Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Projek Parti Cocktail


Assalammualaikum..dah lama dah parti nya berlangsung..tp biasalah sibuk nak updated jadi tengah ada masa ni upload segala gambar yg dah lama bertapa dalam folder ni..projek cupcake yg cumil untuk majlis perasmian inkubator pelajar institut aku ni..resepi yang ringkas dan biasa2 saje..coklat cupcake dan sandwich club..








Kek and Deco

Assalammualaikum
Dalam melalui proses menimba ilmu..kenalah berguru pada yang pakar kan..ini kelas masa bulan novenber yang lalu..cikgunya adalah tokey kedai kek di taman aku..banyak ilmu yang dapat kami timba..terima kasih cikgu..yang kat bawah tu gambor kek aku..sila jangan gelak ye..memang tak lawo pun sebab amatur...










Usahawanita SHAKLEE , TSHIRT MUSLIMAH DAN PEWANGI TERAPI

Assalammualaikum
Lama rasanya blog ni senyap sunyi bagaikan terbiar..hu hu takda Maksud pun nk biarkan..cuma sibuk dengan business kecil-kecilan..produk kesihatan SHAKLEE , TSHIRT MUSLIMAH DAN PEWANGI TERAPI. .dan ada jugak ambik tempahan sikit2 kek dan tiramisu ...alhamdulillah. .so kalau kawan2 nk cuba produk2 yg saya jual ni bolehlh ke FB saya Kerull Nazeem atau ke pages saya Kerull Indulgence Souk. ..HARGA BOLEH RUNDING..INSYAALLAH..

BINGKA LABU KAK NOR SECUBIT GARAM

 SEBELUM BAKAR


 LEPAS DIBAKAR

ASSALAMMUALAIKUM
Bingka ni request from officemate..masuk ni dah hampir 3 kali buat guna resepi dari KAK NOR Secubit Garam ni..memang lemak dan berkrim tq kak nor diatas resepi yang mebeles ni..dorang kat opis ni suka sangat...kalau nak tengok resepinya boleh klik kat link yang saya highlight tu ye..

The Sweet And Blackie




Blues Cup Cakes



Assalammualaikum
Lama tak jenguk blog aku ni...agak bz but still cooking dan yang ini adalah hasil tangan aku yang tak bapa nak berseni ni khas untuk hantaran pertunangan anak kepada officemate..hu hu temanya blues...biru tak...



Red Velvet Cake @ Si Baldu Merah

Assalammualaikum
Selamat pagi..dah Khamis dah ek..esok Jumaat pastu cuti..seronok bila dapat bercuti..keje boleh bercuti but masak boleh cuti ke..hu hu..sendiri pikirlah ek..aku pun masak ikut mood gak kalau rajin..insyaallah adalah hidangan mantap-mantap..tapi kalau datang mood kureng rajin..alamatnya Sambal Telo hancur je lah..ok..kek yang atas ni aku buat malam tadi disebabkan barang-barangnya dah ada..so dari lama sangat terperap dalam peti ais tu eloklah aku selesaikan nya malam tadi..Resepi nya aku amik kat umah Kak Hana..TQ sis , Memang sedap kek ni..tak rugi mencubanya..korang abaikan jelah rupa kek aku yang kureng menarik tu ye..almaklumlah budak baru nak belajar..hancus aku kerjakan kek tu..tapi still boleh pandang lagilah hasil kerjatangan aku yang kejang ini..hu hu
Aku inkut semua step dan bahan yang digunakan untuk Kek..cuma aku tukar untuk Cream Cheese Frosting je..sebab banyak bahan yang aku takda untuk buat style Kak Hana punya..jadi plan B..try resepi yang aku ada bahan-bahannya...dibawah tu adalah Cream Cheese Frosting dari Buddy Valastro's The Cake Boss..

2 packages (8 ounces apiece) cream cheese , at room temperature
8 Tbsp. (1 stick) unsalted butter , at room temperature
2 1/2 cups confectioners' sugar , sifted
1 tsp. vanilla extract | Get the recipe!
Pinch of salt





Slice Cheese Cake


Aku ikut 100% resepi kak Suzi ni..tak ubah apa pun sebab aku nak pastikan rasanya yang tulin tu macamana..sedap sungguh..light je rasanya dan lembut..hubby memang suka..tq ye sis atas resepinya...

Sumber rujukan : Dapur Suzi
Ditry Oleh : http://qasehsufi.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Kek Milo Bermadu


Assalammualaikum
Ini bukan menu hari ini..sila jangan betulkan mata anda..ha aha sebab ini menu sebelum aku menyibukkan diri jauh dari rumah..2 minggu sebelum tu aku gila buat kek..mana ada kek yang senang aku dah try buat..so ini yang aku rasa paling senang sebab kukus je..dan bahan-bahannya adalah mudah didapati dan mudah untuk dihandle...resepi ini akak kat pejabat aku yang bagi..memang gebu..hubby aku suka sangat sebab lembut...tq kak pidah atas resepinya..mohon kongsi ye..

Bahan-bahan :
Bahan A
1 cawan milo
1 cawan butter ( cairkan )
1 cawan kaster sugar
1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar ( suhu bilik )

Bahan B
4 biji telur
1 sudu teh asen vanila
( kocak sampai sebati )

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
( ayak bersama semua bahan diatas )

Cara-caranya :
1. Panaskan pengukus dengan anggaran air tidak terlalu penuh...biarkan ia menggelegak...sementara itu campur kesemua bahan A....kacau rata
2. Selepas itu kocak bahan B sehingga sebati tetapi tak perlu hingga kembang sangat....
3. Ayak bahan C ....kemudian campurkan bahan A dan B..kacau hingga rata dan sebati..
4. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit...hingga habis dan semua bahan sebati 
5. Masukkan adunan ke dalam acuan yang kita kehendaki..dan kukus sehingga masak..selalunya jika nak dapatkan permukaan kek yang cantik penutup periuk kukus tu mesti dibalut dengan kain supaya wapnya tak jatuh keatas permukaan...
6. Setelah kek masak sapukan madu diatas permukaan kek dan sekeliling kek untuk mendapatkan kesan berkilat..


lembut je..

Chocolate Moist Cake with decoration


wakaka..ok ke aku deco ni..ini first time aku guna xtra decoration..bukan buat sendirilah bunga-bunga and daun tu..aku beli yang dah siap je than aku deco buat ikut suka suki aku yang kerastangan ni...khas untuk farewell party student tengahari ni...harap dorang suka...


Tadaaa..sila jgn gelak..kami budak baru menDECO..wakaka

Chocolate Moist Cake


Aku sebenarnya tak berapa reti buat kek, so aku beli tepung yang segera just tukar mana yang aku rasa ada dalam peti ais..dan hasilnya memang moist...sbb member aku kata dia ikut sebiji resepi kat pek tu tapi kurang lembap..rahsianya..aku tukar dari susu cair ke susu segar...itu je...

Bahan-bahan :

1 pek tepung kek segera
1 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar

Cara-caranya :
1. Masukkan kedalam bekas , telur , minyak jagung , air dan susu segar...pukul rata dalam 5 minit
2. Selepas itu masukkan sedikit demi sedikit tepung kek segera kedalam bekas tadi dan gaul hingga rata dan pekat..
3. Sapukan bekas pembakar dengan margerin dan alaskan dengan kertas surih.
4. Bakar selama lebih kurang 45 minit dengan suhu 180c..
5. kalau suka boleh bubuh topping...




Oreo Cheese Cake...

Yang ni lagi satu yang aku tempah gak dari orang yang sama...pun sedap gila ( pada aku yang tak reti buat nilah kan) sebab cheesenya yang mewah..bersama biskut oreo...tak bapa cantik aku potong..tapi kira oklah kot...

Kek Coklat Berbadam....

Sebenarnya kek coklat ni bukan aku yang buat..aku tempah dari member kakak ipar aku masa balik kampung aritu...sedap gila moist yang seronok bila masuk ke mulut aku terutamanya...cuma nak kongsi tgk gambar jelah..tapi aku tahu member2 yang lain pro buat kek yang macam2 jenis..cuma aku jer yang tak pandai langsung..makan minatlah..buat sendiri belum tentu...so layan kan je lah ye...

Secret Recepies..

Assalammualaikum..n selamat tengahari...

Tadi makan tengahari kat warung peberet bila tekak teragak nak makan maggi ayam...pergh terangkat..kena plak ngan kopi ooo ais...segar gitu...pastu takda idea plak nak hupdate n3..jadi aku masukkanlah gambor ni..iaitu kek yang aku wajib tapau bila g secret recepies...chocolate Indulgence...hodoh skit gambornya sbb dah cair hu hu...apalagi layan je ler..

PHILADELPHIA-OREO No-Bake Cheesecake




Kek ni aku makan masa kat rumah terbuka kakak ipar aku aritu...memang sedap..dan memang pandai btul orang yang mencipta kek ni sebab penuh dengan keju...testlah pasti yg suka cheese tu tersenyum puas hati...macam aku....( ha ha ha ) kalau nak resepinya..klik je kat nama kek tu...selamat mencuba...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in