Showing posts with label Nukilan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Rasa. Show all posts

Kenduri Tahlil dan Doa Selamat Sebelum Ramadhan

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan buat semua sahabat blogger dan kawan2 yang sudi berkunjung ke sini..Alhamdulillah bertemu semula kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ini..bulan penuh rahmat dan keredhaan..Ramadhan juga mengingatkan aku kepada ayahanda tercinta yang pergi mengadap penciptanya pada detik 1 Ramadhan 3 tahun yang lalu..Terlalu rindu pada ayahanda membuatkan kami sekeluarga sepakat mengadakan Kenduri Tahlil dan Doa Selamat..inilah bekalan yang dapat kami bekalkan buat ayahanda disana..semoga Nur itu sampai padan Ayah dan menerangi ayah disana..saat-saat seperti ini jugalah masa yang ada buat kami adik beradik bersama-sama memandangkan masing-masing ramai yang bekerja di luar daerah kelahiran kami..Majlis seperti ini adalah detik untuk menjalin kemesraan sambil bercerita mengenai perkembangan diri dan keluarga masing-masing..syukur , Mantai ( bahasa org n9 - sehari sebelum puasa ) kali ini dapat kami bersama-sama berkumpul menemani bonda tersayang..riuhnya bukan main lagi..mana taknya 8 org anak bersama menantu dan cucu-cucu..terlihat senyum bahagia bonda..terasa Ramadhan yang datang tidak terlalu sedih buatnya..memang itu niat kami adik beradik..kalau boleh tak mahu terlihat riak sedih itu diwajah bonda..kami tahu bonda rindukan ayahanda..biar cuba ditahan..namun ketika melangkah dipusara ayahnda sore itu..titis jernih itu gugur juga..kami faham dan satu masa nanti semua kita akan merasainya..tetapi selagi kami ada biarlah bonda bahagia sentiasa..semoga Syawal yang menjelma datang bersama rahmat dan bahagia...Amin








Ahlan Ya RAMADHAN


Assalammualaikum..Salam Ramadhan 2015 , terasa baru berlalu ramadhan 2014..sekejap saja kita nak memasuki ramadhan semula...
Kali ini ramadhan ku di perantauan..rezeki 2015 menempatkan aku di Kepala Batas , Pulau Pinang, jauh dari suami dan keluarga..iftar kali ini memang berbeza buat kami..tapi itu sudah rezeki..kami terima dengan penuh syukur demi masa depan keluarga..entah berapa lama dirantau orang ini aku sendiri tak pasti. Iftar yg selalu dimasak buat suami tercinta akan mengingatkan aku padanya setiap kali mengadap juadah berbuka..sahur pun akan terasa sayu kerana dia sahur berseorangan disana dan aku berseorangan disini..Allahhuakbar ujian Allah buat keluarga kami.
Ramadhan kali ini lebih bersederhana , kerana itu lebih dituntut , masak saja dirumah itu lebih afdhal. Persediaan sahur dirumah telah siap dibeli lewat minggu lalu..alhamdulillah Ramadhan pertama kali ini in sya allah dapat bersama2 dengan keluarga..Ahlan Ya RAMADHAN semoga ramadhan kali ini lebih berkat...

Tahun Baru Wajah Baru




Assalammualaikum

Hampir setahun blog saya ini jarang diupdate dengan entri baru kerana kesibukan saya dengan tugas dan juga perniagaan online saya dipage FB..namun kini saya punya solusi untuk menyelesaikannya dengan bantuan pakarlah..itu sudah tentu , sebab nak buat sendiri memang taklah..bukan kepakaran saya..jadi bila bincang punya bincang inilah hasil idea saya dan pereka Official Web saya ni..tq so much to Whitey Mommy..blog Irine Nadia Marcello pun adalah rekaan beliau..so kalau berminat untuk mendapat khidmat nasihat pakar klik Whitey Mommy In Sya Allah anda akan puas hati macam saya..bila dah ada blog yang berwajah baru ni saya rasa saya boleh uruskan blog peribadi saya ni dan juga blog perniagaan saya ni..moga rakan-rakan sudi untuk mengunjungi blog saya ini..Selamat Tahun Baru.

Bangga atau Marah

Gambar ni ehsan En. Google

Salam malam hari sume..hati tengah hangat ni..nak tahu kenapa..hubby tengah bukak channel 734 kat Astro..Discovery Turbo...tak silap aku tajuk rancangan dia..Fifth Gear..korang kalau ada masa try tengok channel ni..hangat aku..bukan sebab marah kat hubby tapi marah rancangan kat channel ni , banyak menghina Malaysia dengan menjadikan Model Kereta Proton Saga sebagai satu simbol untuk memperlihatkan martabat kita disana...mamat yang kat atas tu adalah pengacara dia..dan kereta tulah yang tengah dorang kata macam-macam benda negatif...siap letak sampah lagi dalam kereta ni....ini bukan pertama kali aku tengok...yang lagi satu tu kereta proton lama ni dijadikan benda yang tak berguna untuk dilenyekkan oleh kereta kebal dorang yang besar tu...jadi apa maknanya sume tu? Aku tak rasa Bangga pun...Marah adalah...sebab tak patut dorang buat macam tu....Aku anak Malaysia , punya rasa yang sepatutnya bila maruah yang dijaga dipijak-pijak dibumi asing...

Cahayamata....

Dalam keceriaan yang cuba aku paparkan sebenarnya tersimpan seribu kesepian yang bersarang disudut hati seorang AKU yang bergelar WANITA...dalam setiap detik kegembiraan itu aku cuba menghimpunkan sejuta harapan yang adakalanya makin pudar ditelan kekecewaan...hampir 6 tahun usia mahligai bahagia ku ini..namun masih terasa sunyi dan sepi...walaupun hati begitu teringin merangkul tubuh comel beserta suara esak manja meminta susu....namun apa dayaku rezeki itu masih belum memihak padaku..namun aku takkan mudah putus asa kerana ALLAH mendengar segala permintaan hambanya ini...WANITA yang senasib denganku...harapan itu adalah satu dorongan dan doa itu adalah satu kekuatan....tiba masanya..mungkin bahagia itu juga akan menjadi milik kita....Aminnnnnn
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in