Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Makan-makan dihari cuti

Assalammulaikum
Hu hu hari cuti memang hari aku memasak..almaklumlah hari kerja amat meletihkan so jdnya bila time cutilah teragak nak makan macam-macam..siap buat stok karipap frozen lagi..so layan jelah gambar-gambar ni ye..resepi takyahlah sebab menu biasa2 je ni..



Mee Hailm


 Sambal Sotong kering dan petai + telur dadar



 Sambal Telur Rebus + ayam goreng kfc + sawi tumis


 Muffin Jagung



Karipap Frozen



Sambal Tumis Ikan Bilis Version 2

Assalammualaikum..
Ini adalah salah satu menu peberet aku dan hubby..kami boleh makan lauk ni than goreng telur mata...pergh memang layan sambil makan ngan nasi panas-panas...makan dengan ikan goreng pun ok dan lagi ok kalau dapat ayam goreng....sesuai juga makan dengan nasi lemak...hu hu hu memang mantap....

Bahan-bahan :
2 Genggam Ikan bilis belah 2 - basuh , tos dan goreng garing 
4  Ulas Bawang besar - potong wedges sederhana besar
3 Ulas Bawang Putih - hiris nipis
2 Ulas Bawang besar *
3 Ulas bawang putih*
Cili Kering blender
2 Biji tomato belah 4*
Garam secukup rasa
Gula sedikit
1/2 sudu teh Serbuk Cukup Rasa Maggie
1 cawan air* 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak...tumis hingga garing cili kering yg telah diblender tadi.....
2. Blender semua bahan yang bertanda star* hingga hancur...kemudian tumiskan sekali dengan cili kering tadi dan kacau rata....perasakan dengan garam , gula dan serbuk cukup rasa...biarkan menggelegak sebentar...
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih hiris tadi....kacau rata lagi hingga agak kering...sebelum tutup api masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul rata dengan sambal tadi....tutup api dan sedia untuk dinikmati....


Sambal Goreng Ikan Bilis Ibu Mertuaku


Ok ini request by my friends...nak bagi resepi kat fb panjang plak..so kat sini je aku belasah ye Sis..ini ekceli resepi ibu mertuaku..aku belajar masa mula-mula kahwin dulu...dah 7 tahun dah ni so kira expertlah sbb hubby suka...

Bahan-bahan :
Ikan bilis belah / ikan bilis mata biru ( yg ni tak perlu buang kepala sbb dia halus )
4 ulas bawang putih - tumbuk
8 ulas bawang kecik - tumbuk
( untuk menjadikan sambal ni garing jgn blender..tumbuk je )
5 sudu besar cili kering blender
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan goreng garing ikan bilis dan toskan....
2. Guna minyak yg sama..kalau lebih kurangkan sikit...tumis pula bahan yang kita dah tumbuk tadi sampai garing lepastu baru masuk cili dan asam keping...goreng dalam api sederhana sehingga garing dan perasakan dengan gula dan garam...sambal ni kena kacau selalu untuk megelakkan sambal cepat hangus...


Petai Goreng Cili Padi


Assalammualaikum..wah jumaat yang membahagiakan....seronoknya esok cuti , wohooo..hmm ini menu malam semalam..paling ringkas sebab lama tak makan lauk-lauk ringkas macam ni...kena pula ada petai walahwei...mabeles..takyah lauk lain dah..pedas terangkat...

Bahan-bahannya :

Ikan Bilis ( ikut suka nak berapa banyak ) Goreng garing dan toskan
Petai ( ikut nak bapa banyak juga ) Goreng sebentar sahaja dan toskan
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
10 biji cili padi - tumbuk lumat
Garam - secukup rasa
1 keping asam gelugur

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak , tumis cili padi yang ditumbuk tadi...goreng hingga garing..pastu masukkan bawang besar dan bawang putih ...
2. Goreng sebentar , kemudian perasakan dengan garam...masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi..gaul rata dan masukkan asam gelugur...biarkan sebentar..padamkan api..siap disantap bersama nasi putih yang hangat...





Sambal Boyan


Sambal Boyan


Sup Ikan Merah

Ini menu makan tengahari tadi merangkap makan malam...hu hu aku memang rajin pasal tu aku masak sekali banyak...( malas sebenarnya hik hik ) , kenapa mak aku panggil sambal boyan aku pun tak tahu..ayah aku suka sambal ni sebab dia keturunan boyan dan yang aku tahu memang sedap makan ngan sup ikan..hu hu layan wei...senang dan ringkas je cara pembuatannya , itu yang aku suka buat....senang hidup wei...

Bahan-bahan :
10 tangkai cili kering ( basuh dan toskan )
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
jus asam jawa
garam
1/2 kiub ayam maggi

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak , goreng garing ikan bilis dan toskan , pastu goreng cili kering dah garing angkat dan toskan , pastu barulah goreng bawang merah ngan bawang putih....goreng sampai layu pastu angkat dan toskan...
2. Masukkan semua bahan yang kita dah goreng tadi dalam blender , pastu masukkan jus asam jawa , kiub ayam dan garam ( kalau kurang masin boleh tambah kemudian )...pastu tambah air masak sedikit bagi memudahkan proses memblender...
3. Blender semua tu sampai hancur...siap untuk dihidangkan...

Sambal Petai Kering


Ini peberet aku...Ahad semalam punya menu...sepinggan hentak makan tak hingat...hu hu
alah biasa je..so takyah tempek resepilah ek...senang je..korang lagi maklum...he he sebenarnya malas...hu hu...takpa bila rajin aku tempek...sebenarnya tak sempat..nak g melaka ni..ada kelas so nanti bila senang kita sambung k....adios..


 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in