garam secukup rasa
1/2 cawan air ( kalau banyak kurangkan sedikit )

Hiasan :
1 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang - hiris sederhana
2 tangkai cili merah - hiris sederhana

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga wangi...masukkan serbuk kari dan diikuti dengan isi ayam..
2. Gaul rata dan masukkan air dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa MAGGI..
3. Masak hingga ayam benar-benar empuk dan airnya kering...sejukkan sebentar dan bolehlah digunakan selepas itu..

Proses membakar :
1. Panaskan Oven 180C....
2. Sediakan acuan tart...sapukan permukaan dalamnya dengan minyak supaya kuih tu tak melekat..
3. Masukkan bancuhan tepung tadi anggaran setengah acuan..dan masukkan intinya , kemudian taburkan daun bawang&sup yang telah dihiris , cili merah dan bawnag goreng
4. Letakkan didalam dulang pembakar dan bakar dalam 15 minit...


Puding Jagung Kacau


Assalammualaikum...
Cuaca agak panas arini...hmm mungkin hujan di petang hari...hik hik cuaca suam-suam kuku cenggini sedap kalau pekena puding sejuk ni..hmm nak share resepi pemanis mulut peberet emak..kalau time pose..selalu buat..taklah susah mana pun...modal pun taklah beratus-ratus..kiranya mampu miliklah..eh macam rumah plak..apa-apa pun jom layan dulu puding yang sejuk ni...hu hu

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin jagung segera
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 peket coklat rice
1 cawan air
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-carannya :
1. Campurkan susu , jagung , gula pasir dan secawan air dalam periuk dan didihkan....
2. Masukkan esen vanila , kemudian bancuh tepung kastad tadi ikut nisbah air..satu cawan tepung kastad bersamaan secawan air...masukkan kedalam periuk dan kacau hingga adunan pekat dengan api yang perlahan...bila agak pekat , masukkan 1/2 peket coklat rice..dan kacau lagi...
3. Bila tengok dah pekat dan sebati...terus curahkan kedalam acuan (ikut suka hati nak guna yang mana pun..aku guna acuan tin 4 segi je)...taburkan lebihan 1/2 peket coklat rice ke atas puding tadi..dan sejukkan...


Hujan oh hujan..syok kalau ada kodok..


Assalammualaikum..
Sekarang ni memang dah masuk musim tengkujuh..so banyak aktiviti luar yang tertangguh..yelah nak g bercuti ke pulau-pulau dalam masa cuaca cenggini amatlah tidak sesuai..nak ke taman tema pun tak best..sebab takut demam plak..citer pasal cuaca..dipetang-petang ari cenggini tengah hujan..sejuk-sejuk syok kalau dapat makan kodok ikan bilis + bawang + cili padi potong + kentang ...hu hu cicah sambal sambil minum air kopi panas-panas...mabeles..kami adik beradik panggik kodok kuih ni..tapi banyak gelaran sebenarnya..cekodoklah..jejemput lah..but apa pun ia merujuk benda yang sama...jemput makan semua...nyum nyum...


Kuih Gunting


Assalammualaikum...

Lebat sungguh hujan pagi ni..dah dekat tengahari pun masih lagi mendung cuaca di seri iskandar ni...dah lama jugak tak hujan..panas dan kering...hujan rahmat agaknya , yelah menyejukkan cuaca...seribu rahmat buat semua penghuni alam rasanya..hujan-hujan jugak , aku semalam pun berhujan jugak dalam rumah , hujan peluh..hu hu berpeluh rasanya bila tetiba terasa nak buat kuih gunting ni..bukannya apa..saja nak buat testing sebelum nak buat untuk hari raya nanti..nasib baik ok..resepinya adalah dari mak aku dan kawan aku...aku gabungkan dan adalah beberapa benda yang aku top up ikut tekak aku...tapi hasilnya rapuh dan garing..alhamdulillah kawan-kawan aku kata sedap..tq ye semua sebab jadi food tester aku...so tengok dulu camana respinya :

Bahan-bahan :

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan margerin
5 sudu besar minyak masak - panaskan
1 sudu serbuk jintan manis 
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk ayam maggi
3 sudu serbuk kari - cap babas
3 tangkai daun kari - racik halus
1 sudu teh garam ( kalau kurang masin boleh tambah lagi)
1/2 tin susu cair ideal ( bancuh garam sekali dalam ni )

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan dengan jintan manis , jintan putih , serbuk cili , serbuk kari , serbuk ketumbar serbuk ayam maggi dan daun kari yang dah diracik halus...gaul kering hingga sebati...
2. Selepas itu , masukkan margerin dan gaul lagi hinga sebati , masukkan minyak masak yang telas dipanaskan tadi dan gaul hingga mesra...
3. Masukkan susu cair tadi dan uli hingga mesra dan tiada tepung yang melekat di bekas tadi...bahagikan mengikut beberapa bebola yang sederhana besar.
4. Ambil doh yang telah dibahagikan dan canai diatas papan canai..canai mengikut tebal yang kita suka..tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis...potong memanjang dengan pisau mengikut saiz yang kita suka..kemudian  gunting serong satu persatu doh tadi kedalam dulang berisi tepung gandum ( supaya tak melekat )..
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana supaya ia tak mudah hangus..kacau supaya tak melekat..selalu balik-balikkan...bila agak kekuningan..boleh lah diangkat dan toskan minyaknya...
6. Apabila sudah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam balang kedap udara....

Donut Kentang Dragon Ball


Assalamualaikum..wah dah sarapan ye....kalau belum sempat lagi ni nak pg bersarapan...aku dah sarapan dah..makan donut kentang ala-ala dragon ball ni...he he ini kes malas nak buat bentuk dinut yang biasalah ni...itu yang dah rupa dragon ball je donut aku ni....yang penting rasa..apa ada pada rupa ek...aku baru test guna kentang ni..selalunya aku guna susu segar...tapi kali ni aku tukar...gebu dan lembut sungguh tekstur donut ni..hubby pun suka..habis licin...hik hik tq Abg sebab sudi makan apa juga yang bini dia masak ( akulah tu )..

Bahan-bahan :
1/2 kilo tepung gandum ( ayak )
4 biji kentang ( rebus hingga lembut dan lenyek halus )
1/2 peket mauripan ( rendam dengan 1/2 gelas air yang dimasukkan sedikit gula...biar sehingga dia berbuih )
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula kasar ( blend halus untuk salutan donut )

Cara-cara :
1. Masukkan tepung dalam bekas...masukkan margerin dan gaul rata....kemudian masukkan kentang yang dilenyek halus tadi...gaul lagi sehingga doh sebati...
2. Kemudian masukkan mauripan tadi sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut...dan bentukkan ikut suka hati...aku buat bentuk bulat je...lenserkan sedikit margerin ditangan supaya mudah untuk melakukan proses membentuk donut....
3. Biarkan dan tutup dengan tuala nipis sebentar...tunggu doh menggebu..than panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan...goreng hingga kekuningan...kemudian angkat...dan bolehlah digolek-golekkan dengan gula kasar yang diblend halus tadi...ratakan..dan siap untuk disantap...

Karipap Sardin Lagik....






Assalammualaikum...hu hu dah hari khamis ke rupanya...esok dah jumaat , makin cepat masa berlalu..sedar tak sedar kita dah dipertengahan bulan oktober...hmm tak beberapa bulan lagik nak sampai ke penghujung 2010...esok pembentangan budget..hu hu itu yang pentingnya..harap2 ada rezeki untuk semua esok..amin..

Ha citer pasal karipap ni..menu ptg semalam merangkap makan malam..ha ha punya lah pemalas aku ni...resepinya ada kat label kuih ok...so layan dulu yek..nyum nyum

Kuih Keria Keledek Merah


Assalammualaikum...Murning
 Ha kuih ni bukan menu sarapan pagi ni...ini aku buat petang semalam...alah kuih biasa je...tak jumpa keledek biasa..keledek merah pun jadi aku belasah buat keria...asalkan keledek...ha ha ha..resepinya takyahlah ek..just nak syer gambor je...he he korang lagi terror dari aku bab kuih2 ni kan...aku ni sekadar dipinggiran je ( ha ha tetiba plak skema )..takdalah aku gurau je...yelah kuih ni aku tgk dalam sume blog lebih kureng je resepinya...cuma tukar2 bahan utama je kadang2...so layan dulu ye...




Salam Maulidur Rasul

Solawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW yang dirindui dan sentiasa kasih sayang dan ingatan ini padanya..salam Maulidur Rasul buat sume kengkawan yang bercuti ataupun tidak bercuti dan tidak lupa yg sentiasa cuti...

oklah arini aku punya salapan ialah chinese food saja..iaitu Cha koi..tetapi olang pelak ( perak ) panggil namanya PAU KOCOK..kenapa dipanggil begitu? Idaklah teman tau ...sedap woo makan ngan sos ( akulah sbb malas buat kuah lada sendiri ) dan chinese suka makan ngan bubur nasi n bubur manis..letak dalam sup bun blih buat macam garlic bread tu cicah je...tapi Cha koi ni aku tak buat..aku beli yg ready made je from my village masjid tanah..produk hasil keluaran muslim..berbaloi beli sebab rasanya sama cam kita beli yang dah siap goreng kat tepi jalan tu.....maknanya bila nak susah jumpa yg segera dan sedap so terpaksalah import....ok untuk sumer selamat bercuti n salammmmmmmmmmmm..

 Inilah Cha Koi segera / Pau Kocok 
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in