Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Makan-makan dihari cuti

Assalammulaikum
Hu hu hari cuti memang hari aku memasak..almaklumlah hari kerja amat meletihkan so jdnya bila time cutilah teragak nak makan macam-macam..siap buat stok karipap frozen lagi..so layan jelah gambar-gambar ni ye..resepi takyahlah sebab menu biasa2 je ni..



Mee Hailm


 Sambal Sotong kering dan petai + telur dadar



 Sambal Telur Rebus + ayam goreng kfc + sawi tumis


 Muffin Jagung



Karipap Frozen



Salad Telur


Wah dah petang rupanya..keje still ada lagi sikit-sikit yang perlu dibereskan..ini side dish yang aku hidangkan bersama ikan gerut bakar bersambal untuk dinner malam tadi..ini pun kira menu malas jugaklah ni..satunya simple dan tak pakai rempah apa pun just goreng tofu , rebus telur..yang penting ada salad dan timun..nak tambah tomato pun boleh..selalu orang rebus telur sampai keraskan..aku suka yang separuh masak...hu hu pastu susun lah ikut macamanapun dan curahkan sos..kalau telur tu aku taburkan lada hitam serbuk yang berperisa tu...baru layan..sos pakai sos thai life...tak makan dengan nasi pun sedap..layan gak kalau ratah-ratah je....hubby punya kesukaan kalau menu-menu ringkas cenggini..


ikut suka sukilah nak hias camana pun kan...pastu ngap jugak akhirnya...hik hik



Sambal Telur Ikan Bilis


Assalammualaikum...baru ada masa nak letak menu dinner malam tadi..sempoi gila but sedap sebab dah lama tak buat sambal telur rebus ni...sambal cenggini memang peberet hubby...hu hu sambut annivesary makan lauk telur je kiah hoi..sebab masing-masing dah keletihan...telur tu jangan rebus lama sangat , nanti keras ..so rebus dalam 5 minit..baru layan makan bila kuning telur tu cair-cair sikit...jadinya layan dulu ye..

Bahan-bahan :

4 biji telur - Rebus hingga separuh masak ( dalam 5 minit ) dan goreng sebentar
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang kecik - tumbuk
segenggam ikan bilis - tumbuk
cili kering - rebus dan blender
1/2 cawan jus asam jawa ( kalau pekat sangat tambah air biasa sedikit )
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk ayam maggi

Cara-caranya :
1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga garing...masukkan cili kering dan goreng hingga pecah minyak..
2. Selepas tu masukkan jus asam jawa , air biasa , garam dan serbuk ayam maggi...biarkan ia menggelegak..
3. Bila kuahnya sudah agak pekat masukkan telur rebus tadi dan gaul rata...kalau suka pekat biar lama sikit..tapi kalau suka yang berkuah..bolehlah padamkan api dan sedia untuk dinikmati...sedap makan dengan nasi panas dan ayam drummet Ayamas...
 
Copyright © Kerulls | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in