Showing posts with label masakan kampung. Show all posts
Showing posts with label masakan kampung. Show all posts

Udang Masak Lemak Cili Padi Original Negeri Sembilan



Assalammualaikum..Salam Jumaat penuh barokah..ok harini nak share resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Negeri 9 style ..resepi bonda saya yang diwarisi turun temurun tanpa apa-apa penderhakaan..bukan tak boleh derhaka..cumanya kalau nak dapat rasa yang asli dan rasa macam uwan dan nenek kita masak..keaslian resepinya perlulah dipelihara..takut kalau banyak penambahan bahan.. rasanya sudah tidak asli lagi..

Bahan-bahan 

10 ekor udang harimau ( potong misai dan buang urat belakang dan basuh bersih2 )

20 tangkai cili padi kampung ( kalau guna cili akar atau cili padi siam yang bersaiz besar tu lebihkan 10 tangkai lagi sbb jenis2 cili yang begitu pedasnya tak terasa sangat berbanding cili padi kampung )
1 inci kunyit hidup 
(tambah air hingga agak tenggelam bahan diatas dan blender sekali hingga hancur )

Ihsan Google ( Cili Padi / Cili Api kampung )

1 kg pati santan
2 keping asam gelugur / asam keping
garam

Sayuran yang sesuai digandingkan bersama masak lemak ni selalunya kacang panjang , terung pipit atau pun daun kunyit yang disia-siat

Cara-cara :
 ok lagi satu org negeri sembilan suka masak gulai lemak ni dalam kuali atau kawah ( kalau kenduri besar2 lah )..senang nak tengok dan kacau..lepas masak baru salin dalam periuk

1. Panaskan kuali dan masukkan terus bahan yang kita dah blender tadi..ok masa ni memang agak kritikal sikit sebab wap pedas dari cili api tadi akan keluar..so kena tahan sikit..but jangan risau..mula2 je..tapi lepas airnya hampir kering dan cili api tu dah masak ok lah..
2. Lepas tu boleh masukkan udang galah yang kita dah bersihkan tadi dan gaul mesra dengan bahan tadi , terus masukkan santan berserta garam sekali ( ini petua supaya santan tak pecah minyak ) dan gaul rata..api jangan besar sangat ye..gunakan api yang sederhana..
3. Pastikan ia sentiasa dikacau supaya kuah yang terhasil cantik..lepastu masukkan asam keping tadi dan kacau selalu ...bila tengok kuah tu dan cantik dan pekat bolehlah masukkan kacang panjang..biarkan sebentar dan tutup api..sebab kita taknak kacang panjang tu lecur..( yang gambar kat atas tu nampak kacangnya agak layu sebab itu gambar lauk yang telah dipanaskan kali kedua..hhu hu sebab yang mula2 masak tak sempat nak snap )

( ok .. kalau ikut teknik yg saya bagi ni in sya ALLAH jadi masak lemak n9 style tu..resepi memang semua boleh dapat..but teknik tu yang kena tahu..jadi kalau tak jadi jangan salahkan resepi..sebab selalunya at the end teknik masak tu yang kena diperbaiki..)






Sambal Hijau Bonda


Assalammualaikum

Wah dah hari selasa hari ini..dua hari lagi kita akan menyambut Aidiladha..
Selamat Menyambut Hari raya Korban buat semua umat islam ..ok yang atas ni bukan menu hari raya ye..cuma nak share je dengan kawan2 sambal hijau versi bonda saya..senang dan ringkas tapi membuka selera..ok bagi yang berminat resepinya seperti dibawah :


Bahan-bahan :

 15 tangkai Cili Padi / Sebarang jenis cili pun boleh yg adik beradik cili padilah
 3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang kecik / kalau guna bawang besar sebiji pun cukup*
 Segenggam ikan bilis 
 Sedikit belacan sukat besar hujung jari je ye*
Garam
Gula
Cuka makan ( 3 4 titis )

Cara2 :
1. Goreng ikan bilis dulu hingga garing pastu angkat , pastu goreng semua bahan bertanda*termasuk belacan 
2. Bila bahan2 dah agak layu angkat dan toskan..
3. Pastu masukkan bahan2 yg dh goreng tadi dalam lesung..untuk dapat tekstur yg kasar elok pakai lesung , than masukkan garam sedikit , gula dan cuka makan..agak2 ye nak masin tahap mana..masa tumbuk tu boleh rasa dan boleh tambah perasa dari masa kesemasa..lps bahan2 td agak lumat baru masukkan ikan bilis than tumbuk hingga agak hancur.
Tak payah hancur sgt...

Ok than kaup semua dan buh dalam piring...siap untuk disantap..sdp mkn dengan nasi panas2 dan ikan goreng or dgn bubur nasi

Selamat mencuba...


PETAI YANG VERSATILE


Petai Goreng Bawang

Petai 4 papan - belah 2 isinya
3 Biji Bawang merah - potong wedges sederhana tebal
3 ulas Bawang Putih - hiris
10 Tangkai cili padi - hiris serong
Segenggam ikan bilis - Basuh dan goreng garing 
Garam secukupnya
Serbuk cukup rasa Maggi
1 senduk besar minyqk masak

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing , angkat toskan
2. Goreng semua bawang merah , bawang putih dan cili padi yg telah dihiris tadi..kemudian masukkan petai..goreng hingga agak layu..
3. Masukkan ikan bilis tadi dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa
**Enak dinikmati bersama nasi panas***


Rendang Ayam Daun Maman dan Telur Bersos ( Iftar 7 )

Rendang Ayam Daun Maman
Ini menu wajib orang n9 kalau raya or ada kenduri kendara..selalu mak aku buat kering sampai berminyak sebab guna santan asli..tapi yang ini aku buat basah sikit dan tak berminyak sangat sebab pakai santan kotak..bahannya tak banyak but kena hati-hati kerana kalau tak pandai masak lauk ni akan jadi pahit..but mak aku dah ajar aku dari anak dara masak lauk ni ..so insyaallah setakat ni menjadi lagilah bila aku masak..kat sini susah gak nak carik daun maman segar sebab dorang suka buat jeruk daun maman ni...tu yang bila jumpa aku beli secekak besar..hu hu lepas hajat nak makan rendang maman ni...

Bahan-bahan :
1 ekor ayam / daging ( pilih yang kita suka )
1 kilo daun maman - leraikan dari batangnya ( basuh dan toskan )
15 ulas cili padi - blender
1 inci kunyit hidup - blender
2 biji kelapa ( amik kemancar dan patinya )
garam secukupnya
3 keping asam gelugur

Cara-caranya :

1. Siapkan kuali...senang pakai kuali supaya mudah dikacau dan ayam tak hancur...kalau pakai ayam biasa jgn masukkan ayam awal-awal tapi kalau pakai ayam kampung / ayam pencen / daging boleh masukkan sekali ...renihkan kemancar dan bahan yang telah diblender tadi ( tujuan untuk memasakkan cili padi tadi supaya tak sakit perut ) didihkan hingga airnya agak kering...
2. Bila dah tgk agak kering boleh masukkan ayam dan gaul sebentar ( ayam biasa )...kalau pakai selain dari tu terus je masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan asam gelugur...biarkan ia menggelegak dan jangan lupa dikacau selalu...bila kuah telah kelihatan agak pekat..masukkan daun maman..jangan dikacau..biarkan ia layu...
3. Bila dah layu kacau sekali-sekala ( inilah petuanya supaya maman tidak pahit selain faktor penggunaan santan yang pekat dan banyak )...kacau perlahan-lahan
4. kecikkan api sedikit supaya tidak hangus...masak sehingga terbit minyak...( kalau tak suka kering memadailah melayukan maman tu dan berkuah sedikit ) lagi lama kita keringkan maman ni lagi sedap sebenarnya....


Side Dish Telur Bersos ngan eksesori yang sesuai bersama

Rebung Goreng Cili Padi


Hmmm ini bukan juadah iftar semalam..semalam kami iftar ringkas-ringkas je sebab tak sempat nak ke pasar cari bahan...baki rendang ayam sehari sebelum puasa masih elok bila dipanaskan..hampir jadi serunding..ha ha ha..ini menu sebelum puasa..rebung ni rebung madu dari kedah..hadiah seorang rakan yang baru balik oustation..tq sis...aku memang suka masak cenggini sebab tekak aku suka goreng-goreng macamni..

Bahan-bahan :
Rebung jeruk / biasa - basuh dan toskan airnya
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang kecil - tumbuk
6 tangkai cili padi - tumbuk
ikan bilis ( ikut suka ) - tumbuk
sedikit minyak untuk menumis
garam
serbuk cukup rasa maggi
1 keping asam gelugur

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dah ditumbuk tadi sehingga garing...
2. Masukkan rebung dan gaul rata..kemudian masukkan garam , serbuk cukup rasa , asam keping dan sedikit air..masak dalam 5 minit lagi...kalau suka kuah letak air lebih sikit...kalau suka kering toksah buh banyak airnya...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in