Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Baby Kailan Goreng


Assalammualaikum...hu hu lamanya tak upload gambar dalam blog aku nih..semenjak kamera aku yang comel tu rosak..skang bila dah dapat beli kamera indaman hati...walah syoknya dapat snap gambar masakan2 harian ni...ini kiranya gambar sulonglah ni sejak dapat kamera baru...resepi ni aku rasa takyah reviewlah kot..just sayur goreng biasa-biasa je....goreng macam biasa than aku add fishcake dan sos tiram.

Salad Kentang Chef Sabri


Assalammualaikum
Salam tengahari semua..hu hu  baru na makan ni..tapi bukan lauk ni..aku makan lauk cafe je..menu ni menu semasa sesi demonstrasi bersama Chef Sabri awal tahun yang lalu..berbaloi dapat menuntut ilmu dengan MasterChef yang terkenal ni...tapi very simple orangnya..tq chef sebab sudi datang ke tempat kami ini....Salad Kentang ni sesuai untuk yang suka salad yang bukan beberntuk daunan yang kembang setaman tu..untuk kanak-kanak pun very sesuai...hu hu kalau sejuk lagi best..sesuai gak untuk jadi hidangan appetizer...

Bahan -bahan :
4 biji kentang - buang kulit , basuh dan rebus hingga empuk ( potong kiub )
4 sudu mayonis ladyschoise*
1 sudu teh garam*
1 sudu teh serbuk lada sulah*
1 sudu serbuk lada hitam*
1 biji bawang merah - potong dadu*
1 biji cili besar merah - dadu*
1 sudu teh jus lemon*
1 tangkai daun bawang*-racik kasar

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau rata...simpan dalam peti ais...hmm baru best

Kailan Goreng Ikan Masin


Wordless Tuesday
Penat ..settlekan kerja sebelum cuti balik kampung esok...so layan gambar dulu ye..

Rebung Goreng Cili Padi


Hmmm ini bukan juadah iftar semalam..semalam kami iftar ringkas-ringkas je sebab tak sempat nak ke pasar cari bahan...baki rendang ayam sehari sebelum puasa masih elok bila dipanaskan..hampir jadi serunding..ha ha ha..ini menu sebelum puasa..rebung ni rebung madu dari kedah..hadiah seorang rakan yang baru balik oustation..tq sis...aku memang suka masak cenggini sebab tekak aku suka goreng-goreng macamni..

Bahan-bahan :
Rebung jeruk / biasa - basuh dan toskan airnya
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang kecil - tumbuk
6 tangkai cili padi - tumbuk
ikan bilis ( ikut suka ) - tumbuk
sedikit minyak untuk menumis
garam
serbuk cukup rasa maggi
1 keping asam gelugur

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dah ditumbuk tadi sehingga garing...
2. Masukkan rebung dan gaul rata..kemudian masukkan garam , serbuk cukup rasa , asam keping dan sedikit air..masak dalam 5 minit lagi...kalau suka kuah letak air lebih sikit...kalau suka kering toksah buh banyak airnya...

Daun Kelor @ Kacang Murunggey


Gambar Ehsan : Thank you En. Google

Salam petang hari..aku gerenti korang pernah tengok pokok ni..ada yang panggil daun kelor dan kalau belah-belah perak ni depa panggil kacang murunggey..walaupun lain nama tetapi pokoknya tetap sama..pokok ni banyak hidup meliar dan ada juga yang ditanam..selalunya kaum india yang suka tanam pokok ni kerana mereka jadikan daunnya sayur dan buahnya yang panjang itu sedap dimasukkan dalam kari ataupun dal...

Lama jugak aku tak makan menu daun kelor ni...jadi tak dapatlah nak upload versi aku kat n3 ni..tapi nasib baik aku dapat carik gambar dari En. Google yang seakan-akan resepi my mom...resepi ni my mom yang ajar dan my mom pulak Aunty Menachi sebelah rumah aku yang ajar...kita satu Malaysia kan..jadi apa salahnya mencuba resepi yang lain dari resepi yang biasa kita masak...rasanya sedap dan taklah berapa pahit kalau kena dengan cara masaknya....


Bukan Gambar Sebenar sebab aku cilok kat Google...hu hu

Oklah..resepinya ringkas sahaja :

Bahan-bahan

Ikan Bilis ( ikut sukalah bapa banyak ) - goreng garing dan toskan
Daun Kelor - Lurutkan daun dari tangkainya ( basuh dan tos )
1/2 sudu kecil biji sawi
2 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah kecil - hiris
4 tangkai cili kering - hiris serong
1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa
perasa - optional

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi dan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga wangi...kemudian masukkan garam secukup rasa....kemudiam masukkan kelapa parut..goreng hingga wangi..
2. Kemudian masukkan daun kelor yang telah di tos tadi..dan gaul rata dengan perencah...masukkan ikan bilis dan gaulkan sebati semuanya...tutup api dan siap sedia disantap dengan nasi putih..hu hu sedapnya...

Paprik sayur campur

Assalammualaikum..salam petang jumaat...hu hu esok cuti..seronoknya , dah lama tak cuti sabtu ahad sebab banyak sangat kerja..at last dapat gak rehat sehari dua ni..ini menu dah lama dalam folder..dah takda modal gambar2 lama pun aku belasah je taruk dalam ni...menu pun main belasah je...apa yang ada dalam peti ais cik bedah tu...kih kih tapi still lih makan lagilah

Bahan-bahan :
isi ayam - cincang
1 ulas bawang besar - potong wedges
3 ulas bawang putih - cincang
4 tangkai cili padi - ketuk2 skit
2 batang serai - ketuk2 skit
1 helai daun limau purut - siat2 skit
2 sudu cili boh
1 sudu besar cili sos
sayur kobis - potong ikut suka
carrot - potong ikut suka
putik jagung - potong serong
kacang parang - potong serong
1 biji tomato - potong wedges
cendawan hitam kering - rendam hingga lembut dan basuh bersih2

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang merah,cili boh , cili padi , serai dan sos cili...tumis hingga garing..kemudian masukkan isi ayam dan kacau sebentar..
2. Perasakan dengan garam kemudian masukkan sayur carrot dan putik jagung...gaul sebati dan biar sebentar..pastu masukkan kobis dan kacang parang dan juga cendawan...masukkan air kalau kering sangat..masukkan tomato...gaul rata pastu angkat...hidang panas2 dengan nasi putih dan tomyam


Salad Niçoise

Salad Niçoise Recipe

An entire meal or side salad with hard-boiled egg, lettuce greens, steamed potatoes, tuna fish, olives, anchovies, and tomatoes. Not to mention anything else you have that seems to fit the Niçoise character. Julia wouldn’t mind – she’d have done the same.
Use any dressing you like, or try this version which is very mustardy and perfect, I think. I used a crushed clove of garlic, olive oil & tarragon vinegar (3:1), a tablespoon of mustard. Dress the potatoes and beans while they’re still piping hot; drizzle more of the dressing over the assembled salad just before serving. Salt & pepper to taste and sprinkle with chopped fresh herbs – in this case tarragon and chives.

( Ini bukan gambor ori..aku cilok kat google...resepinya macam senang..tapi kena sesuaikan ikut kehalalan bahan2 yang digunakan...menu sesuai untuk kesihatan , tak coba lagik , tapi kalau ada masa nak gak buat hu hu ala2 omputih la plak )

Urap Kacang Botol


Ha ini urap ke..kerabu ke..aku pun kompius..tapi belasah je lah...janji boleh makan dan aku tak keracunan..bahan2 pun aku bedal apa yang ada dalam peti ais tu..nak g pasor malas tahap gaban..so hantamlah cik bedah...

Bahan-bahan :

8 batang kacang botol
1/2 biji kelapa parut
2 sudu cili kering kisar*
2 ulas bawang putih - hiris halus*
2 ulas bawang merah - hiris halus*
1 batang serai - hiris halus*
Belacan - ikut suka tapi jgn banyak sgt*
sdikit air asam jawa
Garam
Gula

Cara-caranya :
1. Basuh kacang botol bersih2 dan potong ( ikut sukalah nak potong camana )aku potong serong je..tapi tak halus sgt...dan letak dalam mangkuk
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang bertanda *...tumis hingga garing..masukkan sedikit garam dan air asam jawa..dan sedikit gula..biar sebentar...kemudian masukkan kelapa parut dan goreng hingga kering..kemudian tutup api...
3. Pastu masukkan kedalam mangkuk yang berisi kacang botol yang kita dah hiris tadi...gaul rata dan siap untuk dinikmati..


TUMIS SAYUR PETOLA


Assalammualaikum...n very gud murning..ini menu semalam..menu orang tak sihat..macam2..makan ngan bubur plak...baru lih makan skit , walaupun tekak tengah pahit...demam ,selsema dan batuk dah melanda..perubahan cuaca...huk huk...Rajin punya pasal ( malas lah maksudnya tu ) aku racik je sume rencah than campak sume dalam kuali...mana taknya kepala tgh tak best nak memikir pun takda mood so hantam sajalah....

Fried Long Bean With Fishball


Bahan-bahan:
Kacang panjang - patahkan je..pakai pisau boleh gak
5 biji fishball - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang kecil - hiris
ikan bilis - tumbuk skit
2 tangkai cili padi - hiris
garam secukup rasa
1 sudu sos tiram
air sedikit

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak..tumis semua bahan....masukkan kacang panjang dan sedikit air...biar sekejap dan angkat..jangan terlebih masak supaya terasa kerangupannya...


Sayur Kampung

Assalammualaikum dan Selamat Pagi..

Petang semalam aku masak ringkas2 jer untuk dinner...sotong goreng lada , telur mata dan pucuk paku tumis..lauk kampung...keletihan sebab bz gila menguruskan next kursus yang nak mula 4 hb ni...so layan dulu ye..resepi nanti aku hupdate aaa..tak sempat..



Resepinya sama macam goreng sayur yang lain . cuma aku tumbuk je ikan bilis , bawang putih , bawang merah dan cili padi..pastu tumis macam biasa...


Sup Campak-campak

Assalammualaikum...

Dari malam tadi nak upload n3 ni tak lepas2,maklumlah broadband aku ni yang paling basic...tak laju..so kena tunggu siang skit baru laju berdesup peginya...Aku sebenornya tengah diet..jadi kurang makan nasi...oleh it aku cubalah makan benda lain selain nasi...maka termasaklah Sup Campak2 ni...tak taulah sedap ke tak..tapi tekak aku layan je......


Apa yang nak dicampak :
2 ulas bawang putih ( hentak kan aja / tumbuk )
lada hitam ( ikut suka hati nak pedas ke tak )
garam 
serbuk pati ayam Maggi ( 1/2 sudu teh aja,jgn banyak2 )
cendawan shitake
monkey ear fungus ( tgk gambar ) ada dijual kering dan basah , kalau kering rendam dulu ngan air panas
udang / sotong / ayam ( option )
kacang panjang ( option )
tomato 
Air untuk di didih kan

Cara campak :
Didihkan air dalam periuk / kuali
masukkan bawang putih , lada hitam , garam , serbuk pati ayam
biarkan mendidihkan sekejap
lepas tu masukkan cendawan dan fungus tu
masak hingga cendawan dan fungus tu lembut
lepas tu baru masukkan sotong / ayam / udang 
masukkan tomato dan kacang panjang
rasa skit untuk kompom ikut selera than siap.....tutuplah api tu

Boleh makan ngan nasi , bihun n apa juga yang kita rasa sedap...aku makan ngan bihun je

 ear monkey fungus / fungus telinga kera 
( ini yang basah )



 ini yang kering
( basuh dulu than rendam ngan air panas n biarkan sampai kembang )
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in