Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

DADAR BERKUAH



Assalammualaikum..selamat petang semua..aku tak balik lagi ni..tengah tunggu pak supir aka incik suami datang jemput..almaklumlah rajin takmo drive sendiri..hu hu
Hmm arini nak perkenalkan satu menu yang sesuai dijadikan juadah minum petang ketika kedinginan seperti sekarang ni..perak memang hujan semedang bila petang ari..alhamdulillah,takdalah gersang dan tak cukup bekalan air..
Menu ni aku jumpa masa aku pergi beraya rumah bakal besan mak..mula-mula rasa macam roti jala tapi bila dah lama-lama ada rasa lempeng cicah kari..tapi macam mee kari plak ada sayur , cili potong dan daun bawang..hmmm so aku pun trylah korek resepi dari bakal besan mak aku ni..( terima kasih makcik sbb sudi bagi resepi ni ) dan ada juga yang aku olah..tang kuah kari tu aku olah jadi version aku..mintak maaf makcik saya derhaka sikit resepi ni..sebab saya suka bab tambah menambah bahan ni..hu hu
ok jom tengok resepinya :

Bahan-bahan untuk dadar : ( untuk 5 orang makan )
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
air ( agak-agak ..bab ni fail nak bg tau sbb aku main belasah janji jadi )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam 
( semua ni aku masuk dalam food prosessor dan blend hingga sebati..kalau terlalu pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit hingga dapat tektur macam nak buat kuih dadar tu )

Cara-caranya :
1. panaskan kuali leper atau guna pan yang tak melekat tu..letak minyak sikit dan dadar bancuhan tadi..biar ia betul2 masak..pastu angkat dan terus gulung..kemudian potong serong..dan ulangi proses ni sampai habis..

Bahan-bahan untuk kuah kari :
1/2 ekor ayam ( potong kecil-kecil )
1 peket rempah tumis empat sekawan
5 biji bawang kecil**
3 ulas bawang putih **
1/2 inchi halia muda**
10 tangkai cili kering**
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar jus asam jawa
5 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji kentang ( potong kiub )
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan serbuk cukup rasa Maggi
( kisar semua bahan yang bertanda ** sehingga lumat )

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan dan daun kari , masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serbuk lada hitam dan goreng hingga garing
2. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan sekali..kacau hingga sebati , masukkan ayam dengan kentang dan gaul hingga sebati dengan rempah tadi..
3. Masukkan 2 cawan air dan biar ia menggelagak..kemudian masukkan santan dan jus asam jawa.perasakan dengan garam dan biar ia menggelegak..

Cara nak makan Dadar Berkuah ni..senang je , macam makan mee kari..eksesorinya pun serupa macam eksesori mee kari..nak tahu sedap ke tak kena cuba..boleh outer resepi ni ikut kesesuian tekak kita..no hal..ok selamat mencuba ye..


PAN FRIED SARDINE SANDWICH AND MEE GORENG

  MEE GORENG JE.. 



PAN FRIED SARDINE SANDWICH

ASSALAMMUALAIKUM
INI N3 TERTUNDA NAMANYA..MENU BREAKFAST PAGI AHAD YG LEPAS
MACAM BOSAN NAK MAKAN NASI MAKAN MEE
MACAM DAH BIASA MAKAN SANDWICH BIASA..KITA BOLEH PAN FRIED, METHOD PENYEDIAAN SANDWICH TU SAMA DAN BOLEH OLAH NAK LETAK VEGE OR TAK..SAYA TETAP NK LETAK JAPANESE CUCUMBER..THAN BUAT BATTER MACAM ALA-ALA ROTI JALA TU..BAGI CAIR SIKIT DAN TAMBAH TEPUNG JAGUNG SIKIT..NAK BAGI RASA CRUNCHY..PASTU PAN FRIED JE PAKAI CREPE PAN TU,,SELALUNYA DEEP FRIED KAN..TAPI MMG BERBEZA RASANYA BILA PAN FRIED DAN DEEP FRIED NI..TAK CAYA BOLEH TRY..SELAMAT MENCUBA

Mee Goreng Daging je....

Assalammualaikum
Hmm makin lama semakin buntu nak masak apa untuk juadah berbuka..jadinya masak jelah menu yg mendapat sambutan...apalagi mee goreng lah. Bila buat mee goreng ni hubby makan bertambah , seronok sikit tengoknya sebab dah 4 hari hubby batuk dan tak berselera nak makan..buat kering2 sikit sebab hubby tak suka yg lembap..aku plak suka yg lembap...but its still ok for me...sebab aku jenis yg bedal ajela...hu hu so adios ...jumpa di n3 yg akan dtg ok...muah

BIHUN GORENG KANGKUNG

Assalammualaikum...
Ini juadah berbuka iftar yang ke 8...lambat update..sejak laptop dan kamera disimpan dalam kedai ni...menu biasa je..cuma aku letak extra kangkung jadilah bihun kangkung...resepinya sama macam nak goreng bihun macam biasa...

Mee Kicap @ Bihun Kicap


Wah dah petang rupanya..mana nak nampak mentari sekiranya berkurung dibilik hawa dingin ini 
( ayat tak ingat )..saja je sebab tak tahu nak mulakan n3 aku ni macamana..apalagi mengayatlah dulu...tapi bukan itu storynya...ini baru masuk citer..
Kalau dipikir-pikir memang seronok je mencuba makanan-makanan yang ada kat Malaysia ,yang halal lah opcoz...so rasanya elok juga kalau tahu serba sedikit perkara tentang makanan yang kita makan tu...so aku buat kajian sikitlah kat Mr Google..so hasilnya....
 Menu yang berasaskan mee ini adalah milik Kaum Cina , termasuklah bihun , kuewteow dan apa sahaja jenis mee yang ada...dan kaum cina bukan sahaja ada di Malaysia , di Thailand , vietnam dan merata tempat ( sekadar menyebut yang berdekatan dengan Malaysia )..so macam-macam version lah mee ini diolah dan dimasak mengikut budaya setempat yang diwarisi...dan salah satu menu yang turut menjadi kegemaran rakyat di Malaysia ialah MEE KICAP...nama Mee Kicap ni diambil sempena penggunaan kicap yang banyak didalam menyediakan menu ini..selain daripada itu Mee Kicap juga dihidangkan bersama semangkuk sup yang mengandungi tahu ikan yang pelbagai rasa ataupun dumpling dan sedikit sayur...oh tak lupa juga kuah cili merah...
Bagi aku banyak-banyak mee kicap , aku lebih suka Bihun Kicap..sebab terasa rencahnya meresapi kedalam bihun tu , rasa ramuannya tetap sama..yang berbeza adalah kekenyalan bihun tu...memang mabeles..trylah sesekali yang luar dari biasa...tak salah rasanya selagi halal dan menepati citarasa kita...


Bihun Kicap


Sup yang penuh eksesori tambahan ( mabeles )

 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in