Assalammualaikum..
Dah hari Jumaat ye...cepat betul masa berlalu..Jun pun dah nak berakhir..Ramadhan kian hampir..kenapalah aku syahdu-syahdu dipagi buta ini...biasalah menginsafi diri kenalah pagi-pagi takan tunggu tengahari kot..muahahaha..
So , yang kat atas tu adalah menu makan malam kami..boleh caya ke seekor ayam panggang tu kami makan berdua...percayalah..sebabnya saiz ayam tu adalah saiz yang paling kecik..bukan yang besor tu..yang kecil macam ni yang sedap buat panggang sebab lembut dan juicy..dah lama sebenarnya nak makan menu ala-ala morocco ni..seronok gila bila dapat mengadap ayam panggang macam tu..baru feel makan dgn nasi rempah..ops sebenarnya aku pakai rempah beriyani tapi aku otter sikit supaya sesuai untuk dinikmati bersama ayam ni...kenapa aku tak panggil beriyani..sbb aku tak buat lauk yang set dengan nasi ni...dan lagi satu ikut suka sukilah nak letak nama apa pun kan...ha ha ha janji kena ngan selera tuan punya ayam...kih kih...
Bahan Nasi Berempah :
2 pot beras basmathi ( basuh dan toskan )
3 sudu minyak sapi untuk menumis
3 cawan 1/2 air
1 peket rempah penumis
1 biji bawang merah - dadu
1 biji bawang putih - dadu
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 peket rempah beriyani segera MAGGI
Cara-caranya :
1. Panaskan rice cooker...masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah penumis , bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan....
2. Masukkan rempah beriyani segera MAGGI dan gaul rata...dan terus masukkan susu cair dan 3 cawan 1/2 ..dan terus masukkan beras berserta daun pandan...kacau sekali lagi dan tutup dengan penutup sehingga nasi masak...
3. Apabila nasi masak...kacau pakai garfu supaya nasi masak sekata...biarkan sebentar..dan biarkan mood rice cooker dalam keadaan warm...
Oh ya...untuk resepi ayam ni aku tengok kat AFC Channel dan aku olah sikit dengan bahan-bahan yang ada kat dapur...
Bahan Perap Ayam Panggang Morocco :
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 sudu paprika
2 sudu madu
2 sudu blackpaper
1/2 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
2 sudu butter
1 biji limau nipis - amik jusnya
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 sudu herba campuran ( oregano , rosemary dan bayleaf )
( Gaul semua bahan diatas dan lumurkan pada ayam , perapkan semalaman , mula-mula bakar pada suhu 180C selama 30 minit...kemudian naikkan suhu pada 220C dan bakar lagi dalam 30 minit...selalulah basahkan ayam dengan jus yang keluar supaya ayam tidak terlalu kering...semasa naikkan suhu pada kali kedua bolehlah dimasukkan sekali bawang dan carrot..tujuannya supaya sayur tak terlalu layu... )
Ayam Panggang Morroco