Showing posts with label Pemanis Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pemanis Mulut. Show all posts

Puding Roti Buah Tangan Pertama

Assalammualaikum
Huh sakit kepala...release tension jap..apa lag upload gambor nilah..aku ni sebenarnya bab-bab bake-bake or pastry ni bukanlah minat utama..sebab kurang cerodik..aku lebih suka masak main course..sebab senang dan mengenyangkan..tapi bab bak kata kawan aku tak salah mencuba..kalau success alhamdulillah..kalau kurang jadi takpa..cuba lagi...tapi sib baik lah pertama kali buat menjadi...so inilah hidangan yang aku bawak untuk potluck aritu...aku buat jugak kuah kastad tapi tak sempat post..sebab aku buat early morning..nak snap kat opis pun tak sempat sebab dah kena belasah sampai licin....

Bahan-bahan ( Puding Roti )
10 keping roti putih ( gardenia )
3 sudu marjerin ( sapu pada roti sebelah je )
3 biji telor gred A ( besar )
700mlm susu segar full cream
150 gram gula perang ( aku ganti..asalnya gula pasir )
1 sudu teh esen vanila
1 tupperware taufufa buahan campuran ( kering )
1sudu butter untuk lengser pada loyang
( Resepi ni aku rujuk sikit kat myresepi..tapi lupa nama yg bag resepi ni maap ye..aku olah sikit ikut selera akulahkan )

Cara-cara :
1. Panaskan Oven 180C.....
2. Sapu roti dengan marjerin dan ketepikan sebentar...pastu masukkan telor 3 biji dalam bekas dan masukkan gula perang...pukul hingga sebati..
3. Kemudian masukkan susu dan esen vanila...kacau lagi sampai benar-benar mesra...
4. Ambil loyang dan lengserkan ngan butter pastu siat-siatkan roti tadi untuk buat lapisan pertama..bila dah tak bapa nampak loyang tadi pastu taburkan buah campuran dan lapiskan lagi dengan roti..susun lapis secara berselang antara roti dan buahan kering sampai habis 10 keping roti tadi...
5. Bila dah selesai...baru masukkan susu yang dah kita siapkan awal-awal tadi sehingga habis..biarkan kejap dalam 5 minit sampai roti tu basah dengan susu tadi...
6. Dah Siap...bakar dalam 30 minit dan dinasihatkan jangan kerap dibuka..supaya roti tu dibakar sempurna

Untuk kastad sos :
500 ml susu segar
3 biji kuning telur
2 sudu tepung jagung
1 sudu gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
( Sumber resepi AFC channel )

Cara-caranya :
1. Panaskan Susu hingga ia nampak agak berbuih...dan tutup api
2. Dalam mangkuk lain kacau telur kuning hingga sebati dan masukkan tepung jagung
3. Kemudian masukkan susu tadi dan kacau hingga mesra dan masukkan esen vanila
4. Jerang semula diatas api yang perlahan dan masukkan gula..kacau hingga sos kastad tu pekat...dan jangan sampai hangus...
5. Untuk mendapatkan sos yang cantik dan licin..tapiskan sejurus sos tu masak dan biar sementara sebelum dicurah atas puding roti 


Up close and personal

Milky Oat With Mix Fruit


Assalammualaikum...
Selamat pagi..dah breakfast belum tu...kot ya pun bz mengemas rumah or buat keje di opis..sarapan jangan abaikan tau...sebab nak memulakan hari kita adalah melalui sarapan....wah berceramah cik bedah pagi ni...sesekali tazkirah apa salahnya kan...hik hik
Oklah..menu kat atas tu boleh dibahagikan kepada 2 kategori..pertama sesuai untuk dijadikan sarapan dan yang kedua buat pemanis mulut pun ok jugak...resepi dari Chef Sabri jugak ni...so jom tengok bahan-bahannya dan camana nak godek-godek...sebelum tu mari baca info tentang oat ni dulu...

OAT
Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

So ini resepinya :

3 sudu quaker oat
1 cawan susu segar full cream / low fat ( pilih yang mana suka )
2 sudu madu
1 cawan buahan campuran ( orange , epal hijau & beri )
3 sudu yogurt perasa original / berperisa ( ikut suka )
1 sudu teh perahan jus lemon

Cara-caranya :
1. Rendam quaker oat bersama susu sehingga kembang...
2. Kemudian masukkan yogurt , madu , buahan campuran dan jus lemon...kacau hingga sebati..
3. Masukkan kedalam peti sejuk dan biar ia sejuk...kemudian bolehlah dinikmati sebagai sarapan ataupun pemanis mulut....


 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in