Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Roti John Sempoi


Assalammulaikum..
Juadah makan malam minggu lepas ni..senang sgt nak buatnya kalau bahan2 yg penting dah buat dulu..iaitu inti daging..yg lain2 tu sayur2 je..memang kegemaran Mr Habibi saya ni..jom kita tengok resepi inti dagingnya

Resepi inti daging :
500 gram daging kisar Brand Ramly
2 Ulas Bawang putih - Cincang*
4 Ulas bawang kecik-Cincang*
1/2 teh serbuk kunyit*
2 sudu besar serbuk kari*
1 sudu teh serbuk lada hitam*
Garam secukup rasa
Serbuk cukup rasa MAGGI
1 Cawan air

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * hingga naik bau..kemudian masukkan air dan terus masukkan daging kisar tadi..perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa 
2. Kacau hingga sebati dan masak dengan api sederhana hingga kering..sejukkan sebentar dan siap untuk digunakan..jika berlebih boleh simpan dalam peti ais dan digunakan semula..tahan dalam 2 minggu
3. Dan cara penyediaan yg lebih senang faham boleh tengok gambar yang saya sertakan dibawah

"SELAMAT MENCUBA"
















Karipap Sardin , Bahulu , Mee Goreng dan Bihun Goreng lagi





Sakan makan minggu lepas..resepinya boleh klik kat label yang berkaitan ye..malas nak repeat typing..penat hu hu hu..memang makan sungguh-sungguh aku dan mr habibi , mana taknya adik aku yang navy kat lumut tu dtg menghabiskan cuti hujung minggunya bersama kami..alhamdulillah rezeki Allah..berkat jika dikongsi bersama..

PAN FRIED SARDINE SANDWICH AND MEE GORENG

  MEE GORENG JE.. 



PAN FRIED SARDINE SANDWICH

ASSALAMMUALAIKUM
INI N3 TERTUNDA NAMANYA..MENU BREAKFAST PAGI AHAD YG LEPAS
MACAM BOSAN NAK MAKAN NASI MAKAN MEE
MACAM DAH BIASA MAKAN SANDWICH BIASA..KITA BOLEH PAN FRIED, METHOD PENYEDIAAN SANDWICH TU SAMA DAN BOLEH OLAH NAK LETAK VEGE OR TAK..SAYA TETAP NK LETAK JAPANESE CUCUMBER..THAN BUAT BATTER MACAM ALA-ALA ROTI JALA TU..BAGI CAIR SIKIT DAN TAMBAH TEPUNG JAGUNG SIKIT..NAK BAGI RASA CRUNCHY..PASTU PAN FRIED JE PAKAI CREPE PAN TU,,SELALUNYA DEEP FRIED KAN..TAPI MMG BERBEZA RASANYA BILA PAN FRIED DAN DEEP FRIED NI..TAK CAYA BOLEH TRY..SELAMAT MENCUBA

Lempeng Goreng Inti Daging


Assalammualaikum
mintak maaf dan ampun jika gambor lempeng goreng ni menyakitkan mata korang ye..bukan apa kamera mak ada masalah sikit nak..so gambor yang kelam ni jelah yg dapat aku persembahkan..biarlah ropenya begitu tapi rasanya alhamdulillah tak menghampakan..
Sebenarnya resepi ni datang bila tengok Masterchef Junior..memang anak-anak mat salleh ni terror gile..yelah masak macam pro dan hias pinggan pun macam chef..gile ko tak terkesan kat aku..shhhh jgn buat ayat macam tu kerull ..hu hu sorry kengkadang terkeluor..so ini resepinya

Inti Daging :
*Rempah 4 sekawan ( untuk tumis )
*1 biji bawang besar ( hiris )
*2 biji bawang putih ( hiris )
*1 tangkai daun kari
*5 sudu besar serbik rempah kari BABAS
250 Gram daging Cincang ( ikut suka korang nak letak banyak ke atau biasa2 je )
*2 sudu besar cili boh
1/2 cawan air
garam dan serbuk cukup rasa MAGGI

Untuk Lempeng:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya ( agak2 sebab kita nak dapat kan tekstur seakan2 sederhana cair )
( mix dengan hand whisk )

Cara-cara : 
1. Panaskan minyak..tumis bahan yang bertanda *..hingga garing pastu masukkan kan daging dan kacau rata
2. Pastu bila biar dalam 5 minit than masukkan air dan kacau rata..kalau agak kering sangat..than perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi..kecikkan api..than biar ia jadi agak kering..tutup api dan sejukkan.
3. Untuk lempeng pulak..korang mix semua bahan yang kat atas tu..kiranya kalau dapat tekstur sederhana cair tu kira dah oklah tu..
4. panaskan kuali dan buat macam kita masak crepe,tahap ketebalan jangan nipis sangat..lempeng ni kena sederhana tebal dan bulat..baru dapat rupa macam kat atas tu..( tinggalkan sikit bancuhan lempeng tadi dalam 1 senduk untuk tujuan mengGAM )
5. Bila dah settele melempeng tu..biasa sejuk jap..than hamparkan lempeng tu , isi inti ditengah dan lipat jadikan lempeng tu bentuk hemisfera ataupun separa bulat dan masa tulah gunakan kan lebihan bancuhan lempeng tadi sapu pada tepi cantuman lempeng tu...
6. Panaskan pan..than taruk minyak dalam 2 sudu besar..than masukkan lempeng yang dah siap ..goreng ikut tahap kegaringan yang korang nak..teknik goreng bukan deep fried ye..teknik goreng pan seared je..
7. dah siap..bolehlah dinikmati..sedap disantap panas2 sementara masih garing..

Maruku for Hari Raya

Assalammualaikum
Wah pejam celik dah nak tiba penghujung ramadhan..sedih rasanya bila pengakhir ramadhan menjelang tiba...moga2 ramadhan yang akan datang kita akan lebih mengumpul pahala...sebenarnya aku dah pun dah mula bercuti..saja cuti awal..nk berbuka bersama family kat kampung...tapi sebelum tu acara wajib setiap tahun sebelum balik kg adalah shopping maruku...hmm kita kan 1 malaysia..bukan deepavali je ada maruku..time raya pun ini kira kuih wajib aku..anak buah aku suka maruku ni..so kat perak ni buntong adalah area paling famous dengan maruku dan produk yang seangkatan..kalau lambat dtg kena ikut turn untuk sesi pembayaranlh jawabnya...macam2 jenis maruku ada...banyak kedai...tp bagi aku..aku suka brand ni..DNS KACANG PUTIH..dah 7 tahun aku jd pelanggan tetap..dijamin halal sebab ada label halal yang sah kat kedai tu...insyaallah...so kalau ada yg duduk dekat2 area buntong ni boleh lah try...mana tahu kena ngan selera...so layan dulu gambor2 ni ye...

Ha ha jadi jugak....

Inilah dia rupa chicken pie yang aku buat guna puff pastry brand kawan tu...jadi sungguh..pluffy dan kembang berlapis2 macam tukang buat jugak..ha ha..cuma intinya aku tak sempat nak buat ikut hajat hati...intinya chicken sup yang aku pekatkan...

Resepinya :

4 keping puff pastri brand kawan ( saiz kecik square )

Intinya :

1 keping dada ayam - rebus dan simpan stoknya untuk sup ( isinya dicarik sederhana besar )
2 sudu besar butter - untuk menumis
1 biji bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih- dadu gak
1 helai daun bay
1 sudu besar lada hitam - kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 cawan stok ayam
4 sudu besar tepung gandum
1 cawan jagung sejuk beku
1 cawan frozen kacang peas
1 cawan lobak merah frozen
1 biji kentang - dadu

Caranya :
1. Panaskan butter tumiskan bawang merah , bawang putih , bay leaf dan lada hitam hingga layu..
2. Bila dah layu skit terus masukkan tepung gandum tadi dan kacau rata hingga agak kekuningan..kemudian masukkan stok ayam dan kacau rata guna whisk ....
3. Perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan dada ayam yang dicarik tadi bersama jagung , kacang peas , lobak merah dan kentang...kalau pekat sgt tambah sikit lagi stok atau air biasa..
4. Masak hingga agak pekat...dan bila dah masak sejukkan sekejap..
5. Bila inti dah sejuk keluar puff pastry dan isi inti ditengah2 puff pastry tu kemudian buat bentuk segi tiga dan tekan bahagian tepinya dengan garfu..than sebelum bakar sapukan dengan kuning telur dan bakar dengan suhu 180c selama lebih kurang 20 minit...

Puff Pastri Kawan Food


Assalammualaikum
Salam Ramadhan yang ke 7..dah seminggu rupanya kita berpuasa kan..sekejap je dah 7 hari..macam biasalah bila petang2 hari ni mulalah memikir juadah berbuka..walaupun berdua tapi tekak macam ramai je..ha ha ha..hubby tak cerewet sangat tapi kalau tak kena dengan tekaknya tak lajulah suapnya..so kena gak memikir sambil pecah-pecah kepala ( nak menunjukkan betapa susahnya nak carik idea )..
So rehat tadi keluar ke market jap..p jenjalan ke pasaraya billion..jalan punya jalan...sambil menjamu mata tetiba aku terpandangkan puff pastry square yang comel ni..brand Kawan Food..dengan tak lengahnya aku pun merembat nya dengan penuh teruja..sebab bukan senang nak jumpa puff pastry yang saiz kecil macam ni...yang ada kat tesco tu besar2 dulang..nah bapa lama nak habis sebab rakyat jelata aku kat rumah ni bukan nya ramai..jadinya plan aku petang ni..balik nanti buat inti karipap and plus rebus telur sebab nak buat puff kentang ala-ala nyonya sikit ( doakan aku rajin ye..kalau tak rajin maknanya esok jelah aku buat ) ..
Balik nanti terus buat prep than buat main dish dulu Sambal udang petai , goreng sayur than puff kentang..hu hu tengah semangat nih..( kelip2 mata sambil tengok jam ) baru kul 3.20 petang..kita tengoklah bila dah sampai rumah nanti..wink wink

Cekodok Pisang


Belah-belah utara ni hujan makin kerap..alhamdulillah lah sebab dah lama sangat panas..bila cuaca sejuk2 cenggini apa lagi mulalah nak minum petang yang dapat memanaskan badan...so aku pun dengan bersemangatnya menggoreng cekodok pisang..walah..minum plak ngan air nescafe panas...kenyang sampai malam...kira inilah projek minum petang aku semalam..

Okonomiyaki My Version



Assalammualaikum..tengah bz write now..just nak share je menu yang ntah bila aku buat ni..lama gak..disebabkan camera dah hang..banyak jugak gambar yang taklih nak snap..hu hu hu..ini resepi ikut tekak aku setelah mencuba okonomiyaki di pasaran...tepung okonomiyaki ni susah amat nak jumpa..so aku putuskan ikut resepi aku je..rasa tak lari insyaallah dari apa yang aku try..

Resepinya :

Bahan A
Tepung gandum 2 Cawan
Telur 1 biji ( saiz A )
Garam 1/2 sudu teh
Serbuk Cukup Rasa Maggi 1/2 sudu teh
Air secukupnya untuk menbancuh
1/2 sudu teh baking powder

Bahan B
Eksesori tambahan ( bahan-bahan isi )
1/2 biji kobis madu ( hiris halus )
1 biji bawang merah ( hiris halus )
10 ekor udang ( buang kulit dan cincang )
3 ekor sotong ( cincang )
1 pokok daun  bawang ( cincang )

Bahan C
Sos okonomiyaki
Mayonis
Bonito Flakes

Cara-caranya :
1. Masukkan tepung dalam bekas,bancuh dengan air denga kadar sederhana cair..kemudian masukkan telur dan gaul rata menggunakan whisk..perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
2. Selepas dan bancuh tepung masukkan bahan b dan kacau rata...
3. Panaskan kuali kecil non stick..lengserkan minyak dan masukkan bancuhan tadi ikut bapa tebal yang kita mahu..biarkan bahagian bawah masak dan terbalikkan..masak hingga bahagian atas dan bawah garing..
4. Setelah masak..sapukan sos okonomiyaki..letak mayonis dan taburkan bonito flakes..






Karipap Sandwich


Assalamulaikum
Ha ha jangan pelik ye..bukan pokok je boleh kacuk..kuih pun boleh kacuk tau..ha ha ha sebenarnya aritu aku buat sandwich sardin dengan sandwich telur..tetiba roti habis inti banyak lagi..so apalagi aku hayunlah buat kulit karipap than aku isi salad , timun dan tomato dan intinya..aku kelim buat karipap..bila dah siap goreng..hmm not badlah boleh diterima tekak..so jadilah Karipap Sandwich...so pesan aku berkreativiti itu bukan pada kanvas sahaja..pada makanan pun boleh..selagi takda yang keracunan kira oklah tu..



Spicy Chicken Dumpling


Resepinya :

3 dada ayam - cincang lumat ( nak pakai isi ayam yang segera tu pun ok )
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap cair
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 inci halia
2 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu makan lada sulah
1/2 sudu teh garam
( gaulkan semuanya dan perap sebentar dalam 15 minit )

1 pek kulit dumpling segera

Cara-caranya :



Roti Puri Dan Kari Tulang

Roti Puri

Assalammualaikum
Usai sudah majlis Perkahwinan adindaku yang ke 4...banyak sungguh dugaan menjelang majlis berlangsung..ayahanda dimasukkan kehospital..pakcik pulang ke rahmatullah...tapi aku redha atas ujiannya..so arini aku masih keletihan untuk berceloteh panjang..cuma mengupdate n3 yang terlepas..hu hu layan dulu gambarnya ye..resepi pas2 ni aku masukkan...

Kari Tulang

Wantan Goreng





Assalammualaikum..selamat pagi
sesekali pekena wantan goreng sebagai breakfast pun ok gak tak..tapi ini bukan menu breakfast aku sebenarnya..ini juadah minum petang sambil santai2 tengok tv maharaja lawak mega ulangan aritu....cicah plak ngan sos..memang masuk wooo aku suka menu2 ringkas cenggini.... so layan dulu kalau rajin aku upload resepi , tapi jgn risau kalau nak cari kat lable snack ye...


Ini readymade kulit wantan..


inti wantan...udang


ini yang dah siap balut


Rupa kat dalamnya...


Karipap Daging Montok ( side dish Iftar 7 )


Ini side dish peberet..nak kata pemanis mulut bukan..dah teringin sangat..dah lama bebenar tak buat karipap inti daging..walaupun tepung tinggal sekangkang kera..aku redah je buat..adalah dapat dalam 20 ketul..hu hu hu sahur pun aku balun gak karipap ni...baru betul-betul bedal namanya...puas hati aku..hu hu hu hu

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi dan Aneka dumpling ( Iftar 4 )


Assalammualaikum...
Sudah Iftar ke 5 hari ini kan..sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa...selera makin keliru..tekak teragak nak makan macam-macam tapi tak boleh nak agak tahap keterlaratan diri..ini menu iftar malam tadi..ringkas je tapi membuka selera...sahur pun panaskan lauk ni balik dan boleh kira oklah laju sikit makan...
taruk pulak terung telunjuk..memang sesuai...


yang ini appetizer aku...ha ha ha berat punya appetizer
Dumpling Kukus Berinti Tofu


Yang ini Dumpling Goreng Berinti Ayam..
Jangan Hiraukan warnanya ya...yang penting rasa ha ha ha
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in