Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Kenduri Tahlil dan Doa Selamat Sebelum Ramadhan

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan buat semua sahabat blogger dan kawan2 yang sudi berkunjung ke sini..Alhamdulillah bertemu semula kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ini..bulan penuh rahmat dan keredhaan..Ramadhan juga mengingatkan aku kepada ayahanda tercinta yang pergi mengadap penciptanya pada detik 1 Ramadhan 3 tahun yang lalu..Terlalu rindu pada ayahanda membuatkan kami sekeluarga sepakat mengadakan Kenduri Tahlil dan Doa Selamat..inilah bekalan yang dapat kami bekalkan buat ayahanda disana..semoga Nur itu sampai padan Ayah dan menerangi ayah disana..saat-saat seperti ini jugalah masa yang ada buat kami adik beradik bersama-sama memandangkan masing-masing ramai yang bekerja di luar daerah kelahiran kami..Majlis seperti ini adalah detik untuk menjalin kemesraan sambil bercerita mengenai perkembangan diri dan keluarga masing-masing..syukur , Mantai ( bahasa org n9 - sehari sebelum puasa ) kali ini dapat kami bersama-sama berkumpul menemani bonda tersayang..riuhnya bukan main lagi..mana taknya 8 org anak bersama menantu dan cucu-cucu..terlihat senyum bahagia bonda..terasa Ramadhan yang datang tidak terlalu sedih buatnya..memang itu niat kami adik beradik..kalau boleh tak mahu terlihat riak sedih itu diwajah bonda..kami tahu bonda rindukan ayahanda..biar cuba ditahan..namun ketika melangkah dipusara ayahnda sore itu..titis jernih itu gugur juga..kami faham dan satu masa nanti semua kita akan merasainya..tetapi selagi kami ada biarlah bonda bahagia sentiasa..semoga Syawal yang menjelma datang bersama rahmat dan bahagia...Amin








Nasi Goreng Bonda

Alhamdulillah. ..ada masa jugak aku nk updated blog sekarang ni, kalau tak alamat nya 1 bulan 1 cerita..menu ni sarapan pagi tadi..duk sensorang kt rumah sebab Mr Habibi keje plak..jadinya bila tinggal sensorang ni breakfast buat yg sempoi2 je..menu nasi goreng ni memang selalu aku makan masa kecik2 dulu, maklumlah adik beradik 8 orang, mak pulak sibuk keje kat kantin , So inilah menu paling cepat dan pantas untuk mak sediakan buat sarapan kami tiap kali cuti..ringkas nya hanya perlu goreng ikan bilis , hiris bawang merah dan bawang putih untuk extra kick tambah cili kering yg dipotong serong..mak kata untuk tambah wangi cili kering tu , panas kan minyak dan goreng semua bahan yg dihiris tadi , pecahkan telur dan kacau..perasakan dengan garam , masukkan nasi dan ikan bilis yg telah digoreng awal tadi..kacau rata dalam 5 minit..siap untuk disantap..senangkan..selamat mencuba!!!!

Kesibukan Terlampau


Assalamulaikum...
Its a long time since the last entry...nak buat macamana..bulan ni jadual outstation memang terlalu padat..minggu lepas ada bengkel di PD seminggu..minggu ni ada kat KL plak seminggu jugak..than the whole next week kenduri kawin adik plak..pastu terus terbang ke terengganu till 29 februari..woooo..i'm really think i dont have anough time to manja-manja ngan hubby..kesian dia..dekat 3 minggu dia duk rumah sensorang..mintak maaf abg..blog kawan-kawan pun tak sempat nak ziarah..i'm sorry guys...i'll be there..someday...thats all...till we meet again...

At Last aku dah sampai gak kat Home Sweet Home...


Assalammualaikum
Gambar ini takda kena mengena dengan apa yang aku nak cerita..ini program aritu tengah buat manok pansoh..syok tapi panas..yang sebenar-benarnya nak citer..aku dah habis melaksanakan kursus di Sungai Siput...jadi aku dah duk rumah kecik aku ni bermula semalam..selesa sungguh, you know what..aku enjoy gila bila dapat tidur dengan selesa tanpa risau apa-apa...legaaaa
Sedih memanglah sedih sebab dah 3 bulan bergaul dengan student-student..terasa dekat dengan dorang..ni bila dorang dah balik semuanya baru terasa sebak didada..

Aku rasa nak berenti je...

Assalammualaikum...
Cuti sekolah dah bermula...namun aku masih tak dapat bercuti..sebab aku bukan cikgu sekolah..ha ha ha aku mengajar..tapi mengajar orang dewasa...cutinya dah tentu tak sama ngan cuti budak sekolah..but i think nak berenti je keje sebab terlalu sibuk..aku minat gila keje aku ni cuma bila dah terlalu sibuk aku rasa tetiba stress..mana taknya..kenduri kendara memang dah banyak aku skip sebab keje..gathering ngan adik beradik pun aku selalu miss..dan aku dah 2 tahun tak g holiday mana-mana. sebab....kejelah apa lagi..hu hu rindu rasanya nak jumpa sedara mara dan terutamanya family aku dikampung...banyak cerita2 yang aku ketinggalan..tapi apakan daya tanggunggjawab pada keje memang tak mengizinkan aku pulang..ngalahkan askar ha ha but itulah realiti keje aku....banyak dateline yang nak dikejar...exam dan final exam..wohooo dont think it girls...i just want to go somewhere to release my stress...


Abang..jom kita jalan-jalan


Naik kete...


pergi sini...

N3 Malam hari...

Kenangan di Kuching bersama kak zam dan sarida..

Assalammualaikum
Dah lama rasanya tak jumpa kawan-kawan lama..tak kisahlah kawan sekelas ataupun kawan sekerja yang telah lama berpindah..banyak memori yang terpahat..suka duka..yang pastinya patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh tetap tak sama dan yang mengganti takan bisa menyamai..lumrah alam..terasa pantas sungguh detik2 itu meninggalkan kita..adakala bila mengenang detik lalu..tersenyum sendiri...andai dapat diputar semula detik itu..hmm alangkah indah alam remaja...terasa nak bertemu semula..namun masa tidak mengizinkan...insyaallah ada rezeki kita pasti bersua suatu masa nanti..


Membeli belah kek lapis di kilang kek lapis Dayang Salhah yg pemes tu...


Santai di Waterfront...miss da moment

malam kebudayaan bersama student2..hu hu seronok sungguh melaram

Ngan kengkawan baik..9 tahun


Makan mee Kolok di Pasar Satok..rindunya saat2 gini

Brendam di Air Terjun Papan....

Al-Fatihah Buatmu Sahabat..Semoga Rohmu Dicucuri Rahmat

Assalammulaikum
Terasa berat hati menerima kenyataan yang dirimu telah tiada sahabat..masih teringat senyuman manis yang terukir dibibirmu lewat pertemuan yang lalu..hampir 7 tahun kita tidak bertemu..bila rindu ini terbang ingin menemuimu..rupanya Allah terlebih dahulu menjemputmu..Ya Allah terasa sebak ketika mendengar perkhabaran yang dirimu kini tiada...aku benar-benar terasa kehilangan sahabat tersayang yang suatu masa dahulu ketawa bersama , menangis bersama dan melalui detik-detik alam remaja bersama..memori itu utuh lagi diingatanku ini..pagi ini kususuri wall FB mu..lewat petang jumaat yang lalu..kau suarakan rintihan hatimu..oh sahabatku..ternyata itulah luahan terakhirmu..sungguh aku terlalu sayu..hingga kabur pandangan mataku untuk aku terus membaca bait-bait katamu itu...Al-Fatihah buatmu sahabat..aku kehilangan sahabat..tetapi keluarganya hilang anak tersayang dan seorang suami hilang isteri yang dicintai..aku redhakan pemergianmu sahabat..Semoga dirimu tenang mengadap penciptamu...amin.....

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya.
Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya.
Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput,
tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya.

Karena Ar-Rahman telah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)


Kenangan Bersama Arwah dan kami( dari kiri ) Aku , jamaliah , liza ( arwah ) , jaja dan rozie..







 klik suka duka bersama....always love u all

Andai Bisa Kuberikan Kasihku Ini ( 1 )





Assalammualaikum....hampir petang baru aku dapat mengupdate n3 ni. Sepanjang pagi tadi aku sibuk kerana menyelesaikan satu tugasan bagi mengadakan program bersama anak-anak dirumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar...sebetulnya inilah kali pertama aku menjejakkan kaki disini , melihat sendiri situasi anak-anak yang tinggal disini. Terima kasih buat Ibu Pengetua yang penyayang Puan Faridah..untung mereka punya tempat menumpang sayang walaupun bukan darah daging..pertemuan hari ini adalah bagi merangka program kemasyarakatan bagi bakal-bakal guru kami...secara jujurnya aku terharu diatas keikhlasan dan komitmen Puan Faridah dan kakitangannya..bukan senang menguruskan rumah kanak-kanak ini tanpa sokongan dan bantuan masyarakat dan Kementerian Kebajikan Khasnya..andai tiada rumah seumpama ini dimanalah agaknya kanak-kanak ini merayau..dan terbelakah nasib mereka..
Kami dibawa melawat sekitar kawasan bagi memudahkan kami merancang program yang sesuai dengan keperluan anak-anak disini..setibanya aku dibawa ke bilik anak-anak bawah 3 tahun...mataku seakan terpaku kerana ramai bayi ditempatkan disitu..dan yang kebanyakannya adalah bayi yang dibuang dan ada juga yang hampir menemui maut tetapi dijaga dan dirawat sehingga sembuh...oh terlalu kejam manusia , sedangkan haiwan masih ada rasa sayang pada anaknya..tetapi manusia..oh mengalir air mataku..
ketika asyik aku melihat-lihat anak-anak ini tiba aku terpandang seorang kanak-kanak yang sedang asyik memandangku......maafkan aku..air mata ini terlalu laju mengalir..akan kuteruskan bila emosiku kembali stabil...

Jiwa Kacau kerana.....


Assalammualaikum..
Tajuk n3 memang gempak..apalah yang membuatkan aku jiwa kacau ni...masalah aku sekarang ni..aku dah 2 minggu cuti masak...hu hu semuanya kerana aku kena kembali bertugas mengendalikan kursus di Sungai Siput ni...3 bulan aku kena stay di bilik yg takda dapur ni..makna kata aku makan kat cafe je...blogwalking ke rumah kawan2 membuatkan aku lagi sakit jiwa...macam2 dorang masak..aku cuma masak air buat milo cicah biskut pingpong cap hupseng...hu hu..kesiannya aku....

 dah lama tak minum bersama kengkawan...

dah lama tak makan tahu sumbat buatan sendiri.....

makan lauk kampung yg ringkas-ringkas...

huwaaaaaa jiwa kacau sungguh bila taklih masak ni......tensen.....

Kuala Lumpur..ternyata aku tak betah disini

 ( Ihsan Mr Google )

Assalammualaikum
Hari ke 3 aku di Kuala Lumpur...rakan sebilik sibuk mengajak ke UpTown...Bazar Malam Danau Kota...katanya macam-macam ada disana..agak teruja aku melihat mereka..cuma aku kurang minat kerana aku sudah dapat membayangkan betapa padatnya kawasan itu dengan manusia....tapi aku gagahkan juga melewati destinasi itu demi menemani mereka...setiba disana apa yang aku jangka...memang crowded yang teramat dengan pelbagai jenis orang dan semestinya banyak ragam...kalau lihat dari segi pemakaian..memang up to date dan ranggi..kalah mat salleh dan minah salleh rasanya...mereka lagi berani dan ranggi...aku tak selesa ( mungkin aku bukan terdidik dengan budaya itu )...budaya tidak tidur walaupun masa menjangkau hampir 1 pagi seakan sudah biasa bagi penghuni kota metropolitan ini...sosial yang terbentuk disini sememangnya melawan norma-norma seorang muslim dan negara yang penuh adab ketimuran...( ini juga aku lihat dengan penuh keloyaan )...hmm lalu aku mengambil keputusan untuk pulang setelah hampir 1 jam disitu...ternyata aku tak betah disini...ternyata aku lemas....ternyata aku tenggelam dan sebelum aku karam elok rasanya kutinggal daerah bising itu..kerana aku hanyalah insan yang sederhana..kemodenan yang keterlaluan ini tidak sesuai buat aku....

KINI EMAK DAN AYAH MAMPU TERSENYUM LEGA


Assalammualaikum
Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga diatas segala rezeki yang dikurniakan Allah buat kami sekeluarga , hari ini adik ku yang ke 6 akan melaporkan diri sebagai anggota PDRM bagi kontijen Negeri Terengganu...mak kini mampu tersenyum lega kerana semua 7 dari 8 anak-anaknya punya kehidupan yang terjamin..terbalas segala penat lelah emak membesarkan kami 8 beradik bila semuanya punya karier yang mampu menjamin kehidupan sendiri dan sekaligus mampu untuk menampung perbelanjaan emak , ayah dan adik bungsu kami. Aku bangga dengan semua adik-adikku kerana berjaya melonjakkan diri demi sebuah kejayaan , biarpun tidak pergi ke kelas tuisyen atau pun berbelanja mewah. Belajar dari kesusahan keluarga adalah azimat yang paling berharga dan ketabahan itu jugalah yang memajukan kami adik-beradik biarpun tak semuanya ke universiti namun kejayaan itu berada dimana-mana asalkan berusaha dan yakin dengan rezeki Allah....moga keluarga kami akan sentiasa dirahmati Allah dan berada dibawah limpah dan redhanya...

TERIMA KASIH AYAH.....


Hari Bapa bukan hanya mengikut hari tertentu..selamanya ingatan itu sentiasa dihati , tarikh itu bukannya apa , yang penting kenangan dan ingatan yang tersemat dihati. 34 tahun aku mengharungi kehidupan ini , tidak sedetikpun aku melupai kasih sayangnya dan jasanya membesarkan kami 8 beradik. Setelah mempunyai keluarga sendiri kini aku faham betapa berat tanggungjawab yang ayah pikul bersama emak untuk memastikan kami berjaya. Ayah memang bapa yang amat penyayang dan seorang yang kelakar..setiap gurauannya menjadikan kami sekeluarga ketawa bahagia. Biarpun hanya seorang Pekerja Am di JKR namun dia cekal dan gigih berkerja demi kami adik beradik Masih aku teringat semasa aku disekolah berasrama di Seremban , Ayah sanggup datang menjengukku menaiki bas , sambil membawa kek hari lahir dan sambal goreng masakan mak..kata ayah " Selamat hari lahir kaklong ,belajar rajin-rajin ye " berlinang ku lihat air matanya. Oh ayah sesungguhnya aku amat merindui detik itu...Terima kasih ayah , walaupun ayah semakin uzur sekarang namun ketabahannya bertahan dari penyakit kencing manisnya membuatkan kami tabah dan kuat mengharunginya bersama-sama...Terima kasih sekali lagi ayah , kerana menjadikan Along insan yang gigih dan berjaya....buatmu Ayahanda Tercinta ABDUL HALIM BIN RAMLI...Along dan adik-adik sayaaaanggggg Ayah...


Simple song but its really touching...

Mia Sara


miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebuti telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

Kalau nak dengar klik sini MIA SARA

Ini lagu ost cerita Papadom by Afdlin Shauki..memang tersentuh hati bila first time dengar lagu ni...dari hati seorang papa buat anak daranya...pagi ni dengar lagi...terasa sunyi sangat bila masih berdua...harap-harap rezeki kami akan sampai juga untuk menimang cahaya mata....sulung..." harapan itu adalah pendorong untuk aku tabah hingga tika dan saatnya yang akan sampai buatku"

7 Tahun...Dulu dan Kini tetap mencintaimu...

Assalammulaikum...
Alhamdulillah tanda kesyukuran kepadamu Ya Allah kerana merahmati rumahtangga yang terbina selama 7 tahun ini...berkat redha keluarga , kami masih lagi meniti jambatan kasih sayang ini. Dugaan yang melanda kita lalui bersama biar terkadang badai yang datang tanpa diduga...kerana teguhnya cinta kita..kita masih mencari bahagia biar didatangi dugaan jiwa...kita redah suka duka demi mahligai yang terbina...demi kasih itu..kita masih bahagia..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE -7 BUAT KITA


Takziah Buat Mangsa Tragedi Tanah Runtuh....

Assalammualaikum....
Lama sungguh tak berceloteh manja di blog kesayangan aku yang dah bersawang ni...bukannya malas tapi takda masa...dikesempatan ini aku rasa belum terlambat untuk aku mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh dirumah anak-anak yatim Al-Takwa, Hulu Langat , Selangor....berat mata memandang , berat lagi bahu mereka yang menghadapi tragedi ini. Kehilangan anak tersayang bukanlah satu kenyataan yang mudah untuk ditelan begitu sahaja....namun takdirnya disuratkan begitu kerana Allah menyayangi mereka...dan pemergian itu juga bukan sia-sia...pemergian mereka adalah pemergian seorang mujahid syuhada di jalan Allah....Syahid mereka diusia muda....iringilah ia dengan redha dan bekalkanlah perjalanan itu dengan doa yang berpanjangan...Al-Fatihah....

Ingatlah renungan dari Ibnu Mas'ud
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan wangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.....


Nak Ku Tinggalkan Terasa Sayang

Assalammualaikum...lama rasanya aku tak menjenguk rumah pusaka ke 2 ni...kekangan masa dan tugasan seorang pendidik menjadikan aku terlalu sibuk dan tiada masa mengupdate perkembangan. Namun aku gagahkan jua agar blog ini tidak terbiar sepi hingga tumbuhnya lalang..hu hu ( ayat takda idea ni )...serabut dan banyak tugasan menjadikan aku makin kurang menjenguk dan menziarahi kawan-kawan...kesibukan dengan tugas dan workshop yang perlu dihadiri siri demi siri...ada jugak aku terfikir untuk berhenti rehat seketika dari terus berblogging...tapi terasa sayang plak..kerana bukan senang nak survive dan dah ramai kawan-kawan alam maya yang aku dapat...jadi aku gagahkan jua untuk menitipkan secebis khabar biarpun tak banyak...terima kasih buat rakan-rakan yang sudi singgah biarpun sapa tak berbalas..khabar tak bertandang....sesungguhnya aku akan aktif kembali..cuma masa yang agak padat menjadikan aku slow sedikit....so insyaallah..ada jodoh kita bersua lagi.......Adios...


Rindu Bihun Soto Mak Aku...


Hu hu bila makan bihun soto kat kedai tadi tiba-tiba teringat kat mak aku..soto mak aku memang tak pakai rempah siap sebab dia ada resepi yang memang mencampurkan rempah ratus segar...memang asli buatan sendiri....itu yang mengkecurkan air liur aku...hu hu rindunya nak balik kampung....kalau aku buat pun belum tentu sama...sebab tu bila mak bukak bazaar ramadhan pelanggan setia soto mak dah ada menunggu...terasa rindu saat-saat mak berniaga dulu...sekarang mak dah berehat kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga , terutamanya ayah yang semakin uzur...love u mom...


Makananlah yang menyatukan sesebuah keluarga sebenarnya.....mengikat hati suami dan menambat selera anak-anak agar selalu ingat tentang makanan kegemaran yang dimasak oleh ibu...sedihnya aku..tiba-tiba kerinduan itu menerjah...hu hu
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in